Ahad, 12 Ogos 2012
Teknik Casting
Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.
Teknik Jigging
Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.
Teknik Jigging diatas bot
Jigging adalah suatu kaedah memancing yang menggunakan umpan tiruan yang dikenali sebagi "jig". Bukan mudah untuk mengendalikan sesuatu jig jika anda kurang arif tentang fungsinya. Pada kebiasaanya, para jiggers akan menggunakan bot ataupun sampan bagi mencari lubok yang sesuai untuk jigging. Disini TGL ingin berkongsi ilmu jigging diatas bot kepada semua pembaca.
Pada kebiasaannya, jenis jig yang digunakan adalah dari jenis butterfly long hingga ke butterfly flat-side. Berat jig pula pada sekitar 50gram hingga 325gram bergantung kepada kederasan arus dan kedalaman laut.
Langkah-langkah yang betul semasa jigging:-
1. Jatuhkan jig mengikut aliran arus
2. Biarkan jig anda jatuh sehingga mencecah dasar
3. Mulakan menarik jig dengan teknik berikut:-
i) Jenis jig - Regular/flat-side

Rapatkan handle rod anda kebadan, kepitkannya dengan lengan, gulung tali pancing dengan menghenjutkan rod anda keatas dan kebawah. Pastikan jarak antara henjutan keatas dan kebawah didalam lingkungan 10 ~ 20 inci. Henjutan anda perlulah diseragamkan dengan kelajuan gulungan tali pada reel.
ii) Jenis jig - Long

Jika anda menggunakan jenis jig ini, anda cuma perlu menggulungkan tali pancing anda disertakan dengan henjutan keatas dan kebawah secara sekata. Jig jenis ini mudah dikawal walaupun anda hanya seorang jiggers amatur.
Berat jig dan kedalaman air
1, Bagi kedalaman air didalam lingkungan 0 hingga 40meter, berat jig yang diperlukan adalah : 60 ~ 100gram
2. Bagi kedalaman air melebihi 50meter, berat jig yang diperlukan adalan : 200 ~ 325gram.

Teknik Pancingan Dasar
Pancingan dasar merupakan salah satu dari pelbagai jenis kaedah pancingan yang selalu dipraktikan bagi pemancing. Ini kerana ia tidak memerlukan kerahan tenaga yang banyak dari pemancing berbanding jigging dan popping..Kita hanya menunggu cagutan ikan didasar.Ikan karangan seperti ikan kerapu, jenahak, merah, bayan, kaci selalu menjadi menjadi target pemancing yang mengunakan kaedah ini.
Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
Sebelum ini, koyan atau Multipiler @Drum menjadi pilihan kaki bottom ni, tetapi dengan peralihan masa kini mesin Electrik (Bangla) menjadi pilihan kaki bottom kini. selain memudahkan pemancing memeriksa umpan tanpa karauan manual, kini mesin bangla ni juga dilengkapi dengan jigging setting dan remote control. Hanya menekan satu butang karauan selaju 200m per minit dapat dilakukan dengan mudah.
Tidak menjadi masalah lagi bagi penggunaan pelbagai saiz batu mengikut kesesuaian arus. Dari sekecilnya sehingga saiz 32 yang menjadi igauan ngeri pemancing.
Pancing di"Clam" kemas di tepi bot bagi mengelakkan set terjatuh kelaut, banyak kejadian set pancing menjadi tukun akibat ia tidak ditambat dengan kemas pada bot. Rod holder menjadi satu keperluan yang penting sekiranya pemancing menggunakan kaedah ini.
Pemancing hanya perlu mengawal kelajuan dan kekuatan drag sekiranya ikan mengenai mata pancing, selebihnya diuruskan oleh Bangla tadi. Bagi keberkesanan kaeadah memancing ni, penggunaan umpan yang baik seperti sotong hidup dan ikan segar amatlah digalakkan. ini dapat menjerat ikan keluar dari tempan persembunyian bagi membaham umpan yang dihidangkan.
Kelebihan Kaedah pancingan dasar menggunakan "Bangla" ni.
Tidak memenatkan terutama memeriksa umpan didasar.
Amat praktikan memancing di perairan kedalaman yang melebihi 100m.
Dapat memberi respon yang cepat terutama ikan sedang frenzy didasar.
Tidak berkira-kira menggunakan batu ladung bersaiz 32 dan keatas jika diperlukan
Kekurangan Kaedah pancingan dasar menggunakan "Bangla" ni.
Hilang feel menaikan ikan menggunakan kutrat 4 kerat.
Terpaksa memikul bateri kereta. ui penat tu.
Kos membeli yang melebihi ribuan ringgit.
Kerosakan sistem mekanikal ketika dilaut, nasib badan.
Gewang Permukaan dan Cara Permainannya
Bermacam-macam jenis gewang bolehanda saksikan di kedai-kedai pancing. Antara yang paling menarik, agak lucu bentuknya malah tampak kurang praktikal sudah semestinya gewang permukaan(surface lure / top-water lure) . Kategori ini terdiri dari pelbagai jenis dengan nama popper, pencil bait , popper pensil , swisher, noisy, darter, buzz-bait, flog dan lain-lain lagi. Mungkin ada antara jenis gewang sebegini sentiasa tersedia untuk dipakai dalam kotak pancing anda,bagaimanapun berapa ramaikah di antara anda yang mampu menjadikannya sebagai satu senjata praktikal? Tentu ada yang menganggap gewang permukaan lebih efektif buat toman kerana biasa mendapatnya dengan gewang ini. Namun apa yang ingin saya sampaikan ialah cara permainannya yang sedikit berbeza dari yang biasa anda lakukan untuk mengilat toman. Hari ini, spesies yang sukar dijerat dengan gewang yang membingitkan menjadi sasaran utama. Kita perlu ingat, gewang-gewang sedemikian bukan sahaja efektif buat toman, malah untuk haruan, sebarau, spesies cichlid dan juga keluarga keli (catfish) . Dalam kolum ini, saya ingin menerangkan bagaimana penggunaan gewang-gewang ini menjadi efektif.
Kenapa Gewang Permukaan
Menarik Perhatian Kita?
Untuk persoalan ini, jawapannya mungkin kerana bentuk, warna dan aksinya yang pelbagai. Jawapan lain membabitkan aspek praktikal seperti kesannya yang menakjubkan buat ikan pemangsa aktif dan sambaran mengejut yang boleh kita saksikan. Jika anda pernah dikejutkan dengan ledakan sebegini, saya pasti ia masih terngiangngiang di benak anda. Aksinya juga satu daya penarik
penting. Jika penggayaan anda tidak lancar, ikan akan ‘bo layan’ gewang permukaan anda. Aspek ini agak berbeza dari mengilat dengan gewang selaman atau gemerincing, kerana karauan biasa secara
melurus tidak mampu mencungkil kuasa gewang permukaan yang sebenar (* Walaupun kadangkala karauan lurus ini sangat efektif buat gewang jenis ‘ f l o g ’ yang bising. Aspek ini akan dibincangkan
kemudian). Jika renangan gewang selaman sukar kita bayangkan, tetapi ini sebaliknya pada
gewang permukaan. Renangannya di permukaan boleh disaksikan sepanjang masa, lantas memudahkan kita memantau dan perbaiki aksinya. Faktor ini turut meningkatkan konsentrasi kita.
Apabila anda telah pelajari bagaimana hendak memainkan gewang permukaan dan berjaya meny-aksikan sambaran serta mendaratkan ikan, saya yakin anda akan ketagih. Persepsi anda terhadap gewang permukaan turut akan berubah dari, “Ikan membaham gewangku ,” kepada “Aku berjaya menjerat ikan untuk membaham gewangku!”. Jika anda terus membaca artikel ini, mungkin anda akan rasa betapa kompleks dan sukarnya pancingan sebegini berbanding kaedah mengilat yang lain. Tetapi sebenarnya ia lebih mudah andainya anda tahu beberapa kekunci penting. Jika anda berminat untuk mengilat dengan gewang permukaan, anda perlu memahirkan diri dengan pengetahuan dan teknik berikut supaya anda mampu mencapai tahap sifu.
Logik 1 : Kenapa Gewang
Permukaan Begitu Berkesan?
Persoalan ini bergantung kepada habitat spesies pemangsa. Umumnya ikan-ikan pemangsa sentiasa memerhati permukaan air. Sekarang mari kita bincangkan apakah maksud permukaan air? Permukaan air adalah perantaraan dunia air dan dunia di luarnya. Justeru,banyak bahan organik dan bukan organik dari luar masuk ke dalam air menerusi permukaan air terlebih dahulu. Aliran ini
adalah searah, kecuali penyejatan dari permukaan air. Kebanyakan ikan sering tertarik dengan apa sahaja benda yang datang dari luar, mereka sangat sensitif tentang aliran tersebut. Ini kerana bukan sahaja galian atau oksigen yang meresap masuk, malah daun-daun segar, serangga dan haiwan kecil. Kebanyakan pemangsa tertarik dengan haiwan kecil dan serangga, ataupun terhadap ikan kecil yang tertarik dengan serangga. Misalnya :
1. Serangga jatuh ke permukaan
2. Haiwan kecil jatuh atau bergerak di permukaan (eg. katak, ular, cicak dan sebagainya)
3. Larva serangga akuatik yang baru menetas
4. Ikan kecil ketika waktu makan
Senario 1 dan 2 memang tidak selamat buat mereka. Penetasan larva (3) pula kurang terkawal dan sering berlaku pada masa yang sama, jadi mereka mudah menjadi sasaran ikan pemangsa.
Bagi senario 4 iaitu ikan kecil bergerak mencari makan di permukaan pula agak berbeza kesnya. Kenapa ikan pemangsa suka membidiknya, sedangkan ikan kecil itu secara fizikalnya sangat aktif? Jawapan pertama berkait rapat dengan deria ikan tersebut. Deria ikan yang sensitif kepada musuh lazimnya terkumpul di sebelah dorsal (atas) dan sisi badannya iaitu garis deria. Sebab itulah pemangsa yang berada di bawah lebih mudah mengesan ikan kecil yang berenang di permukaan
(pemangsa di bawah perut mangsanya). Kalau tak percaya, cuba anda cekup ikan dari atas, anda pasti gagal. Tetapi jika anda merendam tangan dan selepas suhu tangan disejukkan, cubalah cekup
dari bawah, bukankah lebih mudah?
Jawapan kedua : cara pemburuan. Jika ikan pemangsa hanya mengejar ikan kecil secara rawak di dalam air, kerapkali mereka tidak berjaya menyambarnya. Tetapi jika ia meligannya sehingga ke jalan mati, kebarangkalian berjaya akan meningkat. Permukaan air ibarat jalan mati kepada ikan-ikan kecil jika mereka diserang dari bawah, di mana laluan mereka seterusnya tersekat. Pemangsa sangat arif tentang hal ini. Sebab itulah adakalanya mereka akan mengepung ikan kecil di permukaan dan menghalang laluannya untuk melepaskan diri, sebelum mula membelasah (perlu disedari bahawa dasar, tebing dan jurang dalam air turut dikategori sebagai penghalang).
Jawapan ketiga ialah kecuaian ikan kecil itu sendiri. Ikan kecil yang sedang gila melantak larva, plankton dan makanan lain seringkali leka memfokus permukaan air sahaja, ini memudahkan pemangsa menyambarnya dari bawah.
Zon Membunuh
Bagaimanapun, kita perlu faham bahawa permukaan adalah sempadan antara air dan dunia luar, justeru ia juga boleh menjadi padang sasar kepada hidupan yang tinggal di dunia luar. Terutama burung, mamalia dan ramai pemancing yang selalu memerhatikan permukaan air. Oleh itu, ikan sama ada kecil atau besar tahu betapa bahayanya permukaan air ini! Sebab itulah ikan gentar untuk muncul di permukaan. Ini juga sebab mengapa kita boleh lihat kumpulan ikan ‘menggelegak’ pada awal pagi sebelum matahari terbit, senja atau pada waktu malam. Oleh kerana ikan kecil jarang naik ke permukaan pada siang hari, maka tempoh ini bukanlah masa aktif pemangsa mencari makan di permukaan (pemburuan akan dilakukan di paras yang dalam). Jadi, andainya anda ingin mengilat
dengan gewang permukaan, anda perlu sasarkan pada tempoh galak tersebut dan jangan buat bising. Tetapi jika anda tetap mahu cuba memancingnya pada siang hari, anda perlu perhati struktur tertentu di mana pemangsa boleh bersembunyi.
Potensi Air Cetek
Tetapi bagaimana kalau paras air terlalu cetek? Kawasan cetek juga gelanggang perburuan pemangsa dan tempat ikan kecil bermain. Ikan pemangsa biasanya mengawasi dan meninjau perairan cetek ini dari kawasan dalam. Jika ada peluang, mereka akan menerpa walaupun paras air hanya sekitar 10 cm. Jika anda berdiam di tebing pada awal pagi, anda boleh saksikan adegan pemangsa mengejar ikan kecil di kawasan cetek sehingga bahagian belakang dan siripnya tersembul keluar. Saya rasa paras 10 hingga 15 cm memadai bagi pemangsa menyerang hendap ikan kecil. Namun, apakah jenis gewang yang berkesan di perairan secetek ini? Gewang selaman mahupun yang
berenang perlahan pasti tersangkut di dasar atau struktur lain. Disebabkan masalah tersebut, ramai
pemancing tak mengendahkan perairan cetek dan tidak membuat sebarang lontaran. Tetapi seandainya anda telah mahir dengan gewang permukaan, banyak pilihan boleh dibuat untuk menggempurnya. Jika tiada sambaran, barulah cuba di kawasan dalam. Mengilat di permukaan membuatkan stail pancingan anda lebih meluas berbanding sebelumnya.
Logik 2 : Kenapa Pemangsa
Membaham Gewang Permukaan?
Cara berfikir untuk pancingan permukaan juga boleh diaplikasi terhadap cara mengilat yang lain. Sekarang kita fikirkan persoalan, “Kenapa ikan pemangsa membaham gewang?”, demi untuk
memahami habitatnya yang menjadi asas pengetahuan dalam kaedah mengilat.
Jawapan pertama cukup senang, “sebabikan laparlah"Dengan itu mudahlah kerja kita kalau gewang dapat menipunya. Jika gewang anda menyerupai mangsanya, pemangsa tidak ragu-ragu menyerang, terutama ketika ia galakmelantak di permukaan. Inilah syarat yang sering dinasihatkan iaitu “padankan dengan makanannya ” seperti mana “match the hatch ” bagi pemancing layang. Jadi jikalau anda terserempak sekumpulan ikan ‘mendidih’ dipermukaan, tekalah dahulu jenis mangsanya
sebelum melontar. Mana yang paling mirip mangsanya pasti akan digonggongnya. Mengenal pasti ikan mangsaan dan menyelami tabiatnya merupakan satu prosedur normal. Jika anda terjumpa sebarang ikan kecil di permukaan yang mungkin bagus buat pemangsa, cubalah menirunya. Tetapi jika ikan lebih cenderung melahap larva yang baru menetas, kadangkala hasil anda kosong dengan
gewang permukaan, walaupun banyak ikan menyambar di permukaan. Mereka sukar dijerat kerana terlalu memilih makanan, iaitu anak-anak serangga akuatik. Mungkin gewang selaman lebih berkesan ketika ini.
