Ahad, 12 Ogos 2012

Teknik Jigging


Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.


Teknik Jigging diatas bot

Jigging adalah suatu kaedah memancing yang menggunakan umpan tiruan yang dikenali sebagi "jig". Bukan mudah untuk mengendalikan sesuatu jig jika anda kurang arif tentang fungsinya. Pada kebiasaanya, para jiggers akan menggunakan bot ataupun sampan bagi mencari lubok yang sesuai untuk jigging. Disini TGL ingin berkongsi ilmu jigging diatas bot kepada semua pembaca.
Pada kebiasaannya, jenis jig yang digunakan adalah dari jenis butterfly long hingga ke butterfly flat-side. Berat jig pula pada sekitar 50gram hingga 325gram bergantung kepada kederasan arus dan kedalaman laut.
Langkah-langkah yang betul semasa jigging:-
1. Jatuhkan jig mengikut aliran arus
2. Biarkan jig anda jatuh sehingga mencecah dasar
3. Mulakan menarik jig dengan teknik berikut:-
   i) Jenis jig - Regular/flat-side
     
     Rapatkan handle rod anda kebadan, kepitkannya dengan lengan, gulung tali pancing dengan menghenjutkan rod    anda keatas dan kebawah. Pastikan jarak antara henjutan keatas dan kebawah didalam lingkungan 10 ~ 20 inci.   Henjutan anda perlulah diseragamkan dengan kelajuan gulungan tali pada reel.

     ii) Jenis jig - Long
     
     Jika anda menggunakan jenis jig ini, anda cuma perlu menggulungkan tali pancing anda disertakan dengan henjutan keatas dan kebawah secara sekata. Jig jenis ini mudah dikawal walaupun anda hanya seorang jiggers amatur.

Berat jig dan kedalaman air
1, Bagi kedalaman air didalam lingkungan 0 hingga 40meter, berat jig yang diperlukan adalah : 60 ~ 100gram
2. Bagi kedalaman air melebihi 50meter, berat jig yang diperlukan adalan : 200 ~ 325gram.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan