Isnin, 9 Jun 2014

Umpan terbaik memancing ikan puyu, sepat, keli, belut, haruan



Sebelum ini saya telah memberi sedikit tips dan cara bagi memancing ikan puyu dengan menyatakan umpan terbaik. Banyak jenis umpan yang boleh digunakan untuk memancing sepat, mulai dari umpan universal atau cacing, ramuan pelet juga boleh dipakai untuk memancing sepat.
Namun berdasarkan pengalaman, umpan untuk sepat yang paling efektif adalah kroto atau telur anak kerengga. Kroto selalu menjadi menu utama penjualan. Hal ini disebabkan kroto juga popular sebagai tambahan racikan umpan ikan . Cukup dengan men'cantol'kan atau mencangkukkan telur kroto yang berbentuk lonjong (belum terbentuk menjadi semut) pada mata kail dan lemparkan pada spot yang diinginkan. . Dalam post kali ini saya akan memberi sedikit penerangan kaedah yang saya gunakan untuk mengambil telur kerengga dari sarangnya.

Menyediakan peralatan
Apa yang anda perlukan ialah kayu atau buluh yang cukup panjang untuk menjolok sarang kerengga. Di hujung buluh tadi anda perlulah memasang botol plastik yang dipotong bahagian bawahnya sebagai bekas takungan supaya telur dan kerenga tidak jatuh kebawah. sarungkan botol tersebut pada buluh atau kayu tadi dan biarkan lebihan buluh terkeluar sedikit bagi memudahkan anda menebuk lubang pada sarang kerengga.
botol minyak masak bersaiz 5 liter yang telah di potong dan disarungkan pada kayu penjolok. Setelah itu sumbat bahagian yang terbuka antara buluh dan botol plastik supaya telur dan kerennga tidak terkeluar ketika ia digunakan. ikat bahagian itu dengan kemas mengunakan tali ataupun rapping plastic. dan ia siap sedia digunakan..

Cara mengunakan alatan tersebut.
langkah pertama yang perlu anda lalukan ialah mencari sarang yang sesuai. kebiasaannya sarang yang bersaiz besar dan daun pada sarang yang kering menunjukan sarang tersebut mempuyai isi telur yang banyak.. jika anda inginkan memastikan adanya saiz telur yang besar(telur yang menjadi ratu), apa yang perlu dilalukan ialah menebuk lubang pada sarang tesebut dan lihat saiz telur yang jatuh.
setelah memilih sarang yang mempuyai saiz telur yang besar. tebuk lubang dan gongang buluh yang digunakan. ketuk buluh dengan kuat bagi memastikan kerengga tidak turun ke tangan anda. kebiasaaannya jika 1 sarang mempuyai telur besar, sarang berhampiran juga sedemikian perihalnya.
untuk langkah keselamatan, pakai pakaian sesuai dengan berkasut dan bersetokin. ikat hujun seluar anda dengan getah gelang. pakai baju berlengan panjang dan lalukan kerja ini dengan tetemani oleh rakan. sekurang-kurangnya ada yang membantu anda membuang kerengga di badan ketika proses ini dilakukan.

Sediakan sebuah baldi yang di isi air hingga separuh didalamnya. tuang kerengga tadi kedalam baldi itu. kemudian gunakan kayu untuk mengacau kerengga bersama telur di dalam baldi tersebut. Setelah proses menjolok siap. kerengga bersama telur di dalam baldi tadi hendalah di asaingkan. pilih telur yang hendak digunakan. kerenga tadi tidak mati tetapi hanya pengsan. sebaiknya biarkan kerengga basah. jika tidak anda mungkin menjadi mangsa keadaan. Kebiasaanya saya tidak membuang telur-telur yang bersaiz kecil serta kerengga yang terkumpul. ia disimpan untuk di jadikan "rasuah untuk memanggil dan membuatka ikan berkumpul. kaedah ini amat berkesan dan membuahkan hasil yang lumayan. telur yang telah berubah menjadi anak juga boleh digunakan selagi ia tidak bersifat keras fizikalnya.

Telur bersaiz kecil.
telur2 yang kecil juga boleh digunakan. apa yang perlu anda lakukan ialah membuat "tempe" susun telur tersebut diatas bekas yang rata. dan renjiskan susu getah padanya mengunakan berus atau sebagai nya menggikut kretiviti anda. cukup sekadar ia melekat dan biarkan ia membeku. jangan digaul, sebaiknya biarkan ia seperti bentuk tempe.Proses memilih telur bersaiz kecil ini agak rumit. apa yang perlu anda laukan ialah mungunakan dua kain.. bungkus dan goncang telur bersama kerengga. kemudian tuang ke kain yang kedua. kerengga akan melekat pada kain tersebut kemudian buang kerengga yang melekat. Ulangi proses tersebut sehingga kesemua kerengga terasing dari telur. proses ini memerlukan keazaman yang tinggi untuk dilakukan.
Cara mengunakan.
Cangkuk umpan tersebut pada mata kail. jika bersaiz besar gunakan dua atau lebih pada satu kail. jika anda mengunakan telur kecil. cukup sekadar umpan menutup mata kail. kebiasaannya umpan ini lebih menerima sambutan berbanding umpan lain. faktor-faktor lain juga mempegaruhi hasil tangkapan.

Petua Menggunakan Umpan Cacing
Cacing adalah serangga yang memiliki bentuk silinder dan panjang,Cacing merah merupakan salah satu jenis cacing yang paling banyak dijadikan umpan untuk memancing ikan.Jenis ini memang merupakan makanan pelbagai jenis ikan yang berada di sungai, parit dan tali air. Dalam pemancingan di sungai dan sawah, jenis cacing tanah dan cacing merah menjadi favorit bagi para pemancing. Kami biasa menggunakan cacing ini untuk memancing di sungai dan merupakan umpan utama apabila memancing.Cara memasang cacing di mata kail adalah dengan memotong cacing yang besar menjadi beberapa potong, disesuaikan dengan panjang mata kail. Setelah itu cacing di tusuk dengan mata kail sampai tembus ke ujung satunya. Pemasangan cacing ini sebaiknya panjangnya lepas sesuai dengan panjangnya kail sehingga tidak ada daging cacing yang terbuang.

Petua Menggunakan Umpan Cengkerik

Cengkerik adalah jenis serangga yang sering menjadi umpan dalam usaha pemancingan. Dalam pemancingan kolam jenis umpan cengkerik menjadi favorit ikan-ikan. Daya cengkerik memang untuk memenuhi citarasa para pemancing untuk dijadikan umpan memancing. Cengkerik dalam memancing dipasang pada mata kail dalam keadaan hidup, dan dipasang dengan menusukknya pada kepala terlebih dahulu menembus tubuhnya dan hujung mata kail akan keluar sampai ke ekor. Untuk pemancingan yang menggunakan cengkerik sebagai umpan, sebaiknya anda menggunakan mata pancing yang cukup besar disesuaikan dengan besar cengkeriknya. Besar mata kail kira – kira ¾ panjang tubuhnya, karana jika anda memasangnya pada mata kail yang berukuran kecil umpan ini tidak akan terpasang dengan sempurna dan jika mendapatkan sentakan pada ikan maka umpan cengkerik dapat pecah dan rusak serta hilang.

Untuk memancing ikan kolam dengan menggunakan umpan cengkerik, anda boleh menggunakan rangkaian mata pancing tanpa menggunakan pelampung cukup dengan pemberat sahaja. Teknik memancing dasar perairan ini memang sesuai dengan karekter ikan yang berada di dasar permukaan tanah. Jika anda dengan menggunakan cengkerik sebagai umpan, maka anda tidak perlu terlalu sering untuk mengangkat alat pancing anda, cukup dengan menegangkan rangkaian tali anda di dari dasar air ke tangan anda sambil merasakan getaran – getaran jika umpan cengkerik anda  dimakan oleh ikan. Umpan cengkerik tidak akan mudah koyak dan rosak jika berada di dalam air sehingga anda hanya sesekali sahaja mengangkat pancing anda ke permukaan untuk memastikan masih ada atau tidak umpan cengkerik anda.

Petua Menggunakan Umpan Belacan + Tepung

Umpan Belacan + Tepung adalah umpang terbaik bagi memancing ikan puyu. Ikan puyu biasanya mendiami kawasan parit. Jika ingin memancing ikan ini adalah terbaik menggunakan umpan ini kerana baunya yang harum. Umpan ini juga boleh digunakan untuk menjerat ikan lain.


Caranya ialah campurkan sedikit belacan dan sedikit tepung. Tambah sedikit air paip bagi memudahkan ia bercampur. Jangan terlalu banyak menggunakan air kerana ia akan benyek. Gaul sehingga sebati.








Petua Menggunakan Umpan Udang

Sementara untuk pemakaian udang, anda harus mengambil daging udang sekecil mungkin disesuaikan dengan ukuran mata kail. Lemparkan dan tunggu sepat menyambar.

Petua Menggunakan Umpan Cicak
Cara terbaik memancing haruan di tasik, parit dan sungai ialah umpan cicak....... ini kerana banyak telah berhasil.Caranya mudah sangkut je cicak dengan mata kail yang ade penghadang atau spring dan baling dan tarik seperi gewang biasa. anda boleh juga tarik dengan perlahan, ikan haruan adalah paling susah nak sangkut. jika anda terasa tarikan atau getaran pada umpan, anda jangan terus rembat atau balas, biarkan ikan tadi tarik seketika agak-agak 1 minit barulah balas. ni baru dapat ikan yang dikehendaki.jika anda agak terlewat menyedarinya, umpan anda sudah  dibuang dari mulut ikan tadi jangan risau biarkan ia di situ (berhenti menggulung tali) biarkan umpan itu jatuh ke lantai tasik. biarkan seketika mesti ikan tadi makan balik umpan anda. jika anda perasan ikan sedang mengejar umpan yang anda tarik jangan berhenti menggulung tali, gulung seperti biasa. jika anda melihat percikan air diumpan anda(jika umpan di tarik atas permukaan air) jangan terus balas, balas apabila terasa tarikan. cara terbaik membuat lontaran ialah dikawasan yang kurang atau tiada ikan kecil menimbul dipermukaan air itu. ini kerana jika ikan besar ada ikan kecil akan lari dari situ.
Untuk memancing keli pula anda boleh juga guna cicak tapi lebih elok cacing panjang dan lagi elok guna soft plastik yang panjang bentuk cacing. pastikan ada timah. tarik umpan perlahan-lahan di dasar sungai. ikan ini makan perlahan / manja, jadi anda dinasihat kan terus balas jika ada terasa umpan anda dimakan. Guna mata kail kecil lebih elok.

Teknik troling amat sesuai menggunakan katak hidup dan cicak adalah umpan yang mujarab tetapi kalau tak ada sangat katak plastik juga boleh mendaratkan ikan yang besar juga terutamanya semasa ikan haruan atau bujuk baru bertelur. Tapi awas kerana walaupun parit kecil dan ikan banyak, pastikan lontaran yang dilakukan tepat ke sasaran. Lepas itu anda akan dapat lihat alak air keluar dari celah rumput tebing parit dan menyambar umpan. .Jangan tunggu lama kalau ikan tak sambar...memadailah 3 balingan di satu satu kawasan sudah memandai..lepas tu pindah ke kawasan hadapan sikit lontar lagi...cam tu ler..
haruan

  keli

belut

Petua Menggunakan Umpan Kelkatu

 Umpan kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang. Asalnya terbentuk dari serangga anai-anai yang dianggap musuh utama kepada penghuni rumah dan pemilik ladang, saudaranya iaitu kelkatu sangat efektif digunakan untuk umpan ikan air tawar ini. Ciri-ciri lain pada kelkatu iaitu mempunyai dua bahagian abdomen, sepasang sesungut dan dua pasang sayap berwarna perang cerah seluruhnya, mudah tertanggal apabila terkena air atau ketika jatuh di atas tanah. Kebiasaannya habitat kelkatu boleh ditemui dalam busut atas tanah atau pokok dan kemudiannya akan terbang mencari kawasan baru untuk membina koloni barunya. Umpan kelkatu mudah dicari apabila menjumpai kumpulan berterbangan berhampiran cahaya lampu rumah atau bangunan. Cara untuk menangkapnya adalah mudah dengan mengutip serangga ini yang terjatuh berhampiran kawasan lampu tadi selepas sayapnya gugur selepas itu. Dalam arena memancing, teknik pancing menggunakan joran teleskopik sangat berkesan dengan menggunakan umpan ini. Mata kail kecil bersaiz tujuh yang dicangkukkan dari bahagian abdomen belakang hingga kepalanya.

Petua Menggunakan Umpan Anak Tebuan
Umpan serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya. Baunya yang sedikit tengik atau berbau cukup di gemari ikan yang menghidunya untuk dijadikan menu makanan utamanya. Bentuknya menyerupai larva seakan ulat beluncas serta berwarna putih ketika masih ‘bayi’ dan berwarna kehitaman apabila dewasa, dijumpai dalam kepompong sarangnya.

Petua Menggunakan Umpan Katak
Katak minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit. Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya. Secara amnya, spesies dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.

Di arena memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada bahagian duburnya hingga ke dalam perut.Cara berkesan untuk menjerat ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah atau dikenali sebagai ‘janggut’ oleh pemancing tempatan akan dicangkuk pada katak itu.Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu tarik secara perlahan dilakukan untuk merangsang deria bau ikan.
Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai. Kini, katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.

Selamat Mencuba..Hehehehe.



Selasa, 10 Disember 2013

Tips Masa Terbaik Memancing di Kolam



Bagi aku lah, kan...time sesuai memancing ialah bila time...
1. Kita cuti tak kerja
2. .Ada member nak join..hehehe
3. Dapat gaji / poket penuh
4. Time boring
5. .Orang support makan, umpan
6. Semua kerja dah beres
7. Air laut/sungai cantik
8. Bini/kekasih beri green light. Lagi best kalau kekasih atau pasangan turut serta:
9. Ada umpan.. 
Aku memang suka memancing di kolam, maksud aku kolam berbayar.Bukanlah memancing saja-saja. Aku ada sikit penyelidikan. Memang aku suka menyelidik sebelum membuang duit memancing di kolam.

1. Biasanya towkey kolam tidak membenarkan umpan anak ikan hidup, kononnya untuk mengelakkan ikan itu membiak. Sebenarnya alasan tersebut tidak munasabah kerana ikan umpan yang dibawa selalunya akan habis, cedera kerana disangkut mata kail atau mati. Korang percaya tak di sesetengah kolam banyak sangat ikan Lampam dan Talapia. Ikan lampan ini akan mematikan umpan, manakala ikan talapia pula menjadi makanan ikan siakap pada waktu malam. Jika memancing pada waktu malam, peratus untuk dapat agak kurang kerana siakap ini sudah kenyang makan anak ikan yang beribu-ribu di dalam kolam tersebut.

2. Jika korang ingin memancing, jangan memancing jika dua atau sehari sebelumnya hujan turun sangat sangat lebat. Hal ini kerana kandungan kemasinan air kolam(kolam air masin) itu akan tawar oleh air hujan. Akibatnya ikan mati dan busuk terapung di dalam kolam sangat. Jika nak memancing juga, terutamanya pada waktu malam, maka hanya Tuhan yang menentukan rezeki. Tapi percayalah, korang boleh saksikan berpuluh ekor ikan mati dan busuk jika keadaan ini berlaku, maka jangan memancing waktu tersebut kerana korang akan rugi.

3. Waktu terbaik memancing siakap jika ingin memancing ialah pukul 7 pagi hingga 11 Pagi. Sebelah petang Pukul 3 petang himgga 6 petang. Malam pukul 8-11 malam. Namun paling efektif ialah pada sebelah pagi. Ada juga kengkawan kata guna umpan dedak. Waktu jam 2 pagi hingga subuh antara yang terbaik kerana waktu ni ikan2 besar selalu nak makan..awal pagi selepas subuh lagi ikan galak makan..tapi saiznya tak sebesar waktu awal pagi tu..mungkin suasana yang sunyi...

4.. Udang hidup dan hirisan ikan (kembong)  paling efektif pada waktu pagi. Hal ini kerana ikan di kolam ialah ikan pelihara, jadi tuannya dulu masa pelihara ikan ini di dalam sangkar sudah tentu beri ikan ini makan waktu pagi dan petang. Malam pula ikan ini tidak diberi makan, tetapi dalam sangkar peliharaan, terdapat anak-anak ikan. Sebab itu dikolam ini pada waktu malam, ikan siakap sibuk memburu anak ikan dan sebab itulah tuan kolam ini membiarkan anak ikan memenuhi kolam ini tanpa ada inisiatif untuk membersihkannya. Jika benar, kenapa biarkan kolam ini penuh dengan anak ikan, kenapa tidak dicuci 2 kali setahun?

Korang cubalah berexperiment dengan masa pula....untung sabut timbul, untung ikan naik..hahahaha.

Sabtu, 1 Jun 2013

Mencandat Sotong

Apakah itu mencandat atau Eging?
Maksud sebenar mencandat atau Eging ialah, teknik untuk memperdayakan atau memancing specis sotong dengan menggunakan set ringan dan menggunakan sejenis umpan tiruan khas. Di negara kita umpan tiruan tersebut lebih dikenali sebagai candat.
Eging pula ialah gelaran popular bagi pemancing di negara Jepun, Teknik Eging lebih tertumpu di kawasan berbatu di tepian pantai dan kawasan karang ataupun tukun.

Sebelum kita mengenali teknik candat ataupun teknik Eging, adalah lebih baik jika kita mengenali specis sotong yang boleh diperdayakan oleh teknik mencandat ataupun Eging.

Menurut Wikepidia,Sotong ialah sejenis haiwan laut atau nama scientifiknya Teuthida, terdapat 300 spesies terdapat di dunia ini. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. Di negara kita hanya terdapat beberapa jenis sotong yang boleh di candat@Eging dan sentiasa menjadi buruan peminat pancingan ini



Jenis-jenis sotong yang terdapat diperairan negara kita

Sotong Torak

Sotong Katak

 Sotong Cumi

Sotong Kurita

 Sotong Mengabang

Daripada gambar-gambar di atas, hanya sotong kurita sahaja yang tidak boleh diperdayakan oleh teknik mencandat atau pun Eging.
Di negara Jepun, teknik Eging telah menjadi kegilaan peminatnya, sehinggakan terdapat joran khas untuk mengaplikasikan teknik ini. Di sana para peminat Eging mengunakan rod yang berkekuatan PE 0.6-1.5 dengan panjang rod sepanjang 7-8.5 kaki. Mereka juga menggunakan reel khas dimana spool nya telah direka khas dan dipadankan dengan tali mono yang berkekuatan 4-12lb sahaja. Malangnya set khas untuk pancingan Eging ini tiada didalam pasaran negara kita. Oleh itu, penggunaan set ringan menjadi pilihan para peminat mencandat@ Eging di negara kita. Memadai jika menggunakan rod yang berkekuatan 12-20lb ataupun sehingga PE 2 dipadankan dengan mesin mendatar ataupun reel sehingga 1000-3000 series. Tali mono atau braided berkekuatan 8-20lb sering digunakan.

 KAEDAH DAN CARA-CARA MENCANDAT SOTONG DI PERAIRAN MALAYSIA
Mencandat sotong (Squid Jigging) adalah satu kaedah tradisi yang tidak mengunakan cara moden. Mencandat sotong juga ada keseronakan yang tersendiri. Di negeri terengganu ada berbagai-bagai kaedah yang biasa dilakukan oleh nelayan tempatan untuk menangkap sotong. Salah satunya dan yang paling menarik ialah mencandat, iaitu dengan mengunakan peralatan khas yang dinamakan candat. Didalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengingkut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan diantaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan beberapa jenis lagi. Alat candat adalah kail yang mempunyai sehingga sepuluh mata atau lebih yang dilekatkan pada timah dan dibaluti dengan kain yang berwarna warni, tetapi kini mata kail dihiasi umpan tiruan anak ikan atau udang plastik yang berkilat, berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai candat twist. Kesesuaian candat dengan sotong yang hendak ditangkap juga perlu diambil kira. Disini kita tekankan dengan penangkapan /mencandat sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum sahaja kerana cara mencandat sotong mengabang, sotong katak dan kurita ada sedikit perbezaannya.

JENIS CANDAT DAN CARA PENGUNAANNYA.

1.Candat Twist- candat twist biasanya dibuat daripada timah sebagai pemberat, ia juga dilekatkan matakail yang bersisir dibawahnya. Biasanya ia dilengkap dengan lapan atau lebih matakail yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Badannya dibaluti dengan kain yang biasanya berwarna putih/merah, putih/hijau dan putih/biru. Cara menggunakannya ialah memasukan terus dari tangkal candat ke cili yang diikat dari mainline. Tidak perlu mengunakan perambut. Apabila candat diturunkan, lakukan aksi menarik dan menghulur ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang. Sotong akan tertarik dengan pergerakan candat yang disangka makanan dan menyambarnya. Ketika itu, terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan. Candat twist sesuai untuk sotong torok, ketupat dan sotong jarum. Candat twist juga sesuai digunakan untuk sotong mengabang dan sotong katak apabila berada di kawasan unjam atau tukun sahaja.