Jawapan kedua : disebabkan marah atau geram. Saya cuma meneka tanggapan ini berdasarkan beberapa kesan sambaran terhadap gewang permukaan. Mengikut pengalaman saya, ikan pemangsa kadangkala didapati ‘menanduk’ atau melanggar gewang dengan kepala atau badannya sahaja. Kadang-kadang dilibas dengan ekor. Terutama bila saya cuba memancing ikan large-mouth bass d i
negara kelahiran saya, Jepun. Saya alami banyak serangan sebegini bila menggayakan gewang permukaan. Satu lagi sebab saya berkata begitu adalah berdasarkan bunyi sambaran. Walaupun mengilat di permukaan untuk sebarau tasik, haruan kolam mahupun large-mouth bass, anda boleh mendengar bunyi sambarannya yang lain macam, berbanding sambaran semulajadi ke atas ikan hidup. Ikan yang menggasak gewang permukaan adalah lebih agresif dan intensif, sekiranya anda dapat melihat buih kecil timbul. Saya rasa gigitan itu bukan disebabkan keinginan untuk makan, tetapi dari satu reaksi sakit hati atau berang terhadap gewang itu sendiri atau aksinya mengacau
pemangsa. Sebab kenapa pemangsa rasa marah hanyalah satu andaian. Tetapi alasan
seterusnya mungkin lebih logik iaitu gewang menceroboh wilayahnya, gewang membuat bising, lontaran pemancing yang kerap dan berulangkali berdekatannya, dan atau kerana ikan ingin mengawal sesuatu.
Jawapan ketiga ialah kecurigaan. Ikan terutama pemangsa mudah curiga. Jika sesuatu yang pelik, tidak nampak realistik, luar biasa atau tak pernah dilihat, ikan akan datang merapatinya, memerhati dan mengawasi sehingga ia bosan melakukannya.
Koordinasi Gewang & Permukaan
Pada umumnya, ada empat faktor penggoda ikan dari segi kecurigaan iaitu aksi, bunyi, bentuk dan warna gewang (bau juga penting tetapi jarang digunakan dalam mengilat). Saya rasa anda sudah faham, jadi tak perlulah saya terangkan lebih lanjut tentang setiap faktor penarik tersebut.
Cuma ada satu lagi faktor yang tak kurang pentingnya berkenaan pancingan gewang permukaan. Ia bukanlah disebabkan tarikan gewang itu sendiri, tetapi ‘kerjasama’ antara gewang dan air. Kekuncinya ialah permukaan air! Permukaan air boleh menjadi satu skrin antara ikan dan gewang permukaan. Apabila pemancing memberi aksi tertentu ke atas gewang permukaan, percikan, buih
dan gelombang akan mengelilingi dan melitupi gewang. Pergerakan air di sekeliling gewang akibat aksinya menyebabkan gewang seringkali tidak berapa jelas bagi ikan di bawahnya. Oleh kerana skrin ini mengaburkan gewang, pemangsa tidak dapat melihatnya dengan jelas. “Situasi sukar lihat ” ini lantas mencetuskan kecurigaan pemangsa. Kemudian sebelum gewang terlepas, mereka akan cuba bermain dengannya. Lantas sang ikan yang tak dapat mengenal pasti apakah objek itu, akan cuba menggunakan mulutnya (bukan tangan!) untuk mengetahuinya. Saya rasa teori ‘ketidakjelasan pada pandangan ikan’ ini merupakan salah satu aspek paling penting, bukan sahaja kepada gewang permukaan, bahkan juga untuk kaedah mengilat secara umumnya.
Jenis Gewang dan cara penggunaannya
terdapat beribu ribu jenis gewang di pasaran. Setiap gewang ada aplikasinya tersendiri seperti Floating, Deep Diving, Sinking, Suspending, Topwater dan vibration. Di bawah ini teman sertakan gambarnya sekali supaya lebih jelas dan terang.
Topwater ( permukaan)
Gewang jenis ini berfungsi di atas permukaan air seperti Popper dan gewang Pensil.
Floating
Gewang jenis ini akan berada didalam air semasa dikarau, ia akan terapung ke permukaan air apabila karauan berhenti.
Suspend
Gewang jenis ini pula akan berada di dalam air semasa dikarau, tetapi apabila berhenti mengarau ia tetap akan berada di posisi tetap dan tidak akan terapung dan tidak akan tenggelam.
Sinking
Gewang ini juga akan berada di dalam air apabila dikarau, tetapi akan tenggelam ke dasar jika berhenti mengarau.
Deep Diving Minnow
Gewang jenis pula akan menyelam lebih dalam mengikut spesifikasi yang dibuat oleh pengeluar. Jenis ini mudah dikenali dengan melihat Lidah (bib) yang panjang. Semakin panjang lidah gewang tersebut semakin dalam gewang ini mampu menyelam.
Vibration
Gewang ini selalunya tidak mempunyai lidah (bib). Apabila dikarau gewang ini akan bergetar. Kebanyakan model jenis ini adalah jenis yang tenggelam (sinking) apabila berhenti mengarau.
Jig
Aplikasi gewang ini pula berlainan sedikit dengan yang lain lain dimana jenis ini akan dibiarkan tenggelam kedasar dam kemudian dikarau ke atas. Jenis ini sesuai untuk memburu ikan di perairan yang dalam dan juga boleh digunakan di tempat yang cetek.
Ini adalah gewang yang biasa digunakan oleh para pemancing, dan saya percaya di zaman ini terdapat pelbagai jenis gewang baru dan aplikasi yang berlainan.
Tips Memilih Batu Ladung
Batu pemberat biasanya dibuat drpd timah. Gunanya utk mengawal umpan supaya sampai ke dasar laut. Olih itu, saiz batu pemberat bergantung kpd kelajuan arus. Jika memancing dgn menggunakan umpan hidup, batu pemberat mungkin tidak perlu digunakan melainkan jika arus sangat laju. Bentuk & saiz batu pemberat ada bermacam2. Drpd yg ada telinga kpd yg ada lubang ditengah2 (utk memboloskan tali), berbentuk lonjong, bulat atau berbentuk jantung pisang. Drpd yg kecil kpd yg besar & berat. Jika arus laju kita perlu menggunakan batu pemberat yg besar. Sebaliknya jika arus tidak laju, cukup sekadar menggunakan batu pemberat yg kecil. Sekiranya kita faham tentang pergerakan arus, kita bolihlah memilih 'air' yg betul apabila pergi memancing supaya kita tidak perlu menggunakan batu pemberat yg sangat besar. Menggunakan batu pemberat yg besar mudah tersangkut, ikan yg sensitif akan meninggalkan umpan apabila terasa halangan yg berat drpd batu pemberat. Batu pemberat yg disyorkan ialah nombor enam atau yg lebih kecil.
Pemberat atau batu ladung khususnya batu Ladung mati untuk pancingan air masin lazimnya disukat ukuran beratnya berdasarkan angka atau nombor. Oleh yang demikian adalah penting untuk mengetahui ukuran berat bagi nombor-nombor yang dicatat pada batu ladung tersebut.
Iannya penting untuk kita memilih batu ladung yang sesuai apabila disarankan menggunakan batu ladung berdasarkan berat dan bukan nombor-nombornya
Batu Ladung
NO. 8 = 150GM / 5 OUNS
NO. 10 = 220GM / 8 OUNS
NO. 12 = 320GM / 12 OUNS
NO. 14 = 480 GM / 1.2LB
NO. 24 = 1KG
Kebiasaannya, ada tiga cara menggunakan batu pemberat.
1. Penggunaan secara batu hidup.
2. Penggunaan tetap di swivel.
3. Penggunaan tetap dihujung perambut.
Penggunaan secara batu hidup banyak kelebihannya. Ia tidak mengganggu apabila ikan yg sensitif menarik pancing & ia membenarkan tali melungsur apabila disambar ikan. Ia juga akan lebih sensitif terhadap ikan yg memakan pancing. Mudah membezakan diantara ikan kecil dgn ikan besar Pengetahuan tentang kelajuan arus amat penting dlm penggunakan batu pemberat. Pengetahuan tentang 'air mati' & 'air besar' perlu dipelajari. Air mati, arus laut adalah sangat perlahan. Sebaliknya pd masa air besar, arus akan menjadi laju. Olih itu kalau pergi memancing semasa air mati, tidak perlu membawa batu yg besar, tetapi jika turun kelaut semasa air besar, batu yg kecil menjadi tidak berguna.
Teknik Memancing Kerapu
Ikan kurau ialah spesies yang berskala 5 kilogram (kg) ke bawah manakala senohong melebihi 5 kg. Kurau adalah ikan muara yang kuat melawan serta memiliki daya pecutan. Justeru, tali utama kekuatan minimum 20 paun diperlukan.
Memancing menggunakan ladung yang kecil hanya sekadar memastikan umpan berada pada kedudukan dasar. Gunakan perambut tangsi minimum 50 paun diikat dengan mata kail 3/0. Tidak perlu perambut dawai kerana kurau kurang gemar.
Kalau boleh perambut yang digunakan adalah jenis yang tahan calar dan hakisan. Kurau ikan bermulut besar. Jadi, mata kail dari 2/0 hingga 5/0 adalah prasyarat memancingnya. Pasang umpan pilihan seperti ikan cabuk, udang hidup atau hirisan kembung di lubuk sasaran. Waktu kemuncak ialah 30 minit sebelum air pasang penuh dan satu jam selepasnya.
Kerapu yang mendiami pantai saiznya kurang daripada 2 kilogram kecuali kawasan itu airnya dalam.
Justeru, mata kail yang sesuai adalah nombor 8 hingga nombor 10. Walaupun kerapu 500 gram boleh menelan mata kail nombor 5/0, tapi disebabkan faktor geografi, anda disaran menggunakan mata kail kecil.
Tali perambut sesuai ialah antara 20 hingga 40 paun mengikut saiz tali utama yang digunakan. Perambut 40 paun dianggap besar untuk mengikat mata nombor 10.
Memancing kerapu di kawasan berbatu tidak memerlukan perambut yang panjang kerana terlalu panjang ia mudah tersangkut pada karang. Paling sesuai sejengkal atau dua jengkal saja dari ladung. Teknik memancing ikan kerapu biasanya di kawasan berbatu.
Tetapi jangan melontar umpan di kawasan berbatu atau membiarkan ia jatuh hingga ke dasar. Akibatnya, kail tersangkut.
Kalau air jernih, labuhkan umpan antara batu (tempat cerah di antara kawasan yang gelap) dan tunggu ikan keluar dari kawasan batu dan menerkam umpan.
Batu ladung pula tertakluk kepada jarak lontaran yang hendak dibuat. Jika umpan dilontar pada jarak dekat, gunakan ladung kecil sekadar untuk menenggelamkan umpan ke dasar.
Kalau berhajat membuat lontaran jauh, batu ladung besar diperlukan bagi mengurangkan rintangan terutama angin.
Bagi penulis, lebih seronok menggunakan pancing tanpa ladung di kawasan tepi batu. Hirisan umpan mati mampu tenggelam ke dasar jika lokasi berkenaan arusnya lemah. Risiko tersangkut pada batu juga kecil jika menggunakan teknik ini.
Umpan hirisan ikan kembung dan sotong terbaik bagi memikat kerapu pantai kerana kerapu tidak memilih umpan. Apa saja umpan yang berada di depannya pasti diterkam. Selain udang hidup, hirisan ikan, anda boleh menggunakan isi ketam atau ketam pasir, siput atau apa-apa isi cengkerang yang ditemui di persisiran pantai berbatu.
Langgan:
Catatan (Atom)