Bagi aku lah, kan...time sesuai memancing ialah bila time...
1. Kita cuti tak kerja
2. .Ada member nak join..hehehe
3. Dapat gaji / poket penuh
4. Time boring
5. .Orang support makan, umpan
6. Semua kerja dah beres
7. Air laut/sungai cantik
8. Bini/kekasih beri green light. Lagi best kalau kekasih atau pasangan turut serta:
9. Ada umpan..
1. Biasanya towkey kolam tidak membenarkan umpan anak ikan hidup, kononnya untuk mengelakkan ikan itu membiak. Sebenarnya alasan tersebut tidak munasabah kerana ikan umpan yang dibawa selalunya akan habis, cedera kerana disangkut mata kail atau mati. Korang percaya tak di sesetengah kolam banyak sangat ikan Lampam dan Talapia. Ikan lampan ini akan mematikan umpan, manakala ikan talapia pula menjadi makanan ikan siakap pada waktu malam. Jika memancing pada waktu malam, peratus untuk dapat agak kurang kerana siakap ini sudah kenyang makan anak ikan yang beribu-ribu di dalam kolam tersebut.
2. Jika korang ingin memancing, jangan memancing jika dua atau sehari sebelumnya hujan turun sangat sangat lebat. Hal ini kerana kandungan kemasinan air kolam(kolam air masin) itu akan tawar oleh air hujan. Akibatnya ikan mati dan busuk terapung di dalam kolam sangat. Jika nak memancing juga, terutamanya pada waktu malam, maka hanya Tuhan yang menentukan rezeki. Tapi percayalah, korang boleh saksikan berpuluh ekor ikan mati dan busuk jika keadaan ini berlaku, maka jangan memancing waktu tersebut kerana korang akan rugi.
3. Waktu terbaik memancing siakap jika ingin memancing ialah pukul 7 pagi hingga 11 Pagi. Sebelah petang Pukul 3 petang himgga 6 petang. Malam pukul 8-11 malam. Namun paling efektif ialah pada sebelah pagi. Ada juga kengkawan kata guna umpan dedak. Waktu jam 2 pagi hingga subuh antara yang terbaik kerana waktu ni ikan2 besar selalu nak makan..awal pagi selepas subuh lagi ikan galak makan..tapi saiznya tak sebesar waktu awal pagi tu..mungkin suasana yang sunyi...
4.. Udang hidup dan hirisan ikan (kembong) paling efektif pada waktu pagi. Hal ini kerana ikan di kolam ialah ikan pelihara, jadi tuannya dulu masa pelihara ikan ini di dalam sangkar sudah tentu beri ikan ini makan waktu pagi dan petang. Malam pula ikan ini tidak diberi makan, tetapi dalam sangkar peliharaan, terdapat anak-anak ikan. Sebab itu dikolam ini pada waktu malam, ikan siakap sibuk memburu anak ikan dan sebab itulah tuan kolam ini membiarkan anak ikan memenuhi kolam ini tanpa ada inisiatif untuk membersihkannya. Jika benar, kenapa biarkan kolam ini penuh dengan anak ikan, kenapa tidak dicuci 2 kali setahun?
Korang cubalah berexperiment dengan masa pula....untung sabut timbul, untung ikan naik..hahahaha.
Thank pasal info memancing ikan kat kolam. Tips terbaik untuk kaki-kaki pancing sebelum keluar memancing ikan kat kolam
BalasPadamterima kasih atas info Blog anda ada disini cara memancing ikan siakap
BalasPadamapa cara na "BOM" kolam menipu.berjam jam 1 kolam membangau..
BalasPadamTerbaik tuan boleh cuba waktu pagi pula ni
BalasPadamTerbaik tuan boleh cuba waktu pagi pula ni
BalasPadam