2. Candat umpan – berbentuk panjang yang dibuat daripada besi sebesar lidi dan bersisir dengan matakail dibawahnya. Ia juga dilengkapi dengan lapan atau lebih matakail yang biasa dibuat sendiri. Ada juga candat ini yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan yang mempunyai dua sisir matakail tanpa mempunyai teracat. Cara mengunakannya ialah mencucuk ikan sebagai umpan. Ikan akan dicucuk dari ekor sehingga ke dalam mulut ikan itu dan disangkut mengunakan cili dari atas kepala memasuki lubang candat dan seterusnya disangkut sekali lagi memasuki bawah kepala ikan sebelum menuntup cili itu. Ada satu lagi kaedah dengan menggunakan dawai yang diikat daripada perambut dan dicucuk sama dengan kaedah menggunakan cili dan dibelit dawai tersebut sebagai pengikatnya. Seterusnya candat tadi boleh digunakan dengan batu hidup atau ranggung (samaada yang dibuat daripada tanduk atau tangsi yang bersaiz besar) yang memerlukan perambut antara tiga hingga lima meter panjang. Masa mengunakan candat umpan, kita digalakkan untuk melabuhkan dua atau tiga candat ini dengan kedalaman air, bermakna satu didasar, kedua ditengah-tengah air dan satu lagi berada di permuakaan air. Untuk permukaan air, pemberat tidak perlu digunakan dan seelok-eloknya menggunakan pelampung. Ikan tambang, selayang, dan ikan kacang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai umpan. Saiz ikan hendaklah tidak melebihi panjang candat tersebut.

3.Candat Udang- Rasanya baru diperkenalkan atau diguna secara umun, berkemungkinan dalam tujuh tahun lepas(belum pasti). Candat ini sangat sesuai digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dengan bentuk yang solid dan dapat mengimbangi badan di dalam air memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong. Cara mengguna hampir sama dengan candat umpan yang memerlukan ranggung untuk dihulurkan pada dasar. Kebiasaannya dua atau tiga kaki dari dasar laut.

Di negara kita terdapat beberapa jenis candat untuk mengaplikasikan teknik ini. Candat-candat tersebut ialah:

 Candat Mayat/Apollo/Jig/Ultraman/Roket

Candat Udang

Candat Umpan

Untuk penyediaan candat Mayat, candat di ikat seakan-akan appollo seperti gambarajah  yang tertera dibawah. Batu ladung bersaiz 6-10 di letakkan di bawah untuk dijadikan pemberat mengikut keadaan arus
Ilustrasi cara-cara ikatan candat mayat

Untuk penyediaan candat umpan pula, Umpan ikan seperti ikan kembung/sardin/selar mati digunakan dengan mencucuk candat tersebut didalam ikan tersebut seperti di gambarajah dibawah.

Ilustrasi cara-cara menggunakan candat Umpan

Penggunaan candat udang pula lebih mudah, dengan menyambungkan candat tersebut dengan swivel ataupun terus membuat ikatan seperti pengunaan gewang-gewang lain.

Aplikasi teknik Mencandat

Untuk memperdayakan sotong Torak, Sotong Katak dan Cumit, teknik appollo menggunakan candat mayat dan candat umpan. Aplikasi teknik ini lebih sesuai digunakan ketika berada di atas bot. Umpan candat di henjut beberapa kali keatas dan kebawah untuk memperdayakan sotong seperti gambarajah (A) di bawah.

Untuk menggunakan candat udang pula, umpan candat udang di tarik secara perlahan-lahan secara casting seperti gambarajah (B).

Aplikasi ini boleh digunakan untuk memperdayakan sotong mengabang,cumit dan sotong katak.
Teknik ini sesuai digunakan di tepian kawasan berbatu dan juga di atas bot.
Teknik Eging pula lebih menyasarkan specis sotong Mengabang. 


 (A) Ilustrasi cara-cara mengayakan candat mayat ketika diatas bot

(B) Ilustrasi cara-cara memperdayakan sotong menggunakan candat udang di tepian batu

Kawasan berbatu yang sesuai untuk teknik Eging 

Peranan lampu
Untuk memancing sotong pada waktu malam, peranan lampu pada bot amatlah penting kerana pancaran lampu yang terang dari atas bot dapat menarik kehadiran sotong untuk mendekati bot. Apabila sotong mula menghampiri bot, teknik mencandat menjadi lebih mudah dan senang. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.

Musim Mencandat

Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. 

Rezeki akan bertambah kiranya seseorang yang menjumpai kawasan sotong bertelur, iaitu tempat berjuta-juta sotong berkumpul dan bertelur pada satu tempat. Tempat ini juga dikenali sebagai “Kandang Sotong”. Kandang sotong yang dihuni oleh berjuta-juta sotong ini tidak terdapat seekor ikan pun kerana tahap permakanan sotong ini terlalu egresif sehinggakan mereka memakan diantaranya (sama sendiri). Jika terdapat ikan pun ialah ikan tenggiri, tasik atau jerung yang berada diluar kawasan sekitarnya untuk memakan sotong itu. Di tempat begini candat twist yang paling efektif sekali, dengan kaedah appolo, candat diikat dua atau tiga pada mainline. Kebiasaanya candat yang diturunkan belum sampai ke dasar sudah ada sotong melekat pada candat.

