Ahad, 12 Ogos 2012

Tips Memilih Kekili

 Apabila membeli kekili maka senarai berikut perlu diberi perhatian - harga yang kita sanggup bayar atau sesuai dengan bajet, jenis kekili sama ada terbuka atau multiplier, jenis lokasi atau lapangan padang pancing, had kekuatan sistem tegangan (max drag), had muatan tali, bahan binaan asas terutama sistem gear, berat kekili, berapa banyak alas bebola terutama jenis tahan karat, kalis air ( sebaiknya), anti-reverse (anti pembalikan), kelancaran pergerakan melalui ‘testing’, bunyi sistem penggera - biar nyaring dan sedap didengar, sistem kekunci tegangan depan (belakang kurang sesuai), alat ganti mudah dan pusat servis serta khidmat pelanggan berdekatan.

Terdapat 2 jenis kekili yang utama dalam dunia pancingan menggunakan gewang.Kekili tersebut adalah:

1. Kekili mendatar/Baitcasting

2. kekili spinning

Kekili mendatar

Kekili mendatar adalah kekili yang mempunyai binaan yang lebih canggih seperti mempunyai centrifugal brake,magnetic brake,flipping switch dsb.menggunakan kekili ini juga memerlukan kemahiran kerana masalah seperti tali kusut sering berlaku.kekili jenis ini tidak digalakkan untuk beginner dalam dunia pancingan gewang.saya sendiri juga walaupun sudah lama menggunakan kekili jenis ini,kadang2 masalah tali kusut tidak dapat dielakkan.


Contoh kekili mendatar dan cara memegang yang betul


Gambar centrifugal brake


Gambar megnetic brake


Gambar butang pelarasan spool.



Gambar thumb bar(butang melepaskan tali)


Gambar switch release(butang melepaskan tali jugak)

Kekili mendatar biasanya dibuat dengan pengayuh sama ada sebelah kanan atau kiri sahaja.(tak dapat tukar kiri atau kanan)


Kekili spinning

Kekili jenis ini adalah yang biasa kita lihat digunakan oleh ramai pemancing.Kekili ini mudah dikendalikan dan harganya lebih murah.binaannya juga lebih ringkas.


Gambar kekili spinning.

Untuk melepaskan tali,kita cuma perlu membuka bail arm sambil jari telunjuk menahan tali sebelum melontar gewang.Kekili spinning lengan pengayuh dapat ditukar sama ada sebelah kiri atau sebelah kanan bergantung kepada keselesaan masing-masing.


Kelebihan dan kekurangan antara dua jenis kekili ini


1. kekili mendatar lebih mahal.

2. Kekili mendatar adalah mudah untuk melontar gewang kerana kita cuma perlu menekan butang melepaskan tali sahaja.tidak seperti kekili spinning yang memerlukan dua tangan untuk melontar gewang(sebelah tangan membuka bail arm,sebelah tangan memegang joran)
3. dalam keadaan kecemasan(contoh,ikan besar timbul di depan kita,kekili mendatar memudahkan kita terus melontar gewang ke kawasan tersebut dengan lebih cepat.
4. kekili mendatar talinya mudah kusut.perlu banyak latihan.


Tips dan panduan membeli kekili untuk casting


1. Pilih sama ada mahu menggunakan spinning atau kekili mendatar/baitcasting

2. Perhatikan kapasiti tali yang mampu dimuatkan.ini dapaat diperhatikan tertulis pada bahagian badan kekili.biasanya tertulis nisbah pound(lb) kepada ela(yard).Contoh, 12lb : 150yd.Ini bermakna kekili ini mampu memuatkan tali berkekuatan 12lb sepanjang 150 ela sahaja.

3. Beli kekili yang kecil saja.contoh saiz yang sesuai adalah antara bersaiz 500 hingga 2000.Kenapa?ini kerana dalam pancingan gewang,kita cuma mampu melontar gewang dalam jarak katakanlah 30m,tambah tali tambahan untuk menentang ikan dalam 20m.total keseluruhan panjang adalah 50m sahaja.jadi kenapa perlu beli kekili bersaiz sehingga 5000 dengan kapasiti tali sehingga 300m?bukankah itu satu pembaziran?saya sendiri menggunakan kekili bersaiz 1000 dan 500 sahaja.Berapa besar saz 500?bagi yang kaki pancing udang,mereka tau berapa besar saiz 500.


4. kekili yang mahal tak semestinya yang baik.yang penting,beli ikut kemampuan.


5.tentukan lokasi pancingan, sama ada memancing di sungai,kolam,laut,atau muara.jika memancing di air masin,pastikan kekili adalah tahan air masin.

Tips Pilih Joran 2


Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi ‘perkhidmatan’ terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya memancing anda. Samada untuk kegunaan memancing di laut, memancing di sungai, memancing di muara, memancing di tasik atau sebagainya
.

Bahan Alat memancing – Alat memancing, diperbuat dari gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya mempengaruhi gaya memancing anda. Jika anda memegang joran untuk memancing dalam jangka waktu yang lama atau ketika melakukan ‘casting’, joran yang sesuai adalah jenis joran memancing aksi ringan, supaya tangan anda tidak cepat lenguh.
Joran dari jenis karbon dan grafit adalah lebih ringan dan lebih mahal dari joran dari jenis gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 hingga ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran, anda hendaklah memeriksa cincin joran dengan teliti, kerana walaupun joran anda kelihatan baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak dimana ia boleh merosakkan tali pancing anda.
Bentuk cincin joran – Terdapat tiga jenis cincin yang boleh didapati :
Cincin joran berkaki tiga
Cincin joran berkaki empat
Cincin Joran berkaki tunggal
Didapati bahawa cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, dimana ia akan dapat mengikut lenturan joran, manakala jenis cincin joran berkaki empat tidak dapat berbuat demikian.
Pemegang joran – pemogan joran untuk memancing yang popular ialah dari jenis gabus dan  span. Pemegang gabus kelihatan sedap dipandang dan sudah tentu harganya lebih mahal sedikit dari jenis span.
Sekiranya anda memilih joran yang mempunyai 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu dan kukuh. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi ‘pop’ apabila ditanggalkan.

Tips Pilih Joran


Setiap kaedah dan lokasi memancing memerlukan kita menggunakan set pancing yang berlainan. Jadi sebelum kita menuju ke kedai pancing untuk beli barangan pancing terlebih dahulu kena pastikan apakah keadah dan dimanakah lokasi pancing yang anda hajatkan. Setelah pasti akan kaedah dan lokasi pancing barulah kita masuk ke kedai pancing dan ikutlah beberapa langkah ini:

1. Pastikan grip/handle joran tersebut sesuai dengan gengaman anda. jangan terlalu kecil atau terlalu besar. Elakkan dari handle yang licin. Perhatikan accesories spt line guide, reel seat dan gimble dalam keadaan baik.

2.Pilih panjang yang sesuai dengan jenis pancingan yang kita mahu. untuk pancingan pantai rod yang panjang diperlukan kerana perlu balingan yang jauh manakala untuk pancing dari atas bot rod 6' kebawah lebih sesuai.

3.Pastikan lenturan joran tersebut. apakah ia dari jenis fast action, medium fast action atau moderate. sekiranya untuk casting anda kena pilih fast action atau medium fast action manakala untuk laut pula moderate atau low action lebih sesuai.

4.Pilih paundage yang betul berpandukan keadah dan tempat juga spesis yang akan diduga. kalau untuk ikan monster tentulah 80lb-130lb dan begitulah seterusnya kalau untuk casting 8lb-12lb.

Tip & Nasihat

1.Kebanyakan kedai pancing menyediakan seorang yang mahir atau owner kedai itu sendiri dalam pemilihan peralatan dan boleh memberikan nasihat kepada anda. Anda perlu beritau beliau apakah keadah, lokasi dan species yang dicari pada beliau dan minta pendapat dari beliau.

2.kalau membeli barangan terpakai pastikan crack yang sangat halus pada joran. cuba perhatikan sebarang bunyi semasa buat ujian lenturan. retakan halus biasanya akan mengeluarkan bunyi bila lenturan dibuat.
Setelah semuanya memuaskan hati barulah beli joran tersebut.

3. biase tengok spine joran, betul x ngn kedudukan cincinnya sbb biase joran yg mass manufacture jarang mementingkan spine

4. jenis ring. sic or titanium frame ngn sic (silica carbide) jadi pilihan sebab ringan, kukuh dan tahan haba. ini salah satu faktor yg mempengaruhi berat sesuatu rod selain menjamin tali terutamanya tali tahan lama selain geseran yg minimun berbanding cincin biase. cuma masalahnya rod yg pakai sic ni paling kurang pun dah harga rm300 ke atas, apalagi titanium sic...

5. bahan buatan rod- jenis graphite, intermidiate modulus, high modulus

6. bahan buatan handle atau grip tu. sama ada EVA atau cork. EVA ade yg murah dan ada yg mahal, gtu jugak cork. ade banyak gred. nak senang tengok cork rod yg mahal vs cork rod murah.

Itu dari segi buatan ...kalau dari segi penggunaan, faktor panjang rod, jenis action dan poundage jadi kiraan

Satu lagi option yang saya tengok ialah rod tip action (fast, moderate, low dll) **minta dibetulkan kalo salah....
Kalau fast action biasanya jorannya lebih lembut dan ringan. dan kelenturannya juga tinggi (senang lentur) sesuai untuk main casting kalau low action biasanya untuk mancing laut ikan besar punya... joran lebih keras untuk pancingan laut dalam.
Nota:

fast action = joran melentur di bahagian atas sahaja
medium action = joran melentur dari atas hingga tengah joran.
slow action = joran melentur hingga ke bawah.

Selain action, aplikasi dan lain2......penting ialah material dan blank untuk kekuatan backbone. Contoh ambil 2 rod 7kaki, fast action. Pegang mendatar dan suruh member tarik hujung ke arah lantai. Kita boleh tengok backbonenye melentur.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Ikatan-ikatan Pancing





















Spesies Ikan dan Umpan-Umpannya

  Ini adalah senarai ikan dan umpan untuk menjeratnya;

1) Layaran - guna ikan kembung hidup, perambut 2-3 depa bawah belon yg di ikat longar agar ia terlepas apabila disentak layaran. Perambut sekurangnya 60lb mono, tali utama 40 -50lb.

2) Tenggiri - ikan kembung hidup atau mati dicangkup dekat mulut dari bibir bawah ke atas, kalau nak lagi mujarab tambah sesudu ala orang Kedah buat lepas tu tarik dengan bot pada kadar 2-4 knot. Guna dawai 30lb sekurang nya satu kaki panjang dari mata kail, kalau tidak habis, gigi tenggiri tajam macam gergaji. Tambah pemberat dua atau tiga depa dari mata kail agar umpan Kembung tenggelam di bawah air ketika menarik dgn bot. kalau tak nak tarik dgn bot, guna kaedah hanyut, tapi Kembung kena hidup dan pakai pelampung supaya ia berada di pertengahan air, jarak 3 depa dari pelampung ke umpan.

3) Jenahak - Umpan paling best sotong Kurita kalau boleh dapat, kalau tidak sotong biasa tapi yg hidup. Umpan nombor dua udang Lipan yg fresh atau hidup. Jenahak juga bantai jig.

4) Ikan Merah - umpan ikan potong atau jig.

5) Senangin - umpan ikan potong,ikan bulu ayam hidup, udang hidup, jig, Apollo di kawasan belat, saiz 16.

6) Kurau - sama dengan Senangin tapi tak main Apollo, anak Gelama hidup pun dia bantai.

7) Gerut - udang hidup, ikan potong

8) Tebal Pipi - sama dengan Gerut

9) Gelama - pumpun, udang, ikan potong, sotong

10) Sembilang - sama dengan Gelama

11) Duri - sama dengan Sembilang

12)Belitung - ikan hidup hanyut, gewang, sotong hidup

13) GT - popper, jig

14) Sagai - jig, udang hidup, bilis

15)Kerisi - sotong,ikan potong, udang mati

16)Kerapu - gewang selaman dalam, jig, sotong, udang, ikan potong

17)Pari - ikan potong, sotong dan udang

18)Siakap Merah - gewang selaman dalam, udang hidup, ikan potong, isi siput berkulit hitam

19)Pecah Periuk - kaedah hanyut ikan potong, sotong atau udang hidup

20)Ikan Todak Marlin - sama dengan Layaran, trolling guna skirt

Panduan Asas Trip Laut Dalam


Sedikit panduan dan nasihat tentang persediaan yang perlu bagi pemancing baru yg ingin pertama kalinya bertrip di laut dalam atau sudah pernah terlibat dalam trip seumpama tetapi belum benar-benar bersedia dan memahami syarat-syarat utamanya.

Berikut adalah persediaan asas diperlukan:

Kekili (reels):

Untuk Bottom:

Ada pelbagai pilihan, dari jenis 1 kelajuan (speed), dua kelajuan, dan kekili elektrik. bgi yang baru ada baiknya memilih kekili harga rendah dahulu, dari jenis 1 atau 2 kelajuan. Kekili yang disarankan yang walaupun amat murah tetapi terbukti kuat adalah seperti Tica ST - Harga sekitar RM420 dan Okuma Titus Gold - RM700. Kelebihan kekili ini ialah murah, kuat, ringan, dan laju dan tidak membebankan walaupun mengangkat batu ladung seberat 1 kilogram.

Untuk elektrik harganya agak mahal tetapi ada yg murah tetapi yg murah tak digalakkan kerana banyak masalah. Kekili elektrik yg disarankan adalah dari jenama terkemuka iaitu Daiwa dan Command. Bagaimanapun anda boleh juga mencuba kekili Banax Kaigen yang menjadi pilihan kerana kos murah tetap mencukupi untuk memancing di perairan Malaysia. Harga sekitr RM950.

Cuba elak beri reel berikut yg didapati amat bermasalah:

1. Daiwa Tanacom Bull 1000Fe (Biru Mudah) - selalu meter rosak.
2. Command CX5 - Selalu Jam
3. Shimano Electric Reel kcuali ZB - lemah dan perlahan, tiada kekuatan strike.

Command amat tak sesuai jika tidak biasa menggunakannya kerana ia melibatkan penggunaan butang. jadi reel ini sepenuhnya automatik dan seringkali jika kita tersilap kita akan kehilangan ikan. Untuk menghdapi masalah ini sila rajin bertanya kepada yg biasa menggunakannya.

Joran:

Mesti sesuai dengan saiz dan kekuatan kekili dibeli. Klau kecil elok gunkan rod lebih ringan poundagenya, misalnya 24lb. Jika besar elok digunakan yang besar dan sepadan, mungkin sehingga 80lb. Tapi untuk min di Pulau Pinang sudah cukup guna kekuatan sederhana.

Saya rekomen beli aje ugly stick, bengkok tau sangkut atau tarik macam mana sekalipun takkan patah, kecuali anda pemancing yang suka mematahkan rod. Ugly stick Tiger dipadankan dengan guide dan cincin Fuji sepenuhnya dan dijual dengan harga murah RM250-80. Warnanya tak cantik tapi lama-lama anda pasti berkena dengan perfomancenya yang luarbiasa. Saya tak galak anda membeli rod tertentu khususnya yang mempynyai hujung lembut tetapi pangkalnya keras dan tebal khususnya yg dibut drp graphite kerana ia mudah patah, antaranya ialah Maguro Blue Ocean dan Shimano Backbone. Rod ini kalau tersangkut besar kemungkinan 80% akan patah di hujung kerana ia keras dan dibuat drp graphite. Nak yg utuh pastikan rod dibuat drp E-glass atau campurannya seperti yang ada pada Ugly Stcik Tiger (lihat pada hujung rod ada warna putih macam plastik)

Rod bottom custom made patut dielakkan kerana selalu patah jika tidak kena buatannya walaupun cantik dan nampak kuat. Jika patah anda mungkin tak dapat rod ganti kerana selalunya custom made tak ada warranty.

