Rabu, 13 Februari 2013

Tips Memancing Udang Galah






Tips yang diturunkan dibawah ni berdasarkan pengalaman sendiri dan yang diajarkan sifu-sifu  :


Tali utama
Satu perkara yang penting sebelum memancing. Mesti tahu nak gunakan tali apa. Jangan korang gunakan tali “appolo” plah..sah-sah tak kan dapat lah udang korang. Kalau boleh korang gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Korang hanya perlukan tali yang berukuran 10-15 paun sahaja.


Mata kail
Untuk mengail udang nie terdapat 2 jenis mata kail iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Kalau nak memancing udang galah kat sungai, mata kail berduri yang bersaiz 1/0, 1dan 2 adalah digalakkan. So, korang buatlah pilihan yang mana satu..yang mana satu..pilihan hati
Penggunaan mata diatas batu ladung dibawah amat menyeronokkan kerana lebih sensitif jika udang mula memegang umpan.. kita dapat melihat dgn jelas getuan udang dan boleh mengagak bila joran perlu diangkat.. teknik ini sekaligus dapat menjimatkan umpan umpun2 yg terkenal dgn harga yg tinggi.. hasil dari percubaan, satu kotak umpun2 yg berharga rm10 dapat menjinak kan 3.2kg udang bersaiz A dan B sahaja..
Pakai mata pancing buat sendiri ( biasanya yang amat praktikal pakai tali gitar ( bass ) kan dalam dia ada lagi besi yang kecil... pakai tulah... bentuk-bentukkan sikit macam mata kail yang dijual dikedai tu..
Nota: Hasil eksperimen saya dalam arena pancingan udang ni... kalau perbandingan antara matai kail yang dijual dikedai dengan tali gitar ni... 10 ekor hasil mata kail bikin... 1 ekor oleh mata kail berbagai jenama ( Nisbah 10:1 )

Batu ladung.
Penggunaan batu ladung nie sangat penting untuk mengail udang galah kerana kebiasaannya udang galah hidup di tempat yang beraus. Jika lubuk yang tenang, korang hanya perlukan saiz batu ladung 2,3 @ 4. Jika tempat yang berarus plak, batu ladung yang bersaiz 5 hingga 8 adalah amat sesuai.Kadang-kadang kawe guna teknik lain.Teknik biasa yg kwn gunakan tak kira la memancing ape sekalipun, sensitiviti menjadi peranan utama.. so, kwn gunakan perambut gantung.. batu dibawah dan mata diatas.. makin tinggi mata kail, makin besar udang yang makan.. disini kita dapat memilih hasil tangkapan dan menjimatkan umpan daripada dicuri udang gantung..

Umpan
Umpan jugak salah satu benda penting untuk memancing udang galah. Kalau tak ada umpan korang nak gunakan apa plak kan..kebanyakkan pemancing suka menggunakan umpan perumpun kerana sangat-sangatlah efektif. Selain itu, ada jugak yang gunakan umpan cacing, anak udang dan hati ayam yang dihiris kecil. So, terpulang kat koranglah nak gunakan umpan apa ye..kalau nak senang guna umpan hati ayamlah kan..mana tak nya, tinggal korang beli je kat pasar tu..


Pakai stokin wanita... Caranya simpan umpan dalam stokin tu,kemudian labuhkan macam sauh... Cuba tunggu 1/2 jam... akan kelihatan beberapa ekor udang akan melekat pada stokin tu kerana ia cuba menyepit tapi tak boleh terlepas...

Pakai rasuah... Caranya kena beli 1 tin sardin,kemudian tebuk tin tersebut buat lubang-lubang kecil tetapi biar banyak... lepas tu labuhkan macam sauh juga...lihatlah hasilnya..


Tapi lain sungai,lain tabiat makan udang ni...ada setengah sukakan cacing tanah,ada pulak yg.suka udang..tapi tak salah mencubanya.
Haa...ada lagi satu penemuan bab umpan.dalam seni pancingan udang ni....cuba kawan-kawan gunakan hirisan janggut ( tantakel )sotong tu..tahan lama dan berkesan..
Di sebelah sg Pahang (area chenor) lak, diorang guna umpan cacing dgn mata udang seahawk saiz 8-10. Tp skrg dah up umpan skit, diorang guna kulit ayam...hasilnya 2/3 kali ganda lebih...



Cam mana nak tahu udang dah ngap atau tidak?  Kaedah yg selalu pemancing guna pakai adalah Pelampung dan tanpa pelampung.  Abg guna tanpa pelampung. Mata udang abg akan ikan sebanyak 2 mata depan sebanyak 3 dan diikat terus pada kekili.  Umpan guna umpun2 sebab lambat habis. tapi mahal sangat harganya.  Merendam mata bersama umpan sehingga kedasar.  Tunggu 30-59 saat tarik pelahan2.  Jika terasa berat tarik ganas sikit dan terus angkat pancing tu...
Kalau banjir jangan disangka udang tak makan pancing,biasanya kalau air keruh,udang akan mencari makan berhampiran tebing... so,pancinglah ditepi...

Kesimpulannya, tabiat permakanan Udang galah adalah berbeza mengikut keadaan sungai,jarak dari Laut,struktur sungai,diet setempat dan juga suhu air..Jadi saranan saya kepada rakan-rakan Pancing,sebelum turun mancing spesis cerewet ni,kenali dulu faktor-faktor di atas..