Mencandat sotong biasanya jarang dilakukan apabila bulan mengambang penuh kerana ketika itu sotong bergerak bebas, ada juga yang mencandat pada waktu begini kerana ianya tidak memberi target yang tertentu seperti di tempat kandang sotong atau di sekitarnya. Adakalanya juga mendapat hasil yang lumayan. Bagaimanapun, sotong yang ditangkap pada bulan mengambang lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap. Sebaliknya, saiz badan yang gemuk itu akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh. Dimasa bulan gelap lebih sesuai kerana lampu yang di pasang akan menarik perhatian sotong untuk mendekati cahaya.
Seorang pencandat yang mahir akan memasang tiga atau empat candat pada satu tali. Setiap seorang pencandat mampu memperolehi antara 200 hingga 300 kilo sotong semalaman jika mereka mencandat di kandang sotong.

Dinegara kita, sotong boleh dicandat sepanjang tahun. Cuma bilangan sotong tidak terlalu banyak jika tidak kena dengan musimnya.Di negara kita, bulan 3-7 setiap tahun amat ditunggu-tungu oleh peminat sotong untuk mencandat. Ini kerana dikatakan kehadiran  dan penghijrahan Sotong jenis Torak yang begitu banyak untuk mengawan di perairan Terengganu sehinggalah di Mersing Johor. Sotong Torak yang hadir ketika ini menpunyai saiz yang lebih besar jika dibandingkan sotong-sotong jenis lain dan amat lazat untuk dijadikan hidangan makanan. Ketika inilah teknik mencandat menggunakan candat mayat dan candat umpan amat sesuai dan lebih efektif digunakan. Menurut pengalaman saya, penggunaan candat jenis udang amat kurang menarik minat dan sotong amat sukar diperdayakan.

Berbeza pula dengan sotong-sotong yang terdapat di perairan Selat Melaka, Candat jenis udang lebih efektif berbanding candat jenis lain.Ini membuktikan sotong mempunyai selera yang berbeza-beza disetiap tempat yang berlainan.Waktu yang paling sesuai untuk mencandat sotong ialah ketika air berarus perlahan dan air mati. Disini saya sertakan beberapa gambar saya ketika mencandat sotong.

SOALAN LAZIM

1. Adakah arus memainkan peranan penting dalam menangkap/mencandat sotong?
Ya. Arus juga memainkan peranan yang penting semasa mencandat sotong. Disebelah Terengganu masa perubahan arus daripada barat ke timur adalah masa yang terbaik sekali. Arus mula ke timur. Pendapat ini sama dengan pendapat beberapa nelayan2 yang terer dan tersohor dalam aktiviti mencandat sotong. Permulaan perubahan arus yang lembut ini mungkin mengaktifkan kehidupan sotong itu. (bukan di kandang sotong)

2. Adakah sotong akan bertelur di tempat yang sama?
Tiada fakta yang lengkap berkenaan yang ini. tapi pernah diketemui ditahun yang berlainan sotong masih bertelur di tempat yang sama. tapi kebanyakkan tempat bertelur (kandang sotong ditemui di tempat yang berlainan).

3. Bagaimana kalau kita mencandat disiang hari.. adakah boleh dilakukan?
Mencandat sotong di siang hari boleh dilakukan, tapi hasilnya kurang memuaskan. Mencandat disiang hari lebih sesuai menggunakan candat umpan.(bukan di kandang sotong)
Jika dikandang sotong semua jenis candat boleh digunakan. hasil juga amat membanggakan.Pada Isnin 23/5/2005 satu kandang sotong telah ditemui di depan muara sungai terengganu. Laut berhampiran kampung Tanjung, ramai nelayan mencandat di siang hari.. rata2 mendapat 100 kilo seorang. Tapi peluang untuk nelayan kecil tidak lama kerana disapu oleh bot pukat tunda. Kalau pemancing macam kita nak dapat peluang yang sekejap ini lagi laa susah. Baru projek di rancang kandang sotong sudah hancur..

4. Apakah peralatan yang paling sesuai untuk mencadat sotong.
Selain daripada candat, kita sebagai pemancing yang lebih ingin merasa keseronakan elok menggunakan set mancing yang joran lembut sikit kerana tarikan sotong dapat dilihat semasa ia memakan umpan(untuk cadat umpan). Untuk candat twist rasanya lebih baik mengunakan koyan saja dengan kekuatan tali 40lb.

5. Bagaimana untuk mengenali tempat atau kandang sotong?
Kandang sotong bermakna satu tempat dimana sekumpulan besar sotong bertelur, tempat ini boleh dikenali dengan adanya berjuta2 sotong dikawasan itu. kita boleh melihat di bawah air dengan warna yang sebam dan taburan sotong yang amat ramai. Anggaran taburan sotong di kandang berkeluasan 500-600 meter. kita boleh labuhkan bot dan biasanya di candat twist ada mengena atau terlekat telur2 sotong.Biasanya kandang dijumpai secara kebetulan saja. Pengalaman kawe satu kali dengan arwah ayah mula2 jumpa kandang sotong di waktu petang. setiap candat dihulurkan terus mengena sotong, kami melabuhkan bot dan memasang lampu lepas magrib.. maka nampak laa berjuta sotong berada ditengah2 air dan sedikit di permukaan. apa lagi.. rezeki kami. malam tu sampai ke pagi kami dapat 270 kilo sotong. (seingat kawe).Satu candat dapat menggena 2 atau 3 ekor sotong sekaligus. Itu pun kami rasa bot yang dilabuhkan itu tidak tepat diatas telor sebenar.

Rabu, 13 Februari 2013

Tips Memancing Udang Galah






Tips yang diturunkan dibawah ni berdasarkan pengalaman sendiri dan yang diajarkan sifu-sifu  :


Tali utama
Satu perkara yang penting sebelum memancing. Mesti tahu nak gunakan tali apa. Jangan korang gunakan tali “appolo” plah..sah-sah tak kan dapat lah udang korang. Kalau boleh korang gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Korang hanya perlukan tali yang berukuran 10-15 paun sahaja.


Mata kail
Untuk mengail udang nie terdapat 2 jenis mata kail iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Kalau nak memancing udang galah kat sungai, mata kail berduri yang bersaiz 1/0, 1dan 2 adalah digalakkan. So, korang buatlah pilihan yang mana satu..yang mana satu..pilihan hati
Penggunaan mata diatas batu ladung dibawah amat menyeronokkan kerana lebih sensitif jika udang mula memegang umpan.. kita dapat melihat dgn jelas getuan udang dan boleh mengagak bila joran perlu diangkat.. teknik ini sekaligus dapat menjimatkan umpan umpun2 yg terkenal dgn harga yg tinggi.. hasil dari percubaan, satu kotak umpun2 yg berharga rm10 dapat menjinak kan 3.2kg udang bersaiz A dan B sahaja..
Pakai mata pancing buat sendiri ( biasanya yang amat praktikal pakai tali gitar ( bass ) kan dalam dia ada lagi besi yang kecil... pakai tulah... bentuk-bentukkan sikit macam mata kail yang dijual dikedai tu..
Nota: Hasil eksperimen saya dalam arena pancingan udang ni... kalau perbandingan antara matai kail yang dijual dikedai dengan tali gitar ni... 10 ekor hasil mata kail bikin... 1 ekor oleh mata kail berbagai jenama ( Nisbah 10:1 )

Batu ladung.
Penggunaan batu ladung nie sangat penting untuk mengail udang galah kerana kebiasaannya udang galah hidup di tempat yang beraus. Jika lubuk yang tenang, korang hanya perlukan saiz batu ladung 2,3 @ 4. Jika tempat yang berarus plak, batu ladung yang bersaiz 5 hingga 8 adalah amat sesuai.Kadang-kadang kawe guna teknik lain.Teknik biasa yg kwn gunakan tak kira la memancing ape sekalipun, sensitiviti menjadi peranan utama.. so, kwn gunakan perambut gantung.. batu dibawah dan mata diatas.. makin tinggi mata kail, makin besar udang yang makan.. disini kita dapat memilih hasil tangkapan dan menjimatkan umpan daripada dicuri udang gantung..

Umpan
Umpan jugak salah satu benda penting untuk memancing udang galah. Kalau tak ada umpan korang nak gunakan apa plak kan..kebanyakkan pemancing suka menggunakan umpan perumpun kerana sangat-sangatlah efektif. Selain itu, ada jugak yang gunakan umpan cacing, anak udang dan hati ayam yang dihiris kecil. So, terpulang kat koranglah nak gunakan umpan apa ye..kalau nak senang guna umpan hati ayamlah kan..mana tak nya, tinggal korang beli je kat pasar tu..


Pakai stokin wanita... Caranya simpan umpan dalam stokin tu,kemudian labuhkan macam sauh... Cuba tunggu 1/2 jam... akan kelihatan beberapa ekor udang akan melekat pada stokin tu kerana ia cuba menyepit tapi tak boleh terlepas...

Pakai rasuah... Caranya kena beli 1 tin sardin,kemudian tebuk tin tersebut buat lubang-lubang kecil tetapi biar banyak... lepas tu labuhkan macam sauh juga...lihatlah hasilnya..


Tapi lain sungai,lain tabiat makan udang ni...ada setengah sukakan cacing tanah,ada pulak yg.suka udang..tapi tak salah mencubanya.
Haa...ada lagi satu penemuan bab umpan.dalam seni pancingan udang ni....cuba kawan-kawan gunakan hirisan janggut ( tantakel )sotong tu..tahan lama dan berkesan..
Di sebelah sg Pahang (area chenor) lak, diorang guna umpan cacing dgn mata udang seahawk saiz 8-10. Tp skrg dah up umpan skit, diorang guna kulit ayam...hasilnya 2/3 kali ganda lebih...



Cam mana nak tahu udang dah ngap atau tidak?  Kaedah yg selalu pemancing guna pakai adalah Pelampung dan tanpa pelampung.  Abg guna tanpa pelampung. Mata udang abg akan ikan sebanyak 2 mata depan sebanyak 3 dan diikat terus pada kekili.  Umpan guna umpun2 sebab lambat habis. tapi mahal sangat harganya.  Merendam mata bersama umpan sehingga kedasar.  Tunggu 30-59 saat tarik pelahan2.  Jika terasa berat tarik ganas sikit dan terus angkat pancing tu...
Kalau banjir jangan disangka udang tak makan pancing,biasanya kalau air keruh,udang akan mencari makan berhampiran tebing... so,pancinglah ditepi...

Kesimpulannya, tabiat permakanan Udang galah adalah berbeza mengikut keadaan sungai,jarak dari Laut,struktur sungai,diet setempat dan juga suhu air..Jadi saranan saya kepada rakan-rakan Pancing,sebelum turun mancing spesis cerewet ni,kenali dulu faktor-faktor di atas..



Ahad, 12 Ogos 2012

Teknik Casting


Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Teknik Jigging


Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.


Teknik Jigging diatas bot

Jigging adalah suatu kaedah memancing yang menggunakan umpan tiruan yang dikenali sebagi "jig". Bukan mudah untuk mengendalikan sesuatu jig jika anda kurang arif tentang fungsinya. Pada kebiasaanya, para jiggers akan menggunakan bot ataupun sampan bagi mencari lubok yang sesuai untuk jigging. Disini TGL ingin berkongsi ilmu jigging diatas bot kepada semua pembaca.
Pada kebiasaannya, jenis jig yang digunakan adalah dari jenis butterfly long hingga ke butterfly flat-side. Berat jig pula pada sekitar 50gram hingga 325gram bergantung kepada kederasan arus dan kedalaman laut.
Langkah-langkah yang betul semasa jigging:-
1. Jatuhkan jig mengikut aliran arus
2. Biarkan jig anda jatuh sehingga mencecah dasar
3. Mulakan menarik jig dengan teknik berikut:-
   i) Jenis jig - Regular/flat-side
     
     Rapatkan handle rod anda kebadan, kepitkannya dengan lengan, gulung tali pancing dengan menghenjutkan rod    anda keatas dan kebawah. Pastikan jarak antara henjutan keatas dan kebawah didalam lingkungan 10 ~ 20 inci.   Henjutan anda perlulah diseragamkan dengan kelajuan gulungan tali pada reel.

     ii) Jenis jig - Long
     
     Jika anda menggunakan jenis jig ini, anda cuma perlu menggulungkan tali pancing anda disertakan dengan henjutan keatas dan kebawah secara sekata. Jig jenis ini mudah dikawal walaupun anda hanya seorang jiggers amatur.

Berat jig dan kedalaman air
1, Bagi kedalaman air didalam lingkungan 0 hingga 40meter, berat jig yang diperlukan adalah : 60 ~ 100gram
2. Bagi kedalaman air melebihi 50meter, berat jig yang diperlukan adalan : 200 ~ 325gram.



Teknik Pancingan Dasar


Pancingan dasar merupakan salah satu dari pelbagai jenis kaedah pancingan yang selalu dipraktikan bagi pemancing. Ini kerana ia tidak memerlukan kerahan tenaga yang banyak dari pemancing berbanding jigging dan popping..Kita hanya menunggu cagutan ikan didasar.Ikan karangan seperti ikan kerapu, jenahak, merah, bayan, kaci selalu menjadi menjadi target pemancing yang mengunakan kaedah ini.
Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.
Sebelum ini, koyan atau Multipiler @Drum menjadi pilihan kaki bottom ni, tetapi dengan peralihan masa kini mesin Electrik (Bangla) menjadi pilihan kaki bottom kini. selain memudahkan pemancing memeriksa umpan tanpa karauan manual, kini mesin bangla ni juga dilengkapi dengan jigging setting dan remote control. Hanya menekan satu butang karauan selaju 200m per minit dapat dilakukan dengan mudah.
 Tidak menjadi masalah lagi bagi penggunaan pelbagai saiz batu mengikut kesesuaian arus. Dari sekecilnya sehingga saiz 32 yang menjadi igauan ngeri pemancing.

 Pancing di"Clam" kemas di tepi bot bagi mengelakkan set terjatuh kelaut, banyak kejadian set pancing menjadi tukun akibat ia tidak ditambat dengan kemas pada bot. Rod holder menjadi satu keperluan yang penting sekiranya pemancing menggunakan kaedah ini.
 Pemancing hanya perlu mengawal kelajuan dan kekuatan drag sekiranya ikan mengenai mata pancing, selebihnya diuruskan oleh Bangla tadi. Bagi keberkesanan kaeadah memancing ni, penggunaan umpan yang baik seperti sotong hidup dan ikan segar amatlah digalakkan. ini dapat menjerat ikan keluar dari tempan persembunyian bagi membaham umpan yang dihidangkan.

 Kelebihan Kaedah pancingan dasar menggunakan "Bangla" ni.
Tidak memenatkan terutama memeriksa umpan didasar.
Amat praktikan memancing di perairan kedalaman yang melebihi 100m.
Dapat memberi respon yang cepat terutama ikan sedang frenzy didasar.
Tidak berkira-kira menggunakan batu ladung bersaiz 32 dan keatas jika diperlukan
Kekurangan Kaedah pancingan dasar menggunakan "Bangla" ni.
Hilang feel menaikan ikan menggunakan kutrat 4 kerat.
Terpaksa memikul bateri kereta. ui penat tu.
Kos membeli yang melebihi ribuan ringgit.
Kerosakan sistem mekanikal ketika dilaut, nasib badan.