Utk Jigging:

Digalakkan memakai kekili jenis mendatar (spinning) dan bukan menegak kerana di Pulau Pinang yang menegak (bentuk multiplier) susah dikendalikan dan tak sesuai digunakan untuk casting jig kecil, sebaliknya lebih sesuai untuk jigging jig besar 100gm ke atas. Bgaimananapun jika mahu juga mencuba, boleh gunakan kekili yg berharga sederna aseperti Torium, Ocea Jigger, Okuma Cedros dan Andros, tetapi mesti ingat joran yg sesuai untuk kekili menegak juga harus disediakan.

Kekili spinning selalunya lebih murah dan kurang masalah untuk mendapatinya kerana ia banyak di pasaran dengan pelbagai jenama. Ada yang murah seperti Tica Taurus, Penn Battle, Sargus, Fierce, Shimano Stradic dsbnya. Harga sekitar RM400-800. Tapi kekili Penn ini kelajuan tinggi tetapi amat berat dikarau, lebih sesuai dibeli jenis yg saiz kecil untuk casting bulu atau tenggiri sahaja. Yg paling direkomen untuk perfomance yg baik dan murah dan yg penting dengan kelajuan yg amat tinggi (utk reel kecil shj)iaitu 6.2.1 pilihan terbaik ialah Tica Taurus 3000H, dan jika ada wang baik memilih yg lebih gasak iaitu Twinpower 5000XG.

Joran:

Saya rekomen gunakan yang murah sahaja, tetapi kalau beli yang mahai lagi seoronok, dia punya bengkok dan keringanan memang diakui. Yg murah seperti jenama Lemax; e.g. Firestorm, Slim Max, Shino Amberjack yang terdiri drp rod campuran graphite dan e-glass manakala yang sederhan mahal ialah rod Shimano Jigwreck, Daiwa Saltiga, atau Shimano Jogbros yg baru keluar. Rod lemax adalah yg paling berbaloi kerana harganya murah sekitar RM100-300 dan elok dipilih jenis yg ada guide Fuji dan cincin FUji. Lemax banyak mengambil contoh rod mahal dan dibuat dengan persembahan yang cantik dan tahan lasak tapi ditawarkan harga rendah. Boleh dibeli di kedai-kedai TCE Tackle di Krystal Point, Bayan Baru.

PE sesuatu rod haruslah disesuaikan dengan sasaran. Saya sarankan untuk Pulau Pinang beli yang PE rendah dan lembut, iaitu PE1-3. Jogbros ada keluarkan PE yang lebih baik iaitu PE1.5-4 yng sesuai untuk menentang ikan pelnagai saiz kecik dan sederhana dan rod ini amatlah ringan dan cantik.

Harga rod tersebut sekitar brikut:

1. Shino Amberjack RM350
2. Lemax Stormfire RM130
3. Lemax Slimmax RM300-400
4. Shimano Jigwreck - sudah naik harga RM650-700
5. Daiwa Saltiga - RM300-450
6. Shimano Jogbros - RM600

Peralatan Lain:

Tali sulam:

Sediakan yg sesuai dengan perairan kita. Untuk bottom kalau mahu selamat dan tidak putus jika kena ikan kecik ikan besar ialah yang mempynyai kekuatan PE5/50LB ke atas. Paling ideal 60LB. warna disarakan hijau gelap (green moss) yg terdiri drp jenama Sufix dan Power Pro. tak digalakkan beli yang kurang tahan dan cepat mengembang seperti Xzorga dan Fireline. Harga tali sulam agak mahal tetapi berbaloi jika dibandingkan dengan tali mono kerana selain tali sulam agak senang memotong arus air yg boleh menyebabkan tali terapung, ia juga tidak mempunyai memori yg membolehkan ia tahan lama jika dijaga dengan baik. Anda boleh juga menggunakan tali PE yang berwarna warni untuk bottom tetapi tali ini walaupun lebih lasak tetapi harganya agak mahal di pasaran.

Tali jenis PE sebenarnya dibuat untuk aktiviti jigging/popping. Warna yang pelbagai adalah untuk memudahkan kita menanda ukuran kedalaman atau panjang tali dikeluarkan dan menentukan jarak tarikan ikan. Jika dibandingkan dengan bottom, tali berwarna warni untuk jigging tida akan menakutkan ikan jadi bolehlah anda membeli pelbagai warna mengikut kesukaan anda. Saya sarankan untuk merasai tarikan ikan, anda hanya menggunakan peralatan ringan dengan tali yg PEnya nipis dan smooth jika dilepaskan dan ini menyeronokkkan kerana kita lebih senang melepas dan mengarau tali dan kurang rasa tegangan. PE yang disarankan ialah sekadar PE30 sahaja dengan tali yang selalu saya pakai amat berkesan dan halus diameternya ialah tali SUFIX (kuning) harganya sekitar RM170 untuk panjang 300 meter. Jika guna PE yang tebal, jig akan terasa lambat jatuh dan terkeluar drp sasaran yg dituju dan masa diambil untuk jig jatuh ke dasar terasa begitu lama.

jangan beli tali bottom untuk jigging kerana ia tidak diperbuat untuk tugas itu. Elok elakkan drp membeli tali tanpa jenama kerana ia mungkin cepat putus. Elakkan juga membeli jenama PowerPro yg murah kerana ia tiruan dan walaupun murah sedikit tapi memang sah senang putus. Anda juga harus mengelakkan drp membeli tali berwarna putih e.g spider dll atau yang berselang seli dengan warna putih kerana ia amat jelas kelihatan dalam air dan menakutkan ikan. Tapi jika mahu mencuba juga saya tidak mahu melarang. Sebelum ini saya dah test dan tali putih itu dah diberikan percuma shj kepada pemancing lain.

