Ahad, 12 Ogos 2012

Tips Pilih Tali


Terdapat dua jenis tali yang biasa digunakan dalam pancingan gewang ini iaitu tali jenis mono/tangsi dan tali jenis braided/sulam.

Tali mono/tangsi:
tali jenis ini mempunyai kadar regangan yang tinggi dan mempunyai memori(bila digulung dalam spool,keluar dari spool pun tali ni mengikut bentuk spool tersebut)
Tali jenis ini lebih murah,tetapi agak tidak tahan geseran serta mudah terputus jika sudah tergores.

Tali sulam/braided
Tali jenis ini adalah yang popular digunakan oleh kaki-kaki casting.Harganya adalah agak mahal dan biasanya dijual dalam gulungan sepanjang 114m/125yards.saiznya juga adalah pelbagai bergantung kepada gaya pancingan.Tali jenis ini menjadi pilihan ramai kerana ciri-cirinya yang agak kuat(hampir dua kali kekuatan tali mono),memori sifar,daya regangan sifar serta tahan geseran.saiznya juga lebih halus.contoh,tali sulam 6lb adalah lebih halus dari tali mono yang berkekuatan sama.lebih halus tali,lebih sukar dikesan oleh ikan dalam air.ikan tidak mudah takut.

Tips memilih tali yang sesuai.
1. pilih saiz yang bersesuaian dengan saiz kekili.boleh rujuk pada thread bertajuk kekili.
2.Untuk membuat lontaran yang jauh,selain dari joran yang panjang,tali yang kecil juga akan turut membantu.contoh,tali  berkekuatan 6lb adalah lebih jauh jarak lontaran berbanding dengan tali 20lb.
3.Jangan takut menggunakan tali halus.contohnya 6lb kerana tali sulam 6lb kekuatannya adalan lebih kurang sama dengan 12lb tali mono.
4.jangan guna tali terlampau besar untuk casting.ye lah...kalau ikan langsung tak der peluang melepaskan diri,ini bukan sukan namanya serta tak adil untuk ikan.Saya sendiri guna tali 4lb dengan kekili saiz 500 dan joran berkekuatan 6lb-12lb.barulah adil kepada sang ikan.

Jenis-jenis ikatan

Bagi pengguna tali sulam,oleh kerana tali ini mempunyai kadar regangan sifar,maka risiko tali terputus jika disentap oleh tiba-tiba oleh sang ikan adalah tinggi.untuk mengatasi masalah ini,maka shock leader,atau perambut adalah perlu diikat di permulaan tali sulam ini.
Shock leader atau perambut ini berfungsi sebagai penyerap hentakan pada sebuah kerata.Perambut juga dijual dengan saiz yang berbeza bergantung kepada gaya pancingan.dalam dunia pancingan gewang,perambut bersaiz 20lb adalah memadai.
perlu diingat,perambut ini walaupun hampir sama seperti tali tangsi,sebenarnya dua jenis tali ini adalah berbeza.tali perambut adalah lebih lembut dan mempunyai kadar regangan yang lebih tinggi.tali perambut biasanya diperbuat dari bahan mono biasa ataupun flourocarbon.Perambut flourocarbon adalah lebih mahal.tetapi perambut yang diperbuat dari bahan ini adalah bersifat halimunan dalam air.Kata orang,apa yang tidak dapat dilihat,itulah yang akan menangkap kita.hahaha

Okey,bagaimana nak ikat perambut kepada tali sulam/mainline?

terdapat beberapa cara untuk menyambungkan tali perambut kepada mainline.antaranya ialah Varivas knot,FG knot serta Albright Knot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan