Ahad, 12 Ogos 2012

Teknik Casting


Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Teknik Jigging


Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.


Teknik Jigging diatas bot

Jigging adalah suatu kaedah memancing yang menggunakan umpan tiruan yang dikenali sebagi "jig". Bukan mudah untuk mengendalikan sesuatu jig jika anda kurang arif tentang fungsinya. Pada kebiasaanya, para jiggers akan menggunakan bot ataupun sampan bagi mencari lubok yang sesuai untuk jigging. Disini TGL ingin berkongsi ilmu jigging diatas bot kepada semua pembaca.
Pada kebiasaannya, jenis jig yang digunakan adalah dari jenis butterfly long hingga ke butterfly flat-side. Berat jig pula pada sekitar 50gram hingga 325gram bergantung kepada kederasan arus dan kedalaman laut.
Langkah-langkah yang betul semasa jigging:-
1. Jatuhkan jig mengikut aliran arus
2. Biarkan jig anda jatuh sehingga mencecah dasar
3. Mulakan menarik jig dengan teknik berikut:-
   i) Jenis jig - Regular/flat-side
     
     Rapatkan handle rod anda kebadan, kepitkannya dengan lengan, gulung tali pancing dengan menghenjutkan rod    anda keatas dan kebawah. Pastikan jarak antara henjutan keatas dan kebawah didalam lingkungan 10 ~ 20 inci.   Henjutan anda perlulah diseragamkan dengan kelajuan gulungan tali pada reel.

     ii) Jenis jig - Long
     
     Jika anda menggunakan jenis jig ini, anda cuma perlu menggulungkan tali pancing anda disertakan dengan henjutan keatas dan kebawah secara sekata. Jig jenis ini mudah dikawal walaupun anda hanya seorang jiggers amatur.

Berat jig dan kedalaman air
1, Bagi kedalaman air didalam lingkungan 0 hingga 40meter, berat jig yang diperlukan adalah : 60 ~ 100gram
2. Bagi kedalaman air melebihi 50meter, berat jig yang diperlukan adalan : 200 ~ 325gram.



Teknik Pancingan Dasar


Pancingan dasar merupakan salah satu dari pelbagai jenis kaedah pancingan yang selalu dipraktikan bagi pemancing. Ini kerana ia tidak memerlukan kerahan tenaga yang banyak dari pemancing berbanding jigging dan popping..Kita hanya menunggu cagutan ikan didasar.Ikan karangan seperti ikan kerapu, jenahak, merah, bayan, kaci selalu menjadi menjadi target pemancing yang mengunakan kaedah ini.
Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
Sebelum ini, koyan atau Multipiler @Drum menjadi pilihan kaki bottom ni, tetapi dengan peralihan masa kini mesin Electrik (Bangla) menjadi pilihan kaki bottom kini. selain memudahkan pemancing memeriksa umpan tanpa karauan manual, kini mesin bangla ni juga dilengkapi dengan jigging setting dan remote control. Hanya menekan satu butang karauan selaju 200m per minit dapat dilakukan dengan mudah.
 Tidak menjadi masalah lagi bagi penggunaan pelbagai saiz batu mengikut kesesuaian arus. Dari sekecilnya sehingga saiz 32 yang menjadi igauan ngeri pemancing.

 Pancing di"Clam" kemas di tepi bot bagi mengelakkan set terjatuh kelaut, banyak kejadian set pancing menjadi tukun akibat ia tidak ditambat dengan kemas pada bot. Rod holder menjadi satu keperluan yang penting sekiranya pemancing menggunakan kaedah ini.
 Pemancing hanya perlu mengawal kelajuan dan kekuatan drag sekiranya ikan mengenai mata pancing, selebihnya diuruskan oleh Bangla tadi. Bagi keberkesanan kaeadah memancing ni, penggunaan umpan yang baik seperti sotong hidup dan ikan segar amatlah digalakkan. ini dapat menjerat ikan keluar dari tempan persembunyian bagi membaham umpan yang dihidangkan.

 Kelebihan Kaedah pancingan dasar menggunakan "Bangla" ni.
Tidak memenatkan terutama memeriksa umpan didasar.
Amat praktikan memancing di perairan kedalaman yang melebihi 100m.
Dapat memberi respon yang cepat terutama ikan sedang frenzy didasar.
Tidak berkira-kira menggunakan batu ladung bersaiz 32 dan keatas jika diperlukan
Kekurangan Kaedah pancingan dasar menggunakan "Bangla" ni.
Hilang feel menaikan ikan menggunakan kutrat 4 kerat.
Terpaksa memikul bateri kereta. ui penat tu.
Kos membeli yang melebihi ribuan ringgit.
Kerosakan sistem mekanikal ketika dilaut, nasib badan.

Gewang Permukaan dan Cara Permainannya


Bermacam-macam jenis gewang bolehanda saksikan di kedai-kedai pancing. Antara yang paling menarik, agak lucu bentuknya malah tampak kurang praktikal sudah semestinya gewang permukaan(surface lure / top-water lure) . Kategori ini terdiri dari pelbagai jenis dengan nama popper, pencil bait , popper pensil , swisher, noisy, darter, buzz-bait, flog dan lain-lain lagi. Mungkin ada antara jenis gewang sebegini sentiasa tersedia untuk dipakai dalam kotak pancing anda,bagaimanapun berapa ramaikah di antara anda yang mampu menjadikannya sebagai satu senjata praktikal? Tentu ada yang menganggap gewang permukaan lebih efektif buat toman kerana biasa mendapatnya dengan gewang ini. Namun apa yang ingin saya sampaikan ialah cara permainannya yang sedikit berbeza dari yang biasa anda lakukan untuk mengilat toman. Hari ini, spesies yang sukar dijerat dengan gewang yang membingitkan menjadi sasaran utama. Kita perlu ingat, gewang-gewang sedemikian bukan sahaja efektif buat toman, malah untuk haruan, sebarau, spesies cichlid dan juga keluarga keli (catfish) . Dalam kolum ini, saya ingin menerangkan bagaimana penggunaan gewang-gewang ini menjadi efektif.

Kenapa Gewang Permukaan
Menarik Perhatian Kita?

Untuk persoalan ini, jawapannya mungkin kerana bentuk, warna dan aksinya yang pelbagai. Jawapan lain membabitkan aspek praktikal seperti kesannya yang menakjubkan buat ikan pemangsa aktif dan sambaran mengejut yang boleh kita saksikan. Jika anda pernah dikejutkan dengan ledakan sebegini, saya pasti ia masih terngiangngiang di benak anda. Aksinya juga satu daya penarik
penting. Jika penggayaan anda tidak lancar, ikan akan ‘bo layan’ gewang permukaan anda. Aspek ini agak berbeza dari mengilat dengan gewang selaman atau gemerincing, kerana karauan biasa secara
melurus tidak mampu mencungkil kuasa gewang permukaan yang sebenar (* Walaupun kadangkala karauan lurus ini sangat efektif buat gewang jenis ‘ f l o g ’ yang bising. Aspek ini akan dibincangkan
kemudian). Jika renangan gewang selaman sukar kita bayangkan, tetapi ini sebaliknya pada
gewang permukaan. Renangannya di permukaan boleh disaksikan sepanjang masa, lantas memudahkan kita memantau dan perbaiki aksinya. Faktor ini turut meningkatkan konsentrasi kita.
Apabila anda telah pelajari bagaimana hendak memainkan gewang permukaan dan berjaya meny-aksikan sambaran serta mendaratkan ikan, saya yakin anda akan ketagih. Persepsi anda terhadap gewang permukaan turut akan berubah dari, “Ikan membaham gewangku ,” kepada “Aku berjaya menjerat ikan untuk membaham gewangku!”. Jika anda terus membaca artikel ini, mungkin anda akan rasa betapa kompleks dan sukarnya pancingan sebegini berbanding kaedah mengilat yang lain. Tetapi sebenarnya ia lebih mudah andainya anda tahu beberapa kekunci penting. Jika anda berminat untuk mengilat dengan gewang permukaan, anda perlu memahirkan diri dengan pengetahuan dan teknik berikut supaya anda mampu mencapai tahap sifu.

Logik 1 : Kenapa Gewang
Permukaan Begitu Berkesan?

Persoalan ini bergantung kepada habitat spesies pemangsa. Umumnya ikan-ikan pemangsa sentiasa memerhati permukaan air. Sekarang mari kita bincangkan apakah maksud permukaan air? Permukaan air adalah perantaraan dunia air dan dunia di luarnya. Justeru,banyak bahan organik dan bukan organik dari luar masuk ke dalam air menerusi permukaan air terlebih dahulu. Aliran ini
adalah searah, kecuali penyejatan dari permukaan air. Kebanyakan ikan sering tertarik dengan apa sahaja benda yang datang dari luar, mereka sangat sensitif tentang aliran tersebut. Ini kerana bukan sahaja galian atau oksigen yang meresap masuk, malah daun-daun segar, serangga dan haiwan kecil. Kebanyakan pemangsa tertarik dengan haiwan kecil dan serangga, ataupun terhadap ikan kecil yang tertarik dengan serangga. Misalnya :
1. Serangga jatuh ke permukaan
2. Haiwan kecil jatuh atau bergerak di permukaan (eg. katak, ular, cicak dan sebagainya)
3. Larva serangga akuatik yang baru menetas
4. Ikan kecil ketika waktu makan
Senario 1 dan 2 memang tidak selamat buat mereka. Penetasan larva (3) pula kurang terkawal dan sering berlaku pada masa yang sama, jadi mereka mudah menjadi sasaran ikan pemangsa.
Bagi senario 4 iaitu ikan kecil bergerak mencari makan di permukaan pula agak berbeza kesnya. Kenapa ikan pemangsa suka membidiknya, sedangkan ikan kecil itu secara fizikalnya sangat aktif? Jawapan pertama berkait rapat dengan deria ikan tersebut. Deria ikan yang sensitif kepada musuh lazimnya terkumpul di sebelah dorsal (atas) dan sisi badannya iaitu garis deria. Sebab itulah pemangsa yang berada di bawah lebih mudah mengesan ikan kecil yang berenang di permukaan
(pemangsa di bawah perut mangsanya). Kalau tak percaya, cuba anda cekup ikan dari atas, anda pasti gagal. Tetapi jika anda merendam tangan dan selepas suhu tangan disejukkan, cubalah cekup
dari bawah, bukankah lebih mudah?
Jawapan kedua : cara pemburuan. Jika ikan pemangsa hanya mengejar ikan kecil secara rawak di dalam air, kerapkali mereka tidak berjaya menyambarnya. Tetapi jika ia meligannya sehingga ke jalan mati, kebarangkalian berjaya akan meningkat. Permukaan air ibarat jalan mati kepada ikan-ikan kecil jika mereka diserang dari bawah, di mana laluan mereka seterusnya tersekat. Pemangsa sangat arif tentang hal ini. Sebab itulah adakalanya mereka akan mengepung ikan kecil di permukaan dan menghalang laluannya untuk melepaskan diri, sebelum mula membelasah (perlu disedari bahawa dasar, tebing dan jurang dalam air turut dikategori sebagai penghalang).
Jawapan ketiga ialah kecuaian ikan kecil itu sendiri. Ikan kecil yang sedang gila melantak larva, plankton dan makanan lain seringkali leka memfokus permukaan air sahaja, ini memudahkan pemangsa menyambarnya dari bawah.


Zon Membunuh

Bagaimanapun, kita perlu faham bahawa permukaan adalah sempadan antara air dan dunia luar, justeru ia juga boleh menjadi padang sasar kepada hidupan yang tinggal di dunia luar. Terutama burung, mamalia dan ramai pemancing yang selalu memerhatikan permukaan air. Oleh itu, ikan sama ada kecil atau besar tahu betapa bahayanya permukaan air ini! Sebab itulah ikan gentar untuk muncul di permukaan. Ini juga sebab mengapa kita boleh lihat kumpulan ikan ‘menggelegak’ pada awal pagi sebelum matahari terbit, senja atau pada waktu malam. Oleh kerana ikan kecil jarang naik ke permukaan pada siang hari, maka tempoh ini bukanlah masa aktif pemangsa mencari makan di permukaan (pemburuan akan dilakukan di paras yang dalam). Jadi, andainya anda ingin mengilat
dengan gewang permukaan, anda perlu sasarkan pada tempoh galak tersebut dan jangan buat bising. Tetapi jika anda tetap mahu cuba memancingnya pada siang hari, anda perlu perhati struktur tertentu di mana pemangsa boleh bersembunyi.

Potensi Air Cetek

Tetapi bagaimana kalau paras air terlalu cetek? Kawasan cetek juga gelanggang perburuan pemangsa dan tempat ikan kecil bermain. Ikan pemangsa biasanya mengawasi dan meninjau perairan cetek ini dari kawasan dalam. Jika ada peluang, mereka akan menerpa walaupun paras air hanya sekitar 10 cm. Jika anda berdiam di tebing pada awal pagi, anda boleh saksikan adegan pemangsa mengejar ikan kecil di kawasan cetek sehingga bahagian belakang dan siripnya tersembul keluar. Saya rasa paras 10 hingga 15 cm memadai bagi pemangsa menyerang hendap ikan kecil. Namun, apakah jenis gewang yang berkesan di perairan secetek ini? Gewang selaman mahupun yang
berenang perlahan pasti tersangkut di dasar atau struktur lain. Disebabkan masalah tersebut, ramai
pemancing tak mengendahkan perairan cetek dan tidak membuat sebarang lontaran. Tetapi seandainya anda telah mahir dengan gewang permukaan, banyak pilihan boleh dibuat untuk menggempurnya. Jika tiada sambaran, barulah cuba di kawasan dalam. Mengilat di permukaan membuatkan stail pancingan anda lebih meluas berbanding sebelumnya.


Logik 2 : Kenapa Pemangsa
Membaham Gewang Permukaan?

Cara berfikir untuk pancingan permukaan juga boleh diaplikasi terhadap cara mengilat yang lain. Sekarang kita fikirkan persoalan, “Kenapa ikan pemangsa membaham gewang?”, demi untuk
memahami habitatnya yang menjadi asas pengetahuan dalam kaedah mengilat.
Jawapan pertama cukup senang, “sebabikan laparlah"Dengan itu mudahlah kerja kita kalau gewang dapat menipunya. Jika gewang anda menyerupai mangsanya, pemangsa tidak ragu-ragu menyerang, terutama ketika ia galakmelantak di permukaan. Inilah syarat yang sering dinasihatkan iaitu “padankan dengan makanannya ” seperti mana “match the hatch ” bagi pemancing layang. Jadi jikalau anda terserempak sekumpulan ikan ‘mendidih’ dipermukaan, tekalah dahulu jenis mangsanya
sebelum melontar. Mana yang paling mirip mangsanya pasti akan digonggongnya. Mengenal pasti ikan mangsaan dan menyelami tabiatnya merupakan satu prosedur normal. Jika anda terjumpa sebarang ikan kecil di permukaan yang mungkin bagus buat pemangsa, cubalah menirunya. Tetapi jika ikan lebih cenderung melahap larva yang baru menetas, kadangkala hasil anda kosong dengan
gewang permukaan, walaupun banyak ikan menyambar di permukaan. Mereka sukar dijerat kerana terlalu memilih makanan, iaitu anak-anak serangga akuatik. Mungkin gewang selaman lebih berkesan ketika ini.
Jawapan kedua : disebabkan marah atau geram. Saya cuma meneka tanggapan ini berdasarkan beberapa kesan sambaran terhadap gewang permukaan. Mengikut pengalaman saya, ikan pemangsa kadangkala didapati ‘menanduk’ atau melanggar gewang dengan kepala atau badannya sahaja. Kadang-kadang dilibas dengan ekor. Terutama bila saya cuba memancing ikan large-mouth bass d i
negara kelahiran saya, Jepun. Saya alami banyak serangan sebegini bila menggayakan gewang permukaan. Satu lagi sebab saya berkata begitu adalah berdasarkan bunyi sambaran. Walaupun mengilat di permukaan untuk sebarau tasik, haruan kolam mahupun large-mouth bass, anda boleh mendengar bunyi sambarannya yang lain macam, berbanding sambaran semulajadi ke atas ikan hidup. Ikan yang menggasak gewang permukaan adalah lebih agresif dan intensif, sekiranya anda dapat melihat buih kecil timbul. Saya rasa gigitan itu bukan disebabkan keinginan untuk makan, tetapi dari satu reaksi sakit hati atau berang terhadap gewang itu sendiri atau aksinya mengacau
pemangsa. Sebab kenapa pemangsa rasa marah hanyalah satu andaian. Tetapi alasan
seterusnya mungkin lebih logik iaitu gewang menceroboh wilayahnya, gewang membuat bising, lontaran pemancing yang kerap dan berulangkali berdekatannya, dan atau kerana ikan ingin mengawal sesuatu.
Jawapan ketiga ialah kecurigaan. Ikan terutama pemangsa mudah curiga. Jika sesuatu yang pelik, tidak nampak realistik, luar biasa atau tak pernah dilihat, ikan akan datang merapatinya, memerhati dan mengawasi sehingga ia bosan melakukannya.


Koordinasi Gewang & Permukaan

Pada umumnya, ada empat faktor penggoda ikan dari segi kecurigaan iaitu aksi, bunyi, bentuk dan warna gewang (bau juga penting tetapi jarang digunakan dalam mengilat). Saya rasa anda sudah faham, jadi tak perlulah saya terangkan lebih lanjut tentang setiap faktor penarik tersebut.
Cuma ada satu lagi faktor yang tak kurang pentingnya berkenaan pancingan gewang permukaan. Ia bukanlah disebabkan tarikan gewang itu sendiri, tetapi ‘kerjasama’ antara gewang dan air. Kekuncinya ialah permukaan air! Permukaan air boleh menjadi satu skrin antara ikan dan gewang permukaan. Apabila pemancing memberi aksi tertentu ke atas gewang permukaan, percikan, buih
dan gelombang akan mengelilingi dan melitupi gewang. Pergerakan air di sekeliling gewang akibat aksinya menyebabkan gewang seringkali tidak berapa jelas bagi ikan di bawahnya. Oleh kerana skrin ini mengaburkan gewang, pemangsa tidak dapat melihatnya dengan jelas. “Situasi sukar lihat ” ini lantas mencetuskan kecurigaan pemangsa. Kemudian sebelum gewang terlepas, mereka akan cuba bermain dengannya. Lantas sang ikan yang tak dapat mengenal pasti apakah objek itu, akan cuba menggunakan mulutnya (bukan tangan!) untuk mengetahuinya. Saya rasa teori ‘ketidakjelasan pada pandangan ikan’ ini merupakan salah satu aspek paling penting, bukan sahaja kepada gewang permukaan, bahkan juga untuk kaedah mengilat secara umumnya.

Jenis Gewang dan cara penggunaannya


terdapat beribu ribu jenis gewang di pasaran. Setiap gewang ada aplikasinya tersendiri seperti Floating, Deep Diving, Sinking, Suspending, Topwater dan vibration. Di bawah ini teman sertakan gambarnya sekali supaya lebih jelas dan terang.



Topwater ( permukaan)
Gewang jenis ini berfungsi di atas permukaan air seperti Popper dan gewang Pensil.

Floating
Gewang jenis ini akan berada didalam air semasa dikarau, ia akan terapung ke permukaan air apabila karauan berhenti.

Suspend
Gewang jenis ini pula akan berada di dalam air semasa dikarau, tetapi apabila berhenti mengarau ia tetap akan berada di posisi tetap dan tidak akan terapung dan tidak akan tenggelam.

Sinking
Gewang ini juga akan berada di dalam air apabila dikarau, tetapi akan tenggelam ke dasar jika berhenti mengarau.

Deep Diving Minnow
Gewang jenis pula akan menyelam lebih dalam mengikut spesifikasi yang dibuat oleh pengeluar. Jenis ini mudah dikenali dengan melihat Lidah (bib) yang panjang. Semakin panjang lidah gewang tersebut semakin dalam gewang ini mampu menyelam.

Vibration
Gewang ini selalunya tidak mempunyai lidah (bib). Apabila dikarau gewang ini akan bergetar. Kebanyakan model jenis ini adalah jenis yang tenggelam (sinking) apabila berhenti mengarau.

Jig
Aplikasi gewang ini pula berlainan sedikit dengan yang lain lain dimana jenis ini akan dibiarkan tenggelam kedasar dam kemudian dikarau ke atas. Jenis ini sesuai untuk memburu ikan di perairan yang dalam dan juga boleh digunakan di tempat yang cetek.

Ini adalah gewang yang biasa digunakan oleh para pemancing, dan saya percaya di zaman ini terdapat pelbagai jenis gewang baru dan aplikasi yang berlainan.

Tips Memilih Batu Ladung


Batu pemberat biasanya dibuat drpd timah. Gunanya utk mengawal umpan supaya sampai ke dasar laut. Olih itu, saiz batu pemberat bergantung kpd kelajuan arus. Jika memancing dgn menggunakan umpan hidup, batu pemberat mungkin tidak perlu digunakan melainkan jika arus sangat laju. Bentuk & saiz batu pemberat ada bermacam2. Drpd yg ada telinga kpd yg ada lubang ditengah2 (utk memboloskan tali), berbentuk lonjong, bulat atau berbentuk jantung pisang. Drpd yg kecil kpd yg besar & berat. Jika arus laju kita perlu menggunakan batu pemberat yg besar. Sebaliknya jika arus tidak laju, cukup sekadar menggunakan batu pemberat yg kecil. Sekiranya kita faham tentang pergerakan arus, kita bolihlah memilih 'air' yg betul apabila pergi memancing supaya kita tidak perlu menggunakan batu pemberat yg sangat besar. Menggunakan batu pemberat yg besar mudah tersangkut, ikan yg sensitif akan meninggalkan umpan apabila terasa halangan yg berat drpd batu pemberat. Batu pemberat yg disyorkan ialah nombor enam atau yg lebih kecil.

Pemberat atau batu ladung khususnya batu Ladung mati untuk pancingan air masin lazimnya disukat ukuran beratnya berdasarkan angka atau nombor. Oleh yang demikian adalah penting untuk mengetahui ukuran berat bagi nombor-nombor yang dicatat pada batu ladung tersebut.

Iannya penting untuk kita memilih batu ladung yang sesuai apabila disarankan menggunakan batu ladung berdasarkan berat dan bukan nombor-nombornya
Batu Ladung

NO. 8 = 150GM / 5 OUNS
NO. 10 = 220GM / 8 OUNS
NO. 12 = 320GM / 12 OUNS
NO. 14 = 480 GM / 1.2LB
NO. 24 = 1KG

Kebiasaannya, ada tiga cara menggunakan batu pemberat.
1. Penggunaan secara batu hidup.
2. Penggunaan tetap di swivel.
3. Penggunaan tetap dihujung perambut.
Penggunaan secara batu hidup banyak kelebihannya. Ia tidak mengganggu apabila ikan yg sensitif menarik pancing & ia membenarkan tali melungsur apabila disambar ikan. Ia juga akan lebih sensitif terhadap ikan yg memakan pancing. Mudah membezakan diantara ikan kecil dgn ikan besar Pengetahuan tentang kelajuan arus amat penting dlm penggunakan batu pemberat. Pengetahuan tentang 'air mati' & 'air besar' perlu dipelajari. Air mati, arus laut adalah sangat perlahan. Sebaliknya pd masa air besar, arus akan menjadi laju. Olih itu kalau pergi memancing semasa air mati, tidak perlu membawa batu yg besar, tetapi jika turun kelaut semasa air besar, batu yg kecil menjadi tidak berguna.

Teknik Memancing Kerapu


Ikan kurau ialah spesies yang berskala 5 kilogram (kg) ke bawah manakala senohong melebihi 5 kg. Kurau adalah ikan muara yang kuat melawan serta memiliki daya pecutan. Justeru, tali utama kekuatan minimum 20 paun diperlukan.

Memancing menggunakan ladung yang kecil hanya sekadar memastikan umpan berada pada kedudukan dasar. Gunakan perambut tangsi minimum 50 paun diikat dengan mata kail 3/0. Tidak perlu perambut dawai kerana kurau kurang gemar.

Kalau boleh perambut yang digunakan adalah jenis yang tahan calar dan hakisan. Kurau ikan bermulut besar. Jadi, mata kail dari 2/0 hingga 5/0 adalah prasyarat memancingnya. Pasang umpan pilihan seperti ikan cabuk, udang hidup atau hirisan kembung di lubuk sasaran. Waktu kemuncak ialah 30 minit sebelum air pasang penuh dan satu jam selepasnya.


Kerapu yang mendiami pantai saiznya kurang daripada 2 kilogram kecuali kawasan itu airnya dalam.
Justeru, mata kail yang sesuai adalah nombor 8 hingga nombor 10. Walaupun kerapu 500 gram boleh menelan mata kail nombor 5/0, tapi disebabkan faktor geografi, anda disaran menggunakan mata kail kecil.
Tali perambut sesuai ialah antara 20 hingga 40 paun mengikut saiz tali utama yang digunakan. Perambut 40 paun dianggap besar untuk mengikat mata nombor 10.
Memancing kerapu di kawasan berbatu tidak memerlukan perambut yang panjang kerana terlalu panjang ia mudah tersangkut pada karang. Paling sesuai sejengkal atau dua jengkal saja dari ladung. Teknik memancing ikan kerapu biasanya di kawasan berbatu.
Tetapi jangan melontar umpan di kawasan berbatu atau membiarkan ia jatuh hingga ke dasar. Akibatnya, kail tersangkut.
Kalau air jernih, labuhkan umpan antara batu (tempat cerah di antara kawasan yang gelap) dan tunggu ikan keluar dari kawasan batu dan menerkam umpan.
Batu ladung pula tertakluk kepada jarak lontaran yang hendak dibuat. Jika umpan dilontar pada jarak dekat, gunakan ladung kecil sekadar untuk menenggelamkan umpan ke dasar.
Kalau berhajat membuat lontaran jauh, batu ladung besar diperlukan bagi mengurangkan rintangan terutama angin.
Bagi penulis, lebih seronok menggunakan pancing tanpa ladung di kawasan tepi batu. Hirisan umpan mati mampu tenggelam ke dasar jika lokasi berkenaan arusnya lemah. Risiko tersangkut pada batu juga kecil jika menggunakan teknik ini.
Umpan hirisan ikan kembung dan sotong terbaik bagi memikat kerapu pantai kerana kerapu tidak memilih umpan. Apa saja umpan yang berada di depannya pasti diterkam. Selain udang hidup, hirisan ikan, anda boleh menggunakan isi ketam atau ketam pasir, siput atau apa-apa isi cengkerang yang ditemui di persisiran pantai berbatu.

Teknik Memancing Siakap


Siakap ni suka duduk muara sungai, seelok-eloknya masa nak mancing dia ni ialah masa air dah dekat-dekat nak pasang penuh sebab masa tu tahap kemasinan/kepayauan air laut yang bercampur dengan air sungai cukup sesuai dengan siakap ni. Lagi pun masa tu arus dah tak kuat, senang nak buat kerja.

Mancing siakap kalau  taknak main casting ni paling mujarab pakai umpan hidup seperti udang atau belanak hidup. Ikan jenjulung pun boleh. Tapi kena guna pelampung.

Tali utama dalam 10-20lbs dah cukup. Rod jenis fast action sesuai dengan kekuatan tali utama.

Perambut kena kasar sikit dalam 30-50lbs dari jenis abasion resistant sebab siakap ni cekap memutuskan perambut dengan menggunakan penutup insangnya yang tajam tu. Tak perlu guna perambut dawai sebab tips yang saya dapat dari pakar siakap dari Halco iaitu Mr. Barefoot Hodgie mengatakan perambut dawai ni mengakibatkan wujubnya tenaga elektrik yang menjadikan siakap culas untuk mendekati umpan.

Cara ikat (rigging) ialah batu ladung kecil diletakkan di antara umpan dengan pelampung supaya umpan tenggelam dan tak dapat berenang menghampiri tali yang akhirnya menyebabkan tali berselirat dengan perambut/umpan.

Jarak umpan dengan pelampung bergantung kepada kedalaman air, kalau sungai tu dalam kena panjangkan lagi sebab siakap berlegar mencari mangsa di antara pertengahan air ke bawah permukaan air. Itulah sebab dia cukup suka dengan belanak sebab belanak duduk kat permukaan air - senang dia serang hendap dari bawah. - wahoo (edited)

kalau nak casting atau trolling di muara...waktu afdal adalah waktu air surut ataupun mula2 nak pasang...waktu ni senang sikit nak perdaya depa sebab depa duk di kawasan yg ada struktur...umpamanya...batu2, kayu2, tiang2 jambatan, tongkang pecah dsb...menunggu ambush anak2 ikan...so, Bro pergi casting di kawasan2 strategik macam ni lah...kalau air pasang, depa agaknya masuk dlm bakau ikut anak2 ikan yang masuk ke dlm bakau utk cari makan...so, susah sikit nak casting.... - oakinn (edited)

Wild siakap on lure saya pernah dapat sekali masa jigging 5gm halco jig masa tengah carik Tarpon. Mula-mula memang dapat banyak tarpon saiz power even pada shimano 2500 (reel ultralight time nie rosak pulak); reel asyik menjerit.

Nasib baik sebab lepas tu kena siakap...mencicit tali keluar, tapi reel agak power, so siakap dapat didaratkam lepas beberapa kali dia buat pecutan mengegarkan jiwa. Bawak balik makan, tapi tak sedap sebab siakap payau dan dan banyak sangat freshwater kat situ (better release next time). kena siakap beberapa kali, tapi asyik terlepas, baru-baru nie micro popper altima pun kena hentam dipercayai siakap, tapi terer betul dia bawak masuk reba. 2 kali siakap hentam popper river2sea, tapi tak hook-up tapi bunyi sedutan dia tu cukup menggegarkan jiwa. Msalah utama teknik retrieve untuk siakap dan tarpon berbeza sebab untuk tarpon kita lebih agressive mainkan lure, itu mungkin sebab utama siakap selalu terlepas. Sally yang main slow selalu kena siakap dan haruan air payau berbanding tarpon.

Kat semi-wild (retention pond); banyak siakap tertipu dengan lure (macam-macam jenis lure buleh). Nampaknya teknik stop and go antara teknik terbaik sebab cara makan dia yang suka menyedut lure.
Macam wahoo cakap, takpayah guna wire leader, mono leader dah cukup even siakap below 500gm buleh kesatkan tali dengan mulut dia tu, saya belum pernah kena potong dengan operkulum(pipi) dia tu lagi. Rajin-rajinlah tukar leader bila selalu kena siakap especially lepas dia telan lure.

Siakap merah pun kena mainkan lure perlahan, saya fail bab retrieve perlahan; dah 2 kali siakap merah wild nie terlepas depan mata sebab saya ganas sangat retrieve dan fight dia sebab tempat penuh reba...kena menuntut kat master bowjenk lagi la....- sild

Sebenarnya tgk air keruh nih byk definisi die. Air jernih pun x sesuai utk siakap. Die akan guna seluruh pancaindera die ketika air jernih dan senang mengesan bahaya.
Keruh.. kerana hujan dihulu bawa air tawar ke muara mmg x sesuai. Air jadi tawar.. dan ikan kurang selera dan akan keluar dari muara utk sementara. Tp jika sungai itu tidak mempunyai masalah.. air tetap payau walau hujan. Masih ada peluang.

Cara nak tengok air keruh yg masih bleh jejak siakap. celupkan tangan dlm 1 kaki. Tgk tapak tangan samada jelas atau tidak. Jika sejelasnya.. air jernih sgt. jika x nampak.. keruh sgt. Yg plg sesuai.. air nampak 'berdebu'.... tak keruh dan x jernih.

Rupa gewang kakap yg popular turun temurun tempat kawe, biasalah minnow yg panjang2. Jenis minnow nih bleh dikatakan pelbagai tempat bleh pakai. Selain minnow, Rapala 'Shad Rap' sesuai jugak. Ini gewang2 asas. Warna utk gewang asas.. yg mempunyai tone Biru/silver@putih dan Hitam/Silver@putih. 2 jenis warna asas itu sesuai utk cuaca terang dan air yg agak jernih. 2 jenis warna itu jugak mewakili warna 'natural'. Warna biru pernah terbaca penjelasan saintifik... ikan dapat melihat jelas warna biru dlm air tak lebih 5 kaki.
Contoh.. Rapala Husky/Husky Jerk/Original Floating/Countdown/Shad rap, Nils Master Invisible/spearhead, Rebel Minnow, Bomber 'long A' dll

Jika suasana air sungai tempat berlainan.. agak kekuningan atau coklat sedikit. Warna sesuai adalah gewang berasas warna coklat/ gold/kuning/oren. Kiasan warna coklat/gold/kuning/oren dlm kondisi air coklat/kekuningan akan menghasil efek 'natural' jugak pada gewang.

Jika sungai itu berair 'hitam' dan agak gelap.. dan bila diuji dgn tapak tangan seakan warna nescafe o cair. Gewang warna 'aussie style' spt pink, biru terang, fire tiger agak sesuai. Tp kegemaran individu kawe, memilih biru terang atau pink utk menduga air begitu. jika gewang cetek (shallow diver) kawe pilih biru dan jika dalam pilihan Pink @'Elton John' (deep diver). Warna2 gewang aussie mmg terang2/shining. Ini kerana mat saleh aussie..berpegang prinsip 'Action is everything'. Sbb itu diorang mmg sengaja mengenakan warna yg melawan hukum 'natural'. Setau kawe Dave Killalea 'Killalure' yg mulakan trend ini utk mengatasi gewang finland yg dominasi pasaran Aussie pd awalnya spt Rapala & Nils Master.

Contoh air yg sememangnya patut lupakan niat casting kakap- Air teh tarik dan Kopi susu! Jika air begitu gewang2 apapun bergantung luck semata2!

Tp itu cuma panduan utk pilih gewang. Bab casting kakap bermula dari 'tgk air' utk tau selera ikan. Lepas tu mengesan kakap bermain dan tempat die menghendap. Plg best jika dgn die mnghambur dan menangkap anak ikan. Jika nak tau bunyi kakap menangkap.. ada bunyi 'Boof!!'. Dan ada gewang Mann's utk kakap (rupa mcm Mann's Stretch).. 'Dr. Boof Bait'.
Mancing kakap mmg kena usaha lebih sket, sbb susah mancing dgn semata2 bergantung pada nasib. Kena rajin dan disiplin utk ikut waktu air. Sifu kawe dulu cakap...'mung nok ngail kakap, mung kena belajor dulu berfikir macam kakap!'.

warna air jugak bleh mempengaruhi warna sisik kakap putih. Dari warna pun bleh anggarkan kualiti daging kakap putih.

kawe utk kakap.. 16-18lb mono. Jgn pilih tali jepun kerana diameter kecik x tahan geseran. Kawe pilih Maxima 'green' kerana lasak. Legend2 kakap Ganu selalunya fanatik dgn tali 'cap ikan kuning' kerana 'kurang spring'. Tali nih murah aja.. tp otai cuma gunakan utk naikkan dlm 2-3 ekor ikan, dan diorang buang dan isi baru.
Tali yg baru diisi dlm spool, WAJIB di 'buang spring' dulu utk elak masalah dimasa depan. Caranya.. selepas isi tali dlm spool JANGAN terus memancing. cuma pasang ladung.. dan casting la sekurang2 50 kali.. lagi byk lagi bagus. Baru tali takkan buat masalah spt bihun@birdnest.. lebih2 lagi kat baitcaster. Dan anda takkan mengeluh dgn tali diameter kasar spt MAXIMA.

Jika anda main casting gewang.. jika anda mmg pemancing aktif. Harus dibuang dlm hujung dlm 2-3 kaki setiap kali turun. Ini utk elakkan tali injured yg akan kecewakan anda nanti (sbb masa casting mmg tali akan bergeser dgn pelbagai struktur). Sbb itu jarang pakai tali yg mahal2.


Teknik memancing siakap.
Menunda
Menunda menggunakan berbagai jenis gewang dengan berbagai jenis kedalaman dan warna. Anda hendaklah rajin dan yakin sebelum melakukan teknik menunda.

Menghanyut
Menggunakan umpan udang hidup atau belanak hidup.

Peralatan.
Gunakan set joran berkekuatan 17-30 untuk kedua-dua teknik pancingan. Kekili yang mempunyai kekuatan  yang seimbang dengan set joran. Tali sulam berkekuatan 30-50 paun yang sesuai dengan kekili dan joran.  Gunakan tali Berkley fluorocarbon berkekuatan 30-40 paun dan sambungkan dengan kabel sepanjang sejengkal  berkekuatan 30 paun sebagai perambut.

Gewang
Gunakan gewang berwarna seakan belanak dengan berbagai jenis kedalaman. Sekiranya gagal cuba gunakan gewang dengan warna yang berlainan.

Teknik Memancing Pantai


Teknik terbaik ketika memancing pantai ialah dengan membuat lontaran paling jauh yang mampu dilakukan sambil pastikan tali dalam kedudukan tegang, tunggu jika ada getuan dengan memerhatikan hujung joran.

Jika tiada, karau sedikit tali dan tunggu lagi. Ulangi proses ini sehingga umpan pancing sudah berada hampir dengan pantai. Berhenti karau jika terdapat getuan. Teknik ini ialah untuk mengetahui lokasi ikan bermain ketika air pasang mahupun surut. Oleh kerana laut adalah terbentang luas di depan mata, sukar untuk meramalkan lokasi ikan kecuali dengan teknik ini.

Kalau boleh buat ‘tanda’ jarak yang berpotensi sebaik saja umpan menerima getuan. Sesetengah kawasan pula ombak sendiri akan menolak umpan pemancing ke arah pantai ketika air pasang. Jika ini berlaku kita perlu memastikan tali sentiasa dalam keadaan tegang dengan mengarau tali yang kendur.

Jika kadar tolakan ombak dan arus kuat, gunakan ladung yang sesuai bagi mengelakkan tali kendur. Saiz ladung besar boleh mengurangkan umpan bergerak apabila ditolak ombak atau arus.
Cara melontar yang berkesan ialah letak ladung dan umpan di atas pasir dengan kedudukan joran mendatar ke belakang.
guna ladung hidup pun buleh kalau memancing di pantai berpasir, atau ladung mati di pantai berlumpur. Kelebihan guna ladung mati - balingan lebih jauh sebab berat kat hujung tali, bukan kat tengah berbanding ladung hidup. Atau gunakan ladung khas dibuat untuk surfcast yang mampu menahan dari tergolek ditolak arus
Pemancing perlu berada dalam kedudukan seperti atlit merenjam lembing. Teknik ini boleh dipelajari secara mendalam dengan merujuk kepada ‘basic surf casting’.

Di Malaysia sendiri terdapat kelab pancing ‘surf casting’ yang aktif. Menerusi teknik ini, pemancing akan didedahkan mengenai langkah lontaran, cara lontaran, aspek lontaran, teknik ikatan dan jenis perambut yang sesuai serta kombinasi peralatan termasuk joran, kekili, muatan dan saiz tali.

Mata kail paling besar yang disyorkan ialah saiz No 1.

Lebih kecil lagi baik asalkan ia kuat dan tajam. Lazimnya jika tali tangsi dipilih sebagai tali utama, maka tali dengan kekuatan 20 paun adalah pilihan tepat manakala tali 40 paun pula sesuai untuk tali jenis sulam.

Bagi memudahkan persiapan anda, pilihlah tali perambut kekuatan dari 30 paun hingga 40 paun mengenai umpan hirisan ikan dikerumuni ketam. Cara terbaik mengatasinya ialah gantikan terus umpan berkenaan dengan menggunakan udang hidup atau perumpun sebagai pilihan lain.


1. Umpan untuk kegunaan memancing di pantai boleh disenaraikan seperti berikut:

i) Udang segar (hidup lebih baik).

ii) Perumpum sarang/pantai.

iii) Hirisan ikan (kembung, selar, selayang).

iv) Sotong pasar (cumit sesuai).

v) Sotong kurita.

vi) Anak ikan belanak.

vii) Ikan muara seperti beliak mata, selangat, bilis air, bulu ayam, rencang rebung dan kasai.

viii) Ketam angin/anak ketam batu.

ix) Roti untuk umpan belanak besar.

x) Roti canai/daging ayam untuk ikan kuku.

xi) Siput, kerang, kupang dan isi cengkerang lain.

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.

3. Perambut mulakan dengan 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan. Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 2 kaki. Kalau memancing ikan bebulus di pantai perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).

5. Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang. Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh. Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan. Kekili jenis terbuka dan gegendung jenis panjang sesuai jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.


Memancing di batu karang.

MEMANCING di tepian berbatu karang adalah kawasan berpotensi menjinakkan ikan juga paling kerap kail tersangkut. Batu atau karang di situ menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa. Namun begitu, ia mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai. Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu ada karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan batu karang, antaranya:
Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung di bahagian bawah sekali. Jika tidak mahu kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung mesti lebih halus daripada perambut untuk mata kail dan tali utama. Oleh kerana ladung mencecah dasar, peluang untuk ia sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut, pemancing masih boleh menyelamatkan kail dan ikan kerana tali lebih halus bagi mengikat ladung, akan putus terlebih dulu. Berikutan harga ladung semakin mahal, guna bahan lain seperti batu dan skru terbuang sebagai ganti.

Teknik tanpa pemberat (ladung), juga sesuai jika kawasan itu lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan akan mengambil masa untuk sampai ke dasar. Ketika menjunam, umpan menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika ada tanda sambaran yang biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.

Teknik menggunakan pelampung memerlukan pemancing bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 0.5 hingga 2 meter dari dasar potensi sambaran adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut pada karang.

Tips Memilih Jenis Perambut


Perambut  memainkan peranan penting didalam arena memancing. Perambut ni adalah kaedah-kaedah atau teknik-teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan batu ladung.
 Ni diantara Contoh perambut wajip ketika turun memancing. Perambut Apollo namanya. Selain perambut yang dinyatakan diatas ada beberapa perambut yang aku praktikan ketika turun memancing..Ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya. mari kita kupas satu persatu faktor-faktor yang mempengaruhi perambut atau kaedah memancing ni..


Lokasi Memancing dan keadaan memancing pada ketika situasi seperti dibawah..

1. Karang, pantai atau tempat yang selalu sangkut
Selalunya di lokasi macam ni saya suka guna perambut dengan batu hidup. Tapi penggunaan perambut harusla lebih kecil dari tali utama, ini dapat mengelakkan kita kerugian batu dan pin apabila perambut putus pada kebiasaan nya perambut 30ld ke 50 lb digunakan.

Dan panjang perambut bergantung kepada keadaan arus, balingan dan kejernihan air. Jika arus deras, tidak perlu balingan yang jauh dan air yang jernih bleh la guna perambut panjang lebih 1m ini kerana arus deras akan membawa umpan kebelakang dengan cepat dan seterusnya mengurangkan risiko tali bersimpul, selain itu air yang jernis akan menyebabkan ikan culas untuk memakan umpan makan perambut panjang lebih 1m dapat mengurangkan risiko ni.

Dan jika arus perlahan, perlu balingan jauh dan air tak berapa jernih boleh la gunakan perambut kurang 1m.ini kerana balingan yang jauh hanya merisikokan perambut bersimpul bila mencecah air.

2, Jenis ikan.
Ikan seperti tenggiri, Geropoh, alu-alu, Belitung, aruan tasik dan beberapa ikan pemangsa yang lain selalu bermain diantara pertengahan dan diatas permukaan air.. sekiranya jenis ikan ini yang dicari elokla menggunakan kaedah drifting jika arus laju atau flooting jika arus kurang laju. dengan perambut yang panjang sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa atau lebih.

Dan jika ikan seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan nya(ikan sisik) elokla kaedah bottom dipraktikan.

3. Waktu Memancing.
Sekiranya kita memancing pada watu siang adalah lebih baik menggunakan leader bersaiz halus 3olb - 50lb ini bagi mengelakkan ikan terperasan perambut yang digunakan dan jika pancingan malam boleh perambut kasar digunakan. lazimnya ikan kasar akan bergiat aktif diwaktu malam.

4. Kejernihan air,
Sekiranya air jernih elokla mengurangkan aksesori atau jenis ikatan. Ini dapat mengurangkan kepekaan ikan keatas perambut yang digunakan. Gunakan perambut panjang melebihi 1 m sekiranya perlu. Gunakan umpan yang betul-betul cergas atau berkeadaan baik. Selalunya umpan mati tak dilayan.

Dan sekiranya kadar kejernihan iar merosot atau sedikit keruh, elimen-elimen seperti bau dan penglihatan adalah penting. Gunakan umpan yang besar, berbau darah ikan(Jika umpan ikan mati digunakan buat kelaran dibadan) dan faktor perambut pendek tidak menjadi masalah.

5. Arus.
Sekiranya arus laju bolehla kita menggunakan perambut yang panjang. ini kerana arus akan membawa umpan kebelakang dan sekiranya arus perlahan cukupla menggunakan perambut kurang 1m. ini bagi mengelakkan perambut bersilpul dibawah.

Selain itu mungkin ada banyak faktor lagi yang memainkan peranan penting didalam penyediaan kaeadah dan perambut memancing ni. Diantaranya yang lain-lain seperti suhu air, cuaca, kadar kemasinan air dan lain-lain kajian yang lebih bersifat sains masih belum diterokai lagi mungkin aku perlu banyak menuntut dengan para sifu diluar sana.

Cara Nak Setting Perambut


















SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MEMANCING IKAN GELAMA,TETUKA, SERKUT, KUKU.




BOLEH DIGUNAKAN UNTUK IKAN SEPARA AIR. MATA KAIL BOLEH DI
TUKAR SELAIN DARI BLOOD HOOK.





SALAH SATU DARI IKATAN PERAMBUT YANG SESUAI UNTUK MEMANCING IKAN SEMBILANG DAN LAIN2 JENIS IKAN YANG
MENCARI MAKAN DI DASAR SUNGAI ATAU PANTAI. 



SESUAI JUGA UNTUK MEMANCING PARI SELAT, JENAHAK, MERAH,
KERAPU DAN BEBERAPA IKAN PANTAI.



SEDIIKIT LEBIH KURANG MACAM GUNAKAN TANDUK PERAMBUT.
BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENDUGA IKAN HARUAN TASIK, PARI
DAN BEBERAPA JENIS IKAN DASAR. ( BOTTOM FISHING )




BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENDUGA IKAN KURAU, SENANGIN,
JENAHAK, MALONG DAN IKAN2 SELAT.

Jenis Jenis Perambut


  Perambut adalah kaedah atau teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan ladung. Dikenalpasti terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang telah digunakan ketika waktu memancing. 
Aplikasi yang teknik yang dipelbagaikan ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya. 
Disini penulis cuba menerangkan 2 kaedah perambut yang selalu digunakan untuk pancingan dasar dan pancingan apungan@drifting. Selain penerangan ringkas berhubung perambut pancingan udang yang biasa dipraktikkan penulis disepanjang penulis bergelar pemancing ni.
Lokasi
Karang, Kapal Karam, berstruktur (Tukun), Gunung lautan. Kawasan berstruktur lazimnya didiami oleh pemangsa yang bersembunyi untuk memburu mangsa, menyambar dan membawanya kedalam sarangnya merupakan gerakan yang selalu menyebelahi pemangsa. Oleh itu teknik pancingan dasar akan digunakan dan terdapat beberapa kaedah yang lazimnya digunakan sekiranya penulis berhadapan dengan lokasi seperti ini. Target seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan nya(ikan sisik).
  
Image credit to http://myfishingfrenzy.com/ :- Pengunaan Ranggung sungguh efektif diaplikasikan, Lagi panjang leader lg bagus..
 
 
Teknik pancingan dasar mengunakan Ranggum. Lazimnya ikan atau sotong hidup digunakan sebagai umpan. Lihat 2 mata digunakan untuk pengunaan teknik cangkukan umpan seperti diatas.
 
Teknik pancingan dasar dengan pengunaan Batu mati dengan mata tunggal.
 
Penggunaan batu mati dengan mata berganda, kadangkala dilokasi seperti burma bank, sempadan vietnam, 3,4 mata digunakan sekaligus.
 
Teknik cepat menyediakan perambut batu mati, dengan ikatan drooper loop.
Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.
Biasanya klau pancingan dilaut ia  boleh dimodified sikit sambungan bahagian main leader ke subeader dengan penggunaan manik dan sambungan hanya menggunakan swivel. Ini bagi memudahkan subleader mudah berpusing mengikut arah arus laut. Manik tu berfungsi lebih kurang seperti bearing membenarkan pusingan 360
 
 Swivel digunakan sebagai penyambung sub leader, mudah dan senang ditanggal apabila penukaran sub leader hendak dilakukan.
Selain itu subleader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah. Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.
 
Contoh Aplikasi perambut mati dengan sambungan subleader mengunakan swivel.
 
Umpan hirisan ikan digunakan
 
Umpan sotong digunakan.
Jenis ikan.
Ikan seperti tenggiri, Geropoh, alu-alu, Belitung, aruan tasik dan beberapa ikan pemangsa yang lain selalu bermain diantara pertengahan dan diatas permukaan air. Sekiranya jenis ikan ini yang dicari elokla menggunakan kaedah drifting jika arus laju atau flooting jika arus kurang laju. dengan perambut yang panjang sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa atau lebih.
 
Contoh perambut batu mati dengan teknik pancingan "drifting"
 
Contoh perambut batu hidup dengan teknik pancingan "drifting"
 
Teknik cangkukan dan penyediaan leader untuk teknik floting.
 
Loop pada circle hook membenarkan umpan mengerakkan badanya dengan mudah.
 
Teknik mengenakan mata pada "live bait" agar bertahan lama.
 
 Diantara set up yang boleh digunakan untuk teknik apungan dan drifting
  
Penyediaan loop untuk membebaskan mata pancing bergerak.
 
Circle hook yang telah siap untuk digunakan. lazimnya teknik ini diaplikasikan untuk menangkap ikan layaran.
 
Perambut dan setup untuk menjerat ikan layaran.
 
 Dengan pengunaan Cable atau wire, teknik ini digunakan sekiranya pemancing berminat memburu ikan tengiri atau ikan yang mempunyai barisan gigi yang tajam seperti baracuda, shark dll.
 
Lagi satu contoh perambut bagi menjerat monster.
 
 
Perambut steel, batu kana dan spinner digunakan untuk menarik perhatian tengiri dengan kilauan spinner yang memutar ketika karauan dibuat. Sangat berkesan di Tuas dan Kuching Bagi pemburuan tengiri.
 
contoh perambut steel tanpa spinner, juga digunakan untuk menjerat tengiri.
 
Contoh lure Bulu itik, digunakan untuk menjerat tengiri dengan teknik Casting. karauan laju akan menyebabkan bulu itik ini berenang menyerupai BILIS.
Waktu Memancing.
Sekiranya kita memancing pada watu siang adalah lebih baik menggunakan leader bersaiz halus 50lb - 70lb ini bagi mengelakkan ikan terperasan perambut yang digunakan dan jika pancingan malam boleh perambut kasar digunakan. lazimnya ikan kasar akan bergiat aktif diwaktu malam.
Kejernihan air
Sekiranya air jernih elokla mengurangkan aksesori atau jenis ikatan. Ini dapat mengurangkan kepekaan ikan keatas perambut yang digunakan. Gunakan perambut panjang melebihi 1 m sekiranya perlu. Gunakan umpan yang betul-betul cergas atau berkeadaan baik. Selalunya umpan mati tak dilayan.
Dan sekiranya kadar kejernihan iar merosot atau sedikit keruh, elimen-elimen seperti bau dan penglihatan adalah penting. Gunakan umpan yang besar, berbau darah ikan(Jika umpan ikan mati digunakan buat kelaran dibadan) dan faktor perambut pendek tidak menjadi masalah.
Arus.
Sekiranya arus laju bolehla kita menggunakan perambut yang panjang. ini kerana arus akan membawa umpan kebelakang dan sekiranya arus perlahan cukupla menggunakan perambut kurang 1m. ini bagi mengelakkan perambut bersilpul dibawah.

Kaedah penyediaan perambut Udang
 Matakail udang yang ada dipasaran (Gambar cetak dari KPN), gemar akan matakail jenis "e" kerana bukaan yang lebih pada hujung matakail. Selain itu, mata pancing jenis ini juga dapat di upload dengan umpan yang lebih.

 Lazimnya perambut dengan mata hidup bersaiz 3,4,5 digunakan untuk menjerat udang galah. perambut ini dilihat praktikal kerana ia mudah digunakan didalam keadaan air yang berarus dan getuan kecil mudah dirasai di hujung pancing.
 Penggunaan perambut mata hidup diatas juga telah dimodified dengan penggunaan matakail udang bersaiz 4 dengan ikatan 2 bentuk mata kedalam satu ikatan. Maka 4 bentuk matakail diperlukan untuk setiap satu set perambut batu hidup. Secara logiknya penggunaan set perambut pancing ini dapat memberikan persembahan umpan yang lebih meriah berbanding penggunaan mata tunggal sahaja.


x

Pilihan Mata Kail dan Cara Ikan Makan Umpan


Cara Ikan Makan Umpan.

Setiap specis ikan mempunyai cara tersendiri memakan umpan ,ada yang menyambar, ada juga yang mencuit atau meroteh , ada jenis ikan yang menghisap masuk umpan dan lain lain lagi. Mengenal cara ikan makan umpan adalah penting sekali dan ini akan membolehkan kita memilih mata kail yang sesuai untuk memacingnya. Cara-cara ikan memakan umpan adalah:

1. Menyambar
Jenis ikan menyambar adalah selalunya jenis ikan yang bergigi tajam atau jenis ikan "predator" yang akan makan umpan semasa bergerak, mau pun ikan itu sendiri yang bergerak atau umpan bergerak. Ini selalu berlaku semasa kita memancing dengan kaedah menunda (trolling), "casting", atau memancing dengan umpan hidup (live baiting) atau umpan tiruan. Beberapa jenis ikan yang berkelakuan begini adalah, Ikan Alu Alu, Haruan Tasik, Ikan Yu, Ikan Siakap, Tenggiri, Gerepoh atau GT dan lain lain lagi.
Bagi ikan jenis ini saya mengsyurkan mata kail dari jenis "Tuna Hook" atau " Big game Hook" yang mana matanya menegak lurus kepangkal. Ini disebabkan apabila ikan tersebut menyambar pada umpan , mata kail akan terus mencankuk pada ikan tersebut.
Jenis mata kail ini juga mempunyai daya ketahanan yang kuat dan tidak akan melurus semasa hentakan. Kajian menunjukkan bahawa apabila ikan menyambar umpan, kekuatan hentakan adalah lebihkurang 10 kali berat badan ikan tersebut. Misalnya, sekira berat badan ikan itu adalah 10 kg maka kuasa atau berat hentakan adalah lebih dari 100 kg. Jadi bayangkan sekiranya mata kail itu tidak kuat atau bersesuaian maka ikan akan terlepas.

2. Ragut

Perkataan ragut bermakna jenis ikan yang memakan umpan yang tidak bergerak manakala ikan tersebut akan mengambil umpan dan melarikan diri.Ini selalu berlaku apabila kita memancing dasar (bottom fishing) atau mengambur (drift fishing) dimana kita mengunakan umpan yang mati.Kebanyakan ikan berkelakuan begini dan diantaranya adalah ikan Jenak, ikan Merah, Pari, Ebek dan bermacam macam lagi.
Bagi jenis ikan ragut ini, mata pancing yang disyurkan adalah dari jenis kail yang matanya membengkok sedikit atau dari jenis kail yang dipanggil " circle hook".
"Circle hook" adalah sejenis kail yang dicipta khusus untuk mengcakuk ikan hanya pada mulutnya.Walaubagaimana pun pengunaan kail jenis ini berbeza sedikit dari kail yang lain dimana kita tidak boleh menyetaknya.
Apabila ikan menarik umpan hanya mengetatkan kekili dan menegangkan tali pancing sahaja. Kail jenis ini akan mengena secara tersendiri apabila ikan bergerak kehadapan dan oleh sebab kail ini mempunyai bengkok dimatanya maka, untuk ikan melepaskan diri adalah tidak mungkin sekali. Melalui pengalaman saya purata ikan yang tercangkuk adalah 99.9 % dengan penggunaan kail jenis ini. Kelebihan lain pada penggunaan kail jenis ini adalah ikan yang terkena kail ini dapat dilepas balik hidup hidup kerana ia akan hanya tersangkut pada mulut dan sekiranya kita hendak melepasnya kembali ia tidak akan mencederakan ikan tersebut.

3. Memagut (Nibblers)
Ikan yang makan secara memangut adalah dari ikan yang makan dan berada ditempat itu.Ikan jenis ini tidak bergerak semasa mememakan umpan mau pun umpan bergerak, oleh demikian amatlah susah untuk kail mengena ikan tersebut secara tersendirinya.Jenis ikan yang suka memangut adalah, ikan gelama, ikan duri dan anak anak ikan atau ikan yang kecil saiznya.Bagi ikan yang suka makan begini saya mengsyurkan kail yang jenis lurus atau mempunyai mata yang mendonggak ketepi (off set point). Disyurkan juga mata pancing yang digunakan janganlah terlalu bersar. Untuk mendapat ikan jenis ini kita perlulah cepat menyentaknya apabila dikesan ikan memakan umpan.
.


4. Menghisap (Sucking)
Terdapat juga ikan yang menghisap umpan kedalam mulutnya seperti ikan kerapu,gongbelang , pelata bali, dan banyak lagi , Ikan dari jenis ini ada yang mempunyai gigi tajam dan ada juga yang mempunyai isang yang tajam untuk memotong umpan selepas umpan masuk kemulutnya.
Bagi ikan dari jenis ini saya menyurkan penggunaan kail yang mempunyai tangkal yang panjang .

Selepas kita memahami beberapa cara ikan makan umpan bolehlah kita memilih kail yang bersesuaian untuk kita pergi memancing dengan lebih konfiden lagi dan satu pesanan dari saya adalah kita harus mengamalkan konsep tangkap dan lepas pada ikan yang kecil dan ikan yang berlebihan. Ingatlah pada generasi dan anak cucu kita supaya mereka pun boleh memancing juga.

Tips Pilih Tali


Terdapat dua jenis tali yang biasa digunakan dalam pancingan gewang ini iaitu tali jenis mono/tangsi dan tali jenis braided/sulam.

Tali mono/tangsi:
tali jenis ini mempunyai kadar regangan yang tinggi dan mempunyai memori(bila digulung dalam spool,keluar dari spool pun tali ni mengikut bentuk spool tersebut)
Tali jenis ini lebih murah,tetapi agak tidak tahan geseran serta mudah terputus jika sudah tergores.

Tali sulam/braided
Tali jenis ini adalah yang popular digunakan oleh kaki-kaki casting.Harganya adalah agak mahal dan biasanya dijual dalam gulungan sepanjang 114m/125yards.saiznya juga adalah pelbagai bergantung kepada gaya pancingan.Tali jenis ini menjadi pilihan ramai kerana ciri-cirinya yang agak kuat(hampir dua kali kekuatan tali mono),memori sifar,daya regangan sifar serta tahan geseran.saiznya juga lebih halus.contoh,tali sulam 6lb adalah lebih halus dari tali mono yang berkekuatan sama.lebih halus tali,lebih sukar dikesan oleh ikan dalam air.ikan tidak mudah takut.

Tips memilih tali yang sesuai.
1. pilih saiz yang bersesuaian dengan saiz kekili.boleh rujuk pada thread bertajuk kekili.
2.Untuk membuat lontaran yang jauh,selain dari joran yang panjang,tali yang kecil juga akan turut membantu.contoh,tali  berkekuatan 6lb adalah lebih jauh jarak lontaran berbanding dengan tali 20lb.
3.Jangan takut menggunakan tali halus.contohnya 6lb kerana tali sulam 6lb kekuatannya adalan lebih kurang sama dengan 12lb tali mono.
4.jangan guna tali terlampau besar untuk casting.ye lah...kalau ikan langsung tak der peluang melepaskan diri,ini bukan sukan namanya serta tak adil untuk ikan.Saya sendiri guna tali 4lb dengan kekili saiz 500 dan joran berkekuatan 6lb-12lb.barulah adil kepada sang ikan.

Jenis-jenis ikatan

Bagi pengguna tali sulam,oleh kerana tali ini mempunyai kadar regangan sifar,maka risiko tali terputus jika disentap oleh tiba-tiba oleh sang ikan adalah tinggi.untuk mengatasi masalah ini,maka shock leader,atau perambut adalah perlu diikat di permulaan tali sulam ini.
Shock leader atau perambut ini berfungsi sebagai penyerap hentakan pada sebuah kerata.Perambut juga dijual dengan saiz yang berbeza bergantung kepada gaya pancingan.dalam dunia pancingan gewang,perambut bersaiz 20lb adalah memadai.
perlu diingat,perambut ini walaupun hampir sama seperti tali tangsi,sebenarnya dua jenis tali ini adalah berbeza.tali perambut adalah lebih lembut dan mempunyai kadar regangan yang lebih tinggi.tali perambut biasanya diperbuat dari bahan mono biasa ataupun flourocarbon.Perambut flourocarbon adalah lebih mahal.tetapi perambut yang diperbuat dari bahan ini adalah bersifat halimunan dalam air.Kata orang,apa yang tidak dapat dilihat,itulah yang akan menangkap kita.hahaha

Okey,bagaimana nak ikat perambut kepada tali sulam/mainline?

terdapat beberapa cara untuk menyambungkan tali perambut kepada mainline.antaranya ialah Varivas knot,FG knot serta Albright Knot.

Berhati-hati Memilih Kekili



Bukannya mudah nak cari yang terbaik sewaktu membeli kekili, tetapi ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri dari rasa geram tak terhingga. Sudah tak terkira lagi jenama alat pancing baru yang membanjiri pasaran, sampaikan ada sesetengah jenama yang sebelum ini popular, tidak dapat lagi mempertahankan kedudukannya. Sejak beberapa tahun lalu,peralatan memancing semakin murah semenjak negara China, Taiwan dan Thailand bersaing menghasilkan pelbagai joran, kekili dan aksesori. Walaupun ada yang menghasilkan produk bermutu dengan tawaran harga luar biasa, namun kita tetap kena berhati-hati bila hendak membeli.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, saya kerap melihat beberapa peralatan yang jahanam walaupun menjunjung jenama terkenal.Saya bukan tuduh syarikat tersebut telah berhenti menghasilkan produk berkualiti, tetapi seakan-akan mula menunjukkan mereka tidak lagi mengambil kisah dengan mutu produknya.Suatu ketika dahulu, ada syarikat yang mendapati ianya lebih murah jika menawarkan jaminan terhad terhadap produknya, berbanding membuat ujian dan kawalan mutu yang sepatutnya sebelum memasarkan produk.
Walau bagaimanapun, kerapkali peralatan yang rosak hanya dilempar ke tepi oleh pengguna atau alat gantinya dibeli, kerana kebanyakan orang malas nak terkejar-kejar menguruskan dokumentasi dan menunggu lama semasa membuat tuntutan jaminan. Justeru, jika anda tidak ingin meraih faedah dari jaminan produk, maka sebab itulah anda perlu membuat pilihan pembelian yang setepatnya. Mungkin anda rasa lebih berbaloi jika membeli kekili murah tetapi ingat, jika bermasalah,adakalanya ia ‘kantol’ di saat-saat genting. Ini pernah berlaku kepada saya semasa membuat ujian lapangan terhadap kekili mendatar (spinning) baru yang tampak sahaja besar dan perkasa.

Setelah ianya diserahkan, saya ingin memancing ikan di tebing berbatu. Pagi itu cukup ceria dan ikan cukup galak, tetapi aduhai... tiba-tiba sahaja anti-balikan kekili baru itu tidak berfungsi! Siapa tak geram bila kepala lutut lebam dihentam pengayuh kekili yang berputar ke belakang dan ikan besar mengambil kesempatan dari tali yang berserabut. Mujurlah saya ada bawa kekili tambahan - tiada masa nak saya perbaiki kekili jahanam itu lagi. Apa pun, tempoh ikan galak telah banyak dibazirkan semasa menukar kekili dan perambut.


0KEKILI MENDATAR (SPINNING REEL)


Memanglah membingungkan jikalau hendak membeli barangan yang betul-betul bagus, bagaimanapun saya akan menyumbang beberapa petua penting yang boleh membantu anda :

1. Keterangan Lisan
Tanyalah pengusaha atau operator kedai pancing tentang jenis kekili yang anda hajati.
Kebanyakan dari mereka tentu biasa turun memancing (memang sepatutnya) dan tahu
perbezaan peralatan yang mereka gunakan. Jika mereka dakwa tiada masalah pada kekili yang sesuai dengan kehendak anda itu, maka belilah model yang sama.

2. Ujian Pemutaran
Semasa meneliti putaran pengayuh, sila tumpu perhatian terhadap sebarang kelonggaran cengkaman antara setiap gear. Pastikan pengayuhnya tegap, mengarau lancar, tidak bergoyang, atau berlaku keketatan dan tersangkut-sangkut. Pengayuh pada sesetengah kekili mempunyai shaf gelincir dan skru kunci bertentangan,tetapi shaf sepatutnya cukup muat tanpa sebarang kelonggaran. Pegang rotor gelendung dari berpusing, kemudian gerakkan pengayuh ke depan dan belakang untukmenyukat kelonggaran antara gear.

3. Ujian Lekap
Sentiasalah bawa magnet kecil bersaiz poket. Dengan melalukan magnet pada semua skru luaran dan komponen, kita boleh mengesan ruang yang berkemungkinan akan karat. Walau bagaimanapun, magnet bukanlah ujian tepat untuk logam tahan karat (stainless steel), kerana ada sebilangan gred logam tahan karat yang magnetik (boleh karat).Krom atau skru tembaga bersalut (yang bukan magnetik) juga kerap digunakan dan tidak akan karat. Ingat, karat dan hakisan adalah musuh anda.

4. Helah Galas Bebola
Fenomena terbaru ialah penyendatan banyak galas bebola. Sebenarnya bilangan galas bebola dalam kekili bukanlah petunjuk kualiti atau ketahanannya. Selalunya galas bebola yang ditempatkan dalam reka bentuk kekili yang kurang baik adalah dari bahan berkualiti rendah dan cenderung terhakis atau terdedah kepada kemasukan butiran pasir, garam dan air. Jika banyak galas bebola sebegini, lagi banyaklah masalah yang bakal timbul. Cuba lihat gambarajah pecahan kekili yang disertakan dalam kotak kekili anda.Ianya patut diteliti dan ditanyakan soalan kepada operator kedai pancing tentang kualiti komponen tersebut, misalnya gear dan galasbebola.

5. Pastikan Ketat
Cuba pegang gelendung dengan sebelah tangan, dan tarik ia ke atas atau tekan ke bawah (jangan memaksa) untuk melihat sama ada wujudnya sebarang pergerakan yang longgar dalam shaf utama (sepatutnya tiada). Banyak kali saya lihat kekili yang baru keluar dari kotak tidak diketatkan shaf utama dengan kemas pada galas pemutarnya. Walaupun ianya boleh diketatkan dengan Cuma separuh putaran pemutar skru, tetapi jika tidak diendahkan, boleh mengakibatkan kekili kehilangan skru yang penting pada komponen dan gear-gear yang berputar.

6. Pemadanan
Jika anda ingin padankan kekili baru dengan sebatang joran lama (atau sebaliknya), bawalah joran anda ke kedai dan cuba pasang kekili itu pada joran. Inilah satu-satunya cara terbaik untuk memadankannya. Kadangkala kaki kekili itu terlalu besar,lebar, runcing atau kecil untuk dimuatkan kemas pada joran. Joran mungkin lebih panjang atau pendek dari yang anda jangka atau tidak sesuai langsung buat kekili yang anda mahu beli (malah koordinasi warna pun tak ngam).

7. Faktor X
Jika anda tidak pernah mendengar jenamanya, itu bukanlah alasan untuk tidak ambil pusing. Seperti yang saya katakan pada awal tadi, terlalu banyak jenama baru cuba menerobos pasaran dan ada barangannya yang cukup bagus dan ada juga yang ‘tak boleh pakai’. Memang sukar untuk mengetahui kebaikan yang ia tawarkan. Jadi, siasatlah betul-betul kekili yang anda ingin beli, bukan sekadar untuk model yang dipamer sahaja.



8. Kilau Tak Semestinya Emas
Ingat, kekili baru yang berkilat bukanlah kekal sedemikian rupa selepas beberapa trip memancing. Pengilang meletakkan plastic berplat logam berlebihan pada kekili supaya ia kelihatan lebih cantik dan anggun, tetapi masalah hakisannya tetap meningkat. Benda benda berkilat pada kekili selalunya memerlukan lebih perhatian (seperti menggilap selepas terdedah pada air masin) supaya tidak rosak dan pudar.

9. Jika Tak Berfungsi Di Kedai, Ia Tidak Berfungsi Di Bot
Aksi lengan pengarau atau ‘bail arm’ kekili hendaklah positif dan tidak gagal bertindak balas semasa anda mengujinya berulang kali di kedai pancing. Roda pemandu tali seharusnya berputar bebas dan anda hendaklah menguji butang anti-balikannya beberapa kali untuk melihat sama ada ia sentiasa berfungsi atau tidak. Jika anda tidak pasti dengan fungsi setiap tombol kecil dan sistem pada kekili, maka tanyalah kepada pekedai. Itulah sebabnya
mereka berada di situ dan janganlah baru nak baca kertas keterangannya sesudah pulang.
Tiada orang anggap anda bodoh jika bertanya apakah fungsi tombol itu, tetapi bukankah
lebih bodoh kalau kekili dibawa kembali hanya semata-mata anda tak tahu bagaimana hendak
menggunakannya?

10. Hakisan, Musuh Anda
Lihat segenap ruang atau celahan (gap), terutama antara badan kekili dan di bawah rotor gelendung. Saya pernah melihat kekili yang mempunyai celahan cukup besar yang
membolehkan pasir memasukinya (Inilah antara sebab mengapa kita tidak digalakkan
membuka komponen kekili untuk memperbaikinya semasa pergi memancing).



11. Nikmatilah Bunyinya
Di bawah gelendung kekili mendatar terdapat palam penggera tegangan. Kliker logam
kecil inilah yang akan melagukan bunyi yang kita semua suka mendengarnya apabila ikan
lari menggila.Komponen ini serta spring di belakangnya hendaklah jenis logam (plastik tidak tahan lama) dan hendaklah diikat dengan skru, bukan klip. Sesetengah pengilang menggunakan
klip dan percayalah pada saya, jika ia tercabut walaupun tidak patah, ia tak akan kembali
pulih seperti sediakala. Lama-kelamaan anda terpaksa ganti spring atau bersihkan belakang
palam, jadi ini hendaklah boleh dicapai dan boleh diganti. Kesimpulannya, ambillah masa untuk memilih.Cuba karau, mainkannya, lihat dengan teliti dan timbulkan persoalan. Ia mungkin
kekili yang hanya berharga RM 100, tetapi ia tetap bernilai juga. Justeru, kenalah tahu apa
yang anda mahu.


KEKILI MENEGAK (OVERHEAD REEL)


Kekili menegak / multiplier / baitcaster lazimnya lebih mahal berbanding kekili mendatar.
Oleh itu, pastikan anda perolehi yang terbaik dari nilai yang dibayar. Kebanyakannya
mengikut perkara yang sama seperti mana memilih kekili mendatar apabila anda ingin membeli kekili menegak atau baitcaster. Tetapi terdapat beberapa perkara tertentu yang perlu diperhalusi.

1. Kurang, Lebih Baik
Plat tapak atau kaki kekili seharusnya sebingkai.Malah lebih baik jika ianya sebahagian
dari bingkai keseluruhan. Titik penyambung merupakan titik terlemah, jadi semakin
kurang komponen individu, semakin kuranglah kelemahannya. Oleh kerana tekanan yang dikenakan terhadap sebarang kekili menegak adalah bergerak ke hadapan sehingga ke hujung joran, maka kekuatan kaki kekili cukup kritikal. Inilah sebab mengapa kekili menegak saiz besar (multiplier) sering didatangi dengan sokongan alat pendakap (ia sepatutnya digunakan, tetapi selalunya pemancing menyimpannya dalam kotak) Petua : pastikan anda mengikat pendakap ini sebelum memasukkan tali dalam gelendung kekili. Saya pernah melihat beberapa kekili menegak murahan yang hujung kakinya boleh dibengkokkan dengan tangan sahaja kerana jenis logam atau penyambung rivetnya terlalu lembut. Ianya juga penting agar kaki kekili tidak terlalu panjang (terutama kekili berbadan grafit).

2. Hati-Hati Dengan Ruang Celahan
Toleransi antara gelendung dan badan kekili seharusnya minimum. Ujian terbaik ialah dengan mengisi tali tangsi ke dalam gelendung dan cuba selitkan ia di celahan antara gelendung dan plat dalaman kekili. Hari ini, diameter tali semakin halus. Jadi, janganlah sampai berlaku tali terselit di celahan tersebut sehingga menyebabkan kes paling buruk... sarang burung (backlash)!

3. Pastikan Ketat
Sepatutnya tiada sebarang gerakan ke dalam atau ke luar pada pengayuh, dan juga tiada gerakan ke belakang atau ke depan apabila sistem tegangan diketatkan. Kekili murah kerap gagal di sini, akibat toleransi yang lemah pada pengunci pengayuh atau logam yang lembut pada shaf pengayuh.

4. Sistem Tegangan / Drag
Senggatan dari drag yang ketat sehinggalah gelendung bebas haruslah beransur ansur dengan larasan minimum setelah tekanan drag berkurangan. Amalan menahan gelendung sambil karau kekili melawan tekanan drag (walaupun semua orang melakukannya) tidak banyak memberitahu kita tentang kelembutan drag. Jika drag terasa sangkut-sangkut semasa melakukannya, lebih baik anda berhenti, nanti tak pasal-pasal ianya jahanam dan anda
terpaksa membayar ganti rugi.Ujian terbaik untuk mengesan kelembutan kekili ialah dengan memuatkan tali dan lakukannya bersama joran. Tetapi ujian ini bergantung kepada kos kekili dan berapa bagusnya servis kedai pancing itu, sama ada mereka sanggup lakukannya untuk anda. Tetapi bagi saya, jika saya sanggup berhabis duit, pastilah saya mahukan yang terbaik dari kekili itu. Apa pun, mintalah kebenaran dari operator kedai pancing itu dahulu.

5. Fikirkan Jangkaan
Alat penyusun tali (level wind) kadangkala menimbulkan masalah dan paling cepat rosak. Pastikan anda boleh mendapat alat gantinya untuk komponen seperti palam dan shaf penyusun tali itu.Komponen ini selalunya cepat haus, apatah lagi kalau dihuni garam dan pasir. Jangan lupa bersihkannya selalu.Untuk mengelakkan masalah ini, saya selalunya sanggup berbelanja lebih untuk membeli alat ganti palam tersebut pada masa yang sama kekili dibeli. Lagipun, kita tak tahu sama ada kita boleh menda-patkan alat gantinya pada masa hadapan (bertambah teruklah jikalau anda tidak dapat menjumpai alat gantinya nanti.)

6. Mahirkan Diri
Sistem kawalan lontaran pada kekili jenis ini biasanya berbeza-beza. Paling asas ialah tekanan dikenakan pada shaf gelendung melalui tombol plat sisi kepada magnetik atau emparan. Tiada siapa terutama orang baru boleh jamin lontaran pertamanya cukup sempurna, tetapi dengan latihan demi latihan, semua orang mampu memahirinya. Namun fakta yang menyedihkan ialah baitcaster yang mahallah paling mudah dikendalikan oleh orang baru. Tetapi jika membeli baitcaster murah, lagi panjanglah tempoh pembelajarannya. Gelendung seharusnya mampu dilaras sampai ke satu tahap yang mana ia dapat berpusing bebas dengan hanya sedikit pulasan jari anda (ada sesetengah kekili seakan mampu berputar selama-lamanya!)Sebelum anda memilih kekili, anda harus tahu : Apakah saiz dan berat gewang yang anda mahu lontarkan? Di mana anda berhajat nak memancing? Sejauh mana jarak yang anda perlukan untuk melontar gewang? Apakah jenis tali (tangsi atau sulam) dan saiz ketahanan yang anda ingin gunakan?