Perambut:

sediakan perambut untuk bottom dan jigging. Perambut bottom elok sedikit tebal dan kekuatannya untuk Pulau Pinang antara 50-60LB. Paling baik gunakan permbut Siam wara Biru yang dijual di Thai dengan harga RM3.00 segulung. Memang tahan dan cepat kena ikan. Lain-lain yang sesuai ialah perambut (elok berjenama) Asso, Sufix, Lemax, Seahawk Tali Hantu dll yang murah tetapi tahan lasak sama ada drp jenis flurokarbon atau tidak.

Jangan gunakan tali perambut berwarna, elok gunakan yg jernih atau berwarna biru shj yang kurang jelas dalam air. Panjang perambut untuk bottom di Pulau Pinang antara 2.5 depa hingga 4 depa bergantung kepada jarak pemancing atas bot dan kedudukan depan atau belakang serta jenis lubuk.

Perambut umumnya kita gunakan 2 jenis, iaitu perambut utama dan perambut bercabang. Perambut utama selalunya lebih tebal dan diikat bersama cili pada tetanduk besi, hujungnya disediakan satu lagi cili (bentuk 8) untuk mengikat perambut kedua. Perambut bercabang sesuai untuk umpan ikan potong dan digunakan untuk ikan jenahak atau ikan karang, tetapi jika memancing ikan lebih besar elok digunakan perambut kedua jenis selari dengan dua mata kail diikatkan. Perihal perambut susah nak diterangkan kecuali semasa anda berada di atas bot.

Perambut jigging boleh guna yang lebih nipis sekitar 30-40LB untuk light jigging dan 50-60Lb untuk medium light jigging yg biasa di Pulau pinang. panjang perambut jigging adalah sekita 3-4 depa dan penggunaan perambut penting kerana kadangkala anda tidak pasti ikan jenis apa menerkam jig dan bila pula jig yg dikarau sampai ke permukaan air. Ikatan sesuai untuk sambung antara tali sulam dengan perambut mono shockleader ialah ikatan FG knot. (boleh lihat sample di bhg teknik ikatan).

Perbincangan selepas ini khusus utk pancingan dasar shj..

Mata Kail:

Mata Kail juga amat penting jika memancing di laut dalam. Sesiapa yg tadak mata kail memang boleh dianggap sebagai HNATU BONCENG kerana ia akan sentiasa perlu meminjam dan meminta mata kail orang lain walaupun yg kecil saiznya tetatpi kini amat mahal di pasaran, kadangkala boleh mencecah sehingga 5 seketui.

Jadi belilah sendiri dan sentiasa bawa mata kail dan letakkan dalam kotak pancing yg mempunyai banyak compartment. Kotak yang banyak ruang untuk mata kail bertujuan untuk kita bubuh pelbagai saiz mata kail, dari size 2-3 untuk ikan kecil dan jenahak hingga saiz sebesar 5-7 untuk ikan besar dan 7-10 untuk kerapu menggunakan umpan ikan tongkol seekor atau kerisi seekor.

Mata kail yg disranakan jenis Gamakatsu dan Mustad, tetapi jika mahu yang murah boleh beli jenis Daichi cuma Daichi tak tahan karat dan jika terkena air, hanya boleh digunakan sekali sahaja. Saya cerikan mata kail ini untuk kegunaan pancingan dasar, tetapi sebenarnya mata kail pancingan dasar boleh juga digunakan untuk acara jigging. Ini kena belajar atas bot nanti.

Tanduk:

Tanduk berfungsi untuk menghalang tali perabut dan umpan drp 'panjat pokok' dan terbelit kepada tali sulam menyebabkan kita menunggu ikan maka seangkan ikan pasti tidak berminat kepada umpan yg terbelit pada tali. Akibatnya jadilah macam kes menunggu bini orang atau menunggu durian runtuh. Ini bermakna tanduk amat penting sebagai sebahagian drp aksesori lengkap peralatan pancing dan semasa memancing. Biasanya tanduk mempunyai pelbagfai jenis dan ragam, ada diperbuat drp besi dan ada diperbuat drp tanduk yg betul!

Yg pasti kita mesti beli tanduk sesuai dengan lubuk dan keadaan air. Jika lubuk dalam dan keadaan air itu laju, mungkin tanduk pendek sudah memadai, kerana tak ramai sukakan tanduk yang panjang sedepa. Tapi jika arus mati dan lubuk pula dalam, maka tanduk yg panjang digalakkan seafdalnya separuh depa. Ini bertujuan mengelakkan air mati mendorong kes-kes 'umpan panjat pokok' terutamanya jika kita melepaskan tali utama dengan kadar yang begitu cepat. Saya sarankan alang-alang kita beli aje tanduk panjang kerana tanduk panjang boleh digunakan pada bila-biula masa dan di mana sahaja tanpa sebarang masalah ketika arus laju atau mati. Tapi panjang tuh biarlah releven, jangan pula memancing di Jerajk tapi tanduk sedepa!

