Ahad, 12 Ogos 2012

Teknik Memancing Pantai


Teknik terbaik ketika memancing pantai ialah dengan membuat lontaran paling jauh yang mampu dilakukan sambil pastikan tali dalam kedudukan tegang, tunggu jika ada getuan dengan memerhatikan hujung joran.

Jika tiada, karau sedikit tali dan tunggu lagi. Ulangi proses ini sehingga umpan pancing sudah berada hampir dengan pantai. Berhenti karau jika terdapat getuan. Teknik ini ialah untuk mengetahui lokasi ikan bermain ketika air pasang mahupun surut. Oleh kerana laut adalah terbentang luas di depan mata, sukar untuk meramalkan lokasi ikan kecuali dengan teknik ini.

Kalau boleh buat ‘tanda’ jarak yang berpotensi sebaik saja umpan menerima getuan. Sesetengah kawasan pula ombak sendiri akan menolak umpan pemancing ke arah pantai ketika air pasang. Jika ini berlaku kita perlu memastikan tali sentiasa dalam keadaan tegang dengan mengarau tali yang kendur.

Jika kadar tolakan ombak dan arus kuat, gunakan ladung yang sesuai bagi mengelakkan tali kendur. Saiz ladung besar boleh mengurangkan umpan bergerak apabila ditolak ombak atau arus.
Cara melontar yang berkesan ialah letak ladung dan umpan di atas pasir dengan kedudukan joran mendatar ke belakang.
guna ladung hidup pun buleh kalau memancing di pantai berpasir, atau ladung mati di pantai berlumpur. Kelebihan guna ladung mati - balingan lebih jauh sebab berat kat hujung tali, bukan kat tengah berbanding ladung hidup. Atau gunakan ladung khas dibuat untuk surfcast yang mampu menahan dari tergolek ditolak arus
Pemancing perlu berada dalam kedudukan seperti atlit merenjam lembing. Teknik ini boleh dipelajari secara mendalam dengan merujuk kepada ‘basic surf casting’.

Di Malaysia sendiri terdapat kelab pancing ‘surf casting’ yang aktif. Menerusi teknik ini, pemancing akan didedahkan mengenai langkah lontaran, cara lontaran, aspek lontaran, teknik ikatan dan jenis perambut yang sesuai serta kombinasi peralatan termasuk joran, kekili, muatan dan saiz tali.

Mata kail paling besar yang disyorkan ialah saiz No 1.

Lebih kecil lagi baik asalkan ia kuat dan tajam. Lazimnya jika tali tangsi dipilih sebagai tali utama, maka tali dengan kekuatan 20 paun adalah pilihan tepat manakala tali 40 paun pula sesuai untuk tali jenis sulam.

Bagi memudahkan persiapan anda, pilihlah tali perambut kekuatan dari 30 paun hingga 40 paun mengenai umpan hirisan ikan dikerumuni ketam. Cara terbaik mengatasinya ialah gantikan terus umpan berkenaan dengan menggunakan udang hidup atau perumpun sebagai pilihan lain.


1. Umpan untuk kegunaan memancing di pantai boleh disenaraikan seperti berikut:

i) Udang segar (hidup lebih baik).

ii) Perumpum sarang/pantai.

iii) Hirisan ikan (kembung, selar, selayang).

iv) Sotong pasar (cumit sesuai).

v) Sotong kurita.

vi) Anak ikan belanak.

vii) Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai.

viii) Ketam angin/anak ketam batu.

ix) Roti untuk umpan belanak besar.

x) Roti canai/daging ayam untuk ikan kuku.

xi) Siput, kerang, kupang dan isi cengkerang lain.

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.

3. Perambut mulakan dengan 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan. Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).

5. Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.


Memancing di batu karang.

MEMANCING di tepian berbatu karang adalah kawasan berpotensi menjinakkan ikan juga paling kerap kail tersangkut. Batu atau karang di situ menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa. Namun begitu, ia mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu ada karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang, antaranya:
Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung di bahagian bawah sekali. Jika tidak mahu kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung mesti lebih halus daripada perambut untuk mata kail dan tali utama. Oleh kerana ladung mencecah dasar, peluang untuk ia sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut, pemancing masih boleh menyelamatkan kail dan ikan kerana tali lebih halus bagi mengikat ladung, akan putus terlebih dulu. Berikutan harga ladung semakin mahal, guna bahan lain seperti batu dan skru terbuang sebagai ganti.

Teknik tanpa pemberat (ladung), juga sesuai jika kawasan itu lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan akan mengambil masa untuk sampai ke dasar. Ketika menjunam, umpan menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika ada tanda sambaran yang biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.

Teknik menggunakan pelampung memerlukan pemancing bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 0.5 hingga 2 meter dari dasar potensi sambaran adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut pada karang.

15 ulasan:

  1. x beberapa paham.... dah baling umpan lepastu tarik sampai tegang...
    lepastu tunggu ade getuan... getuan ue ape?

    BalasPadam
  2. getuan tu nama pada rod ikan sedang mengigt umpan.. jadi hujung rod kelihatan ada henjutan ringan.

    BalasPadam
  3. jika ada getuan , pastu nk buat apa?? mahu balas k??

    BalasPadam
    Balasan
    1. biar ikan main de ngan umpan dulu baru karang.

      Padam
    2. biar ikan main de ngan umpan dulu baru karang.

      Padam
  4. Minta laluan tuan tanah. Sekadar pandangan. Getuan maksudnya ada ikan sedang menjamah umpan. Kena pegang rod utk rasa kuat atau tidak. Kadang-kadang ikan tu baru usik-usik saja. Bila getuan rasa agak kuat, terus sentap dan terus karau tali. In Sya Allah sangkutla ikan tu. Tp kalau getuan kecil dan tak kuat kena hati-hati sikit. Mungkin ikan kecil yg makan umpan. Kalau 3-4 kali getuan kecil, kemudian senyap, elok gulung semula tali utk tengok umpan. Biasanya umpan dh habis dimakan ikan kecil.

    BalasPadam
  5. Ops, sori tuan tanah, nk sentap pun kena tengok jenis mata kail yg kita guna rasanya. Tuan tanah boleh kongsi kot pasal jenis- jenis mata kail ni.

    BalasPadam
  6. info menarik tentang teknik pancing pantai terbaik

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas info teknik memancing pantai terbaik dan juga Cara Memancingl

    BalasPadam
  8. Terbaik, mohon share tuan...

    BalasPadam
  9. jenis batu nak pakai p mancing kelaut

    BalasPadam
  10. salam , tuan tanah saya br nk bljr mancing pantai, saye ade modal lam 600rm, blh tuan br cdgan jenis joran, kekili, tali utama yg sesuai dgn modal saye

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya xdelaa dewa mana,tapi setiap kali pg mancing saya mesti dapat siakap puteh or merah...

      Padam
  11. Salam,sye bg pndapt yg sye blajar dri otai..klo kite mmncing pntai..kte kne tgok set trsbut ssuai atau x dgn kwsan yg kte nk mncg..lau kte mgethui kwsan trsbut mmpunyai ikn bsaiz mega..eloklh mgunkn set yg bkualiti..untok mgelakkn set yg dgunkn tdak mndtgkn masalah smasa ikn strike

    BalasPadam
  12. saya mancing ketam sampai demam sakit urat

    BalasPadam