Jumaat, 15 Mei 2015

Tips Mengisa dan Menjaring di Laut


Salam buat semua. Cerita kali ini tidak ada kena mengena dengan mengail, pancing, joran, atau mata kail. Kita tukar selera pulak, tapi masih berkaitan laut, ikan, dan bot. Korang pernah dengar tak istilah Membagan, Memayang, Memukat, Menjaring, dan Mengisa?  Aku pasti berapa kerat jer yang tersenyum sambil angguk-anggukkan kepala. Yang lain macam blurr jer...Rileks brader, brader rileks. Ini semua istilah orang yang dah biasa ke laut.

Membagan adalah menangkap ikan yang dilakukan pada malam hari dengan mempergunakan sebuah kapal yang disebut BAGAN, ukuran bagan panjangnya berkisar antara 12 sampai 20 m dan, lebar 2 sampai 4 m. Jumlah anggotanya 6-7 orang yang dilengkapi dengan lampu sebanyak 100-150 buah.
Memayang adalah menangkap ikan yang dilakuan pada siang hari dengan menggunakan sebuah kapal yang disebut dengan PAYANG. Jumlah anggotanya terdiri dari 10-12 orang. Ukuran panjangnya antara 8-12 m dan lebar berkisar 1-2 m.
Memukat adalah menangkap ikan yang dilakukan di tepi laut. Jumlah anggotanya antara 5-7 orang dan menjaring adalah menangkap ikan yang dilakukan ke tengah laut dengan menggunakan perahu ukuran kecil dengan cara didayung

Kesemuanya menggunakan pukat atau jala atau jaring atau seumpamanya. Kesemuanya memerlukan kerja sepasukan atau teamwork. Aku cuma nak fokuskan penulisan ini hanya kepada dua sahaja, mengisa dan memukat. Kenapa?  Satu, pasal kedua-duanya melibatkan penangkapan hasil laut yang ditarik dari pantai.  Kedua, pasal orang biasa-biasa pun (bukan nelayan fulltime) boleh buat kerja ini. Bukan untuk habuannya tapi lebih kepada keseronokan. Aku mulakan dengan Mengisa? Pernah dengar tak? Oklah teruskan membaca. Aku kena 'sekolahkan' korang dulu,ya.


Mengisa adalah satu teknik menangkap ikan dengan menggunakan alat bernama 'kisa'.jala kecil yg ditarik oleh 4 atau 5 orang, biasanya dapat ditarik dr pinggir pantai. 'Kisa' rupanya macam net badminton tapi lagi halus.  Aktiviti ini dilakukan di pesisir pantai  pantai secara berkumpulan sekurang-kurangnya 2 orang. Mengisa ni macam menjala ikanlah. Kalau menjala ikan guna jala kan, maka mengisa ikan guna 'kisa'.Tapi bukan ikan je, semua hasil-hasil laut, ketam, udang, dan kadang-kadang kerang sesat pun ada. Tapi bezanya, kita tak naik bot, cuma pergi tengah-tengah  laut ketika air tak pasang yakni surut,  just bawak pukat dan tangkap ikan. 

Mengisa ikan satu aktiviti yang memerlukan banyak tenaga...dua orang akan berada dibelakang kiri dan kanan untuk memastikan kisa tidak terbuka...selebihnya akan menarik kisa perlahan-lahan dibahagian hadapan supaya hasil dapat ditangkap  Tapi mesti minimum 3 orang, tapi kalau lagi ramai lagi best...  Satu team kena pegang dekat belah darat, satu lagi belah laut, and seorang (dipanggil 'tekong') dekat tengah-tengah. Jom kita imagine, net badminton itu, ditarik dalam laut. Imagine the two poles tu di'replace' dengan orang. lagi seorang kat tengah-tengah net. Lepas itu, tariklah net 'kisa' tu pergi tengah laut. tidaklah ke tengah sangat. Yang belah laut tu selalunya paras dada, kalau yang belah darat tu, level pinggang je. Kena berhati-hati semasa menarik kisa di dalam laut,  jangan terlalu dalam, elok hingga paras pinggang ke paras dada sahaja, dan yang paling penting...jaga mulut dan pertuturan. Untuk keselamatan,  pakai kasut  ketika berada dalam air. Memang seronok walaupun letih berjalan di tengah panas dan di atas pasir yg berlekuk-lekuk. Ingat ya, aktiviti mesti dibuat semasa air nak surut dan mesti berhenti mengisa semasa air  mula nak pasang. Tapi ada lagi yang paling dan teramat penting, iaitu jangan tamak, dan kena selalu beringat masa di laut. Naik ke darat secepat mungkin!
Tiada waktu tertentu untuk mengisa ini, tetapi kebiasaannya dilakukan pada awal pagi sewaktu ikan keluar mencari makanan atau pun petang semasa ikan pulang ke sarang/lubuk yang eloknya. mula mengisa waktu air surut. Ia dilakukan sama ada air bergerak surut atau bergerak pasang kerana ikan akan masuk atau keluar dari paya bakau ketika ini. Ketika itu, terbaik kalau mengisa dilakukan di atas lumpur yang airnya setinggi paras betis sahaja.  Namun, mengisa pada waktu siang lebih selamat berbanding malam.