Batu ladung:

Batu ladung aba pelbagai berat, tapi jika anda berminat nak menduga lubuk Pulau Pinang, berat yg selalu digunakan dan yg menjelaskan waktu ikan makan ialah apabila size 24/720/sekilogram digunakan. Ini kerana arus air laut di Pulau Pinang memang laju dan waktu terbaik memancing ialah ketika air sederhana di mana diperlukan batu 24 digunakan dalam keadaan pancingan akan menjadi berbentuk ayor sendeng lomang.

Kadangkala batu kecil diperlukan ketika arus mati dan batu yg lebih berat diperlukan ketika arus betul-betul, jadi pelbagaikan saiz batu apabila membeli. Anda bolehlah sediakan banyak batu saiz 24 iaitu sekitar 5 biji, manakala sediakan juga paling minimun seketui batu saiz 32/820 dan pbatu saiz 12 dan 18. Kadangkala semasa trip kita berhenti untuk memancing ikan umpan jadi batu yang mungkin jauh lebih kecil akan disediakan. Jadi sediakan batu secukupnya dan jangan berharap kepada batu ladung semulajadi anda sendiri!

Selain di atas, sediakan juga beberapa perkara berikut:

1. Cili-cili dua jenis iaitu bentuk 8 dan cili yang ada butang boleh buka dan tutup. Keduanya perlu ada dalam pelbagai size, dari g sekecilnya untuk main bulu dan spiner tenggiri hingga kepada saiz dan poundage yang besar dan kasar untuk menentang kerapu besar, anda boleh bertanya kepada tuan kedai jika tak pasti mana yg perlu. Jenama sekarang ini tak penting tetapi perlu dilihat kepada kekuatan cili tersebut. Belilah dalam beberapa paket mengikut jenis dan kekuatannya yang berbeza untuk tujuan berbeza.

2. Tali pengikat joran/kekili juga perlu untuk ikat rod dan kekili supaya jika jatuh tak terus kita berputih mata. Sediakan tali pukat (putih) yang sederhana kasar dalam dua depa.

3. Pisau untuk memotong umpan. Jangan meminjam kerana ia menyebabkan susah tuan punya pisau tercari-cari untuk menggunakannya. Pisau fillet ygt tajam dan berjenama Rapala ada dijual murah dikedai Adam dengan harga RM20 sahaja, boleh pesan dr saya. Pisau ini penting untuk memotong umpan ikan jika memancing menggunakan hirisan ikan atau sotong.

4. Loceng untuk digunakan ketika waktu malam supaya kita tak perlu sentiasa perhatikan joran sepanjang masa di atas bot untuk melihat kalau-kalau ikan sudah meragut umpan, kerana ini mempercepatkan proses mabuk kita dan masuk angin. Letakkan loceng di huung rod yang akan berbunyi sebaik sahaja ikan meragut umpan, tetapi elok dimodified agar loceng tadi tidak terus dikepit pada badan rod yang boleh melukakan rod yang mendorong ia cepat patah. Paling tidak elok di alaskan badan rod dengan pelekat wayar (hitam) dahulu sebelum disangkutkan loceng.Jika berminat, and a boleh memesan loceng jenis sesungut yg saya buat sendiri di rumah atau anda boleh belajar membuatnya sendiri krn ia amat senang.

5. Spinner tenggiri - perlu beli atau modified dan bawak yang siap untuk casting tenggiri jika ia dah masuk

6. Gewang untuk trolling, akan drift jika ada GT

7. Dawai sebagai perambut untuk ikan Siakap Merah atau Gt atau Alu-Alu dan untuk tujuan trolling.

8. Candat sotong jenis Yozuri atau Yamashita, warna putih kelabu atau pink seberat paling baik 2.5-3.0 (batu pemberat candat). jangan gunakan candat mayat di Pulau Pinang kerana sotong di sini tak minat kepada candat tersebut.

9. Topi untuk menahan cahaya matahari

10. Cermin mata hitam untuk mehana sinar matahari.

11.Akhir sekali tetapi bukan akhirnya ialah anda juga kena sediakan Life jacket..yg nih semua org tahu apa kepentingannya.

Bagaimana nak sediakan set pancingan dasar yg betul:

Setelah semua tadi dah lengkap, barulah boleh berkira-kira untuk memancing. Tetapi ada pelbagai risikonya juga bagi kaki baru. Hal ini boleh anda rujuk melalui tulisan saya di sini...sekadar memberi ingatan bahawa memancing banyak risiko dan banyak karenahnya, selain drp karenah dicabar oleh KDN sendiri hahaha...

www.utaraanglers.com/articles/35-memanci...m-apa-persiapan.html

Bagi menyediakan semua peralatan tadi menjadi satu set gandingan pancingan dasar yang kemas dan sempurna (ingat kesempurnaan adalah jaminan segalanya), maka pemasangan berikut adalah perlu dan dilakukan dengan cara yang paling halus dan penuh pengamatan;

1. Mulakan dengan meletakkan sedikit grease pada spool kekili anda untuk elakkan ia dirosakkan air masin.

2. Setelah itu, masukkan tali utama iaitu tali sulam. Harap jangan gunakan mono untuk pancingan dasar kerana mono susah memotong air dan mudah reput. Kalau anda menggunakan mono dan berada di depan bot semasa memancing, anda mungkin akan menjejaskan aktiviti pancingan orang lain. Guna tali mono (putih atau biru atau hijau) hanya untuk aktiviti casting tenggiri atau trolling.

3. Tali utama yg dimasukkan tadi mesti dipastikan disambung dengan sedikit tali mono atau tali rafia untuk mememunhkan ruang spool jika tali sulam anda tidak cukup tebal atau spool terlalu besar. Ia juga berfungsi untuk memberi lebih jaminan kepada spool anda agar tidak sedikit pun terjejas oleh air masin. Ikatan antara tali mono dengan tali tambahan untuk spool tadi adalah melalui ikatan double uni-knot atau ikatan lain yg boleh dirujuk di sini..
www.utaraanglers.com/forum/8-teknik-dan-...katan-pancingan.html

4. Pastikan sebelum tali utama dimasukkan anda dah memasukkan atau memasang alat pengikat reel (clamp) ke dalam bhg reel kerana sesetengah reel kadangkala clamp hanya boleh dipasang sebelum spool dimasukkan tali. Semasa tali utama dimasukkan dan dikarau ia hendaklah disusun kemas jika tiada line guide pada kekili melalui jari anda dan pastikan tali dimasukkan dengan tegangan yang cukup. Ini penting untuk memastikan tali sulam itu nanti jika terkena ikan yg berat atau perlu mengangkat ladung berat tidak akan jerlus ke dalam ikatan induk dan akhirnya tersimpul dengan tali dalam spool. Pastikan tali yg dimasukkan itu dalam susunan yang kemas dan apabila ditekan, ia terasa keras menandakan ia telah disusun dengan tegangan yang baik.

5. Selepas semua tali memenuhi spool, elakkan hujung tali utama daripada terus dikarau sebaliknya tahan dahulu supaya ia tidak melepasi line guide anda khususnya bagi reel yg mempunyai line guide dan kekili elektrik. Ini penting kerana jika tali utama dikarau terus sehingga melepasi line guide, besar kemungkinan susunana tali tidak akan sama dengan kedudukan line guide anda dan ia boleh merosakkan line guide mahupun tali jika nanti anda gunakannya untuk mengangkat bebanan yg berat (e.g batu ladung atau ikan). Hujung tali utama yang dibiairkan di luar drp line guide perlu diikat dua lapis dengan cara berpintal dan berbentuk bulatan 0 dan selepasnya diikat dengan cili yang mempunyai klip kunci. Ini dapat pastikan hujung tali tidak terlepas masuk ke dalam spool dan cili yg dimasukkan ke dalam ikatan 0 itu akan senang disediakan nanti untuk diletakkan pada tanduk.

6. Sediakan ini di rumah, selain sediakan juga perambut utama siap dengan hujungnya dipasang kedua-duanya dengan cili sepanjang 2.5-3 manakala perambut bercabang pula siap diikat mata kail dan diletakkan hujung atas dengan cili bulat bentuk 8. Saya akan masukkan nanti gambarnya jika mampu...Semua urusan mengikat perambut dan mata kail harus disiapkan sebanyak mungkin di rumah lalu dimasukkan dalam file (e.g. file CD) supaya senang kita menggunakannya apabila diperlukan nanti. Saya memanggil kaedah ini sebagai clipping system (ntah sebutan tuh betul atau tak) kerana semasa atas bot nanti anda hanya perlu bukak dan kunci klip aje dari tali utama kepada tanduk, perambut utama dan seterusnya perambut kedua. semuanya siap dengan klip dan senang juga untuk dibuka semula. Semuanya penting disiapkan di rumah kerana sesetangah pemancing tidak mampu mengikat atau membuatnya di atas bot terutama jika dalam keadaan pening atau bot sedang dilanda alun dan ikan pula sedang makan dengan rakusnya. Aspek masa ketika itu amat penting.

Mancing Laut Dalam



 


APA PANCING LAUT DALAM

Pancing laut dalam boleh ditakrifkan di sini apa-apa kegiatan dan bentuk teknikal pancingan yang menggunakan lubuk di laut yang jauh dari pantai dengan jarak melebihi daripada paras pandangan mata, paling tidak dlm 10 batu. Itu takrifan saya. Selalunya pancingan laut dalam melibatkan penggunaan alatan berat yang tidak sama dengan peralatan di laut cetek dan pancingan ringan di pulau-pulau atau muara. Ia juga melibatkan sasaran ikan yang jauh lebih besar dari segi saiznya dan juga bentuknya. Pancingan laut dalam juga selalunya menggunakan bot dalam saiz yang sesuai untuk pancingan berat yang melibatkan beberapa pemancing dengan jarak, kesesuaian alatan, bot yang tertentu, yang mempunyai kemudahan-kemudahan yang tertentu pula dan masa yang lebih lama, dari semalaman hingga boleh menjadi lebih seminggu di atas bot. Peralatan pancingan pantai atau kolam umumnya tidak sesuai digunakan untuk trip memancing laut dalam walaupun dalam keadaan tertentu ia boleh diselaraskan dengan jenis dan bentuk pancingan yang tidak memerlukan penggunaan alatan berat. Yg dimaksudkan di sini kekili pancingan pantai yang ringan tidak begitu sesuai kerana ia dari segi badan, cat, kekuatan dan fizikalnya hanya sesuai digunakan di air tawar atau laut tohor atau di tepian pulau kerana barangkali tidak berupaya menjalankan fungsi sesuai di lautan dalam, misalnya untuk mengangkat batu ladung seberat setengah kilo khususnya untuk rod kelas ringan dan reel jenis spinning.

Antara alatan yang digunakan untuk memancing laut dalam ialah kekili (manual atau elektrik), rod saiz sederhana (menegak atau mendatar), tali sulan (pelbagai saiz dari 20-100 paun), batu ladung, mata kail, dan sebagainya. Peralatan yang lengkap adalah satu keperluan untuk memastikan hasil yang baik dan kita tidak kempunan kerana terpaksa menunggu dan melihat hasil hanya dikaut orang lain sahaja.

 


KENAPA PERLU PERALATAN YANG SESUAI

Umpama peninju dari sekolah rendah mahu bertarung dengan Mike Tyson atau bahkan Dr. Barra, ia adalah tidak setara. Maksudnya di sini penggunaan alat biarlah sempurna dan sepadan. Kesempurnaan alatlah sayarat utama pancingan yang Berjaya dan sempurna. Penggunaan dan kesempurnaan alatan selalunya berkait rapat dengan hasil yang berbaloi dan pancingan yang efektif. Ini boleh dilihat dari beberapa sudut.

Selalunya kekili sesuai untuk pancingan laut dalam adalah reel dari jenis multiplier, sama ada dari kelas yang sederhana atau berat. Antara reel tersebut ialah Penn, Tiagra, Tica ST, Okuma, dan lain-lain (akan diupdate semula). Mutakhir ini ramai mua berubah kepada penggunaan kekili elektri dalam kelas yang agak berat yang sesuai untuk memancing dalam apa saja keadaan di laut dalam. Antaranya ialah Daiwa Megatwin dalam pelbagai saiz, Daiwa Tanacom, Shimano Beastmaster, Command CX4-CX10 dan sebagainya. Penggunaan mesin berkapasiti berat dan berkekuatan yang dapat menarik ikan bersaiz sebesar 20kg adalah keutamaan memenadangkan ia sesuai digunakan di laut dalam yang memerlukan penggunaan sqaiz ladung yang berat (seberat sampai 1-2kilo). Penggunaan kekili ini lebih menyenangkan dan kurang beri beban kepada pancingan yang memakan masa lama dan lubuk yang baik kerana kita tidak memerlukan tenaga dan masa lama untuk proses menurunkan umpan atau menaikkan ikan. 

 


Kekuatan reel perlu dipastikan dari sudut kemampuannya menaikkan ikan kerana kadangkala berlaku kes ikan besar tidak dapat dinaikkan kerana rod dan kekili tak sesuai. Ini pernah dilalui oleh saya sendiri kerana kecenderungan menggunakan rod kelas ringan untuk tujuan merasai karan yang lebih menyebabkan akhirnya berlaku kes kempunan ikan dapat menarik mata kail memasuki karang atau kapal dan memutuskan tali. Penggunaan kekili yang sempurna akan menjamin ikan saiz besar atau kecil dapat dinaikkan, dalam konteks kekili elektrik melalui cara yang lebih mudah, cepat dan amat berkesan. Kekili elektrik juga sesuai digunakan ketika kta terpaksa memancing dalam keadaan mabuk laut atau keletihan atau sekiranya alun sedang kuat atau arus sedang laju yang memerlukan kerja keras dan perhatian sukar diberikan kepada pancingan. Semua kekili di atas merupakan kekili yang mempunya kelajuan sekitar 2-4 ratio shj kerana dengan kelajuan itu sahaja reel ini sesuai dan akan dapat menarik batu ladung dan ikan dengan kekuatan yang baik. Semakin laju kekili maka semakin lemahlah daya tarikannya. Reel berdual speed seperti Daiwa Megatwin mampu menyesuaikan keadaan pancingan di mana ia akan menggunakan kelajuan untuk menarik dan memeriksa umpan manakala jika ia terpaksa menghadapi ikan besar, ia boleh mengubah kelajuannya kepada mode power dengan ratio yg lebih rendah dan hasilnya ikan berbelas kilo dapat dinaikkan dengan mudah tanpa perlu adanya kawalan manual. 

Reel yg disarankan dan terbukti kuat: 

Manual = Tica ST (single speed – digunakan di Burma menari ikan bersaiz sekitar 20kg), juga sesuai utk trolling dan pancingan ringan kerana saiznya yang kecil). Reel tica 2speed bermasalah dan sering rosak ketika menarik ikan besar. Reel Shimano Tiagra pula mempunyai dua speed tetapi speed mode kelajuan jarang dapat digunakan kerana begitu berat dan langsung tidak mampu menarik batu ladung walaupun seberat sekil berbanding dengan Tica ST. Reel lain – Okuma Titus Gold 2speed, Accurate bottom, dan apa-apa jenis reel conventional dan yang mempunyai lever drag seperti Trinidad, Tekota, TLD dan sebagainya yang merupakan reel bottom dan bukannya jigging (multiplier jigging reels) yang mempunyai ratio tinggi kerana reel