Jika ada rezeki, antara hasil laut yang diperolehi termasuk udang , ketam renjong, anak ikan senangin, ikan gelama, ikan bersia dan macam-macam lagi. Kalau dapat hasil tangkapan yang paling lumayan iaitu ikan pari,dan ketam. Alhamdulillah... Dapat jer, yang mula-mula korang kena ambil ialah udang, pasal udang boleh melepaskan diri secepat kilat, selalu lompat masuk ke dalam pasir. Tak kira berapa banyak pun jumlah tangkapan, tapi yang paling best ialah masa dapat ikan ... walaupun kecik-kecik puas jugak lah ...Oh ya..tentang memukat pulak..lain kali kita sambung ye..mengantuk ler..
Bye-bye, bhai...
hasil tangkapan ikan
Memukat/Menjaring
Menjaring tarik biasa dilakukan sekumpulan nelayan terutama di pantai timur. Aktiviti menjaring dimulai sejak pukul 8.00 pagi. Mula-mula sebuah sampan membawa jaring ke tengah laut yang jaraknya kira-kira satu kilometer dari pinggir pantai,  tempat nelayan- nelayan lain bersiap sedia menerima tali dan menariknya perlahan-lahan setelah jaring diceburkan ke laut.



Sampan tersebut juga sebagai penanda sisa jaring yang harus ditarik. Nelayan tersebut dibagi menjadi dua kumpulan yang jaraknya menarik mencapai 300 meter jauhnya. Kemudian di barisan paling belakang ada nelayan yang bertugas menggulung dan menahan tali yang sudah ditarik agar tidak terseret lagi ke tengah laut dengan cara melilitkannya ke batang kayu. Dengan panjangnya jaring yang ditarik dari tengah laut, aktiviti menarik jaring pun berlangsung hingga berjam-jam.  Di akhir tarikan, seiring dengan ratusan meter jaring yang ditarik dan digulung, dua kumpulan nelayan yang sebelumnya berjauhan saling mendekat.



Walau tinggal beberapa meter dari gigi air bukanlah bermaksud tugas semakin mudah. Ikan yang  terjaring serta ombak ketika air pasang menambah kepayahan menarik jaring tersbut ditarik dari laut. “Tarik...Tarik....Tarik....”  Nelayan-nelayan yang bertugas menarik jaring yang paling hujung berbentuk kantung timbul terbenam bersama air laut terpaksa memegang kuat-kuat jaring agar ikan-ikan yang terperangkap di jaring tidak lepas.



Nelayan di tepi laut pulak turut cemas. Bukan sekali dua kali tapi seringkali jaring-jaring tersbut gagal menjaring banyak ikan melainkan hanya obor-obor. Kadang-kadang dah lapan jam berlalu sejak jaring mula dilabuhkan, akhirnya dapat ditarik dari laut. Terbayar penat jerih mereka setelah melihat jaring mereka penuh dengan ratusan ikan dan hasil-hasil laut yang lain.


Itu cerita nelayan full time, yang periuk nasi mereka memang kat laut. Ada juga kengkawan yang ada bot dan pukat mengajak menjaring sama. Suka-suka jer. Mula-mula turun bersampan kat laut untuk turunkan jaring. Tapi taklah jauh sangat, agak-agak ler panjang manapun jaring tu. Dah habis pasang jaring, naik ler dahulu. tinggalkan jaring tu kat laut. Biarkan jaring terbuka dengan pelampung penanda yang ada. Ikat dengan besi dan kayu, kalau tak nanti bergulung habis dipukul ombak. Naik ke darat dahulu, buat apa yang patut, makan ke solat ke, buang air ke...kih,kih,kih.

Time air dah mula surut, turun balik. nak gulung jaring, barulah operasi menarik pukat dilakukan. Kalau kena musimnya, ikan dengan ketam memang banyak. ketam datang berpasang. mungkin masa  musim mengawan kot. sampai penat nak kutip. Dah penat menggulung jaring,  hasil ikan tu memang best. Oh ya, aktiviti memukat di tepi pantai ini bukan boleh dilakukan sepanjang tahun, tetapi pada masa-masa tertentu sahaja. ini kerana, pada musim sebegini sahaja udang dan ikan banyak di tepi-tepi pantai. Kadang-kadang menjaring lebih menyeronokkan berbanding memancing. Entahlah..Korang fikirlah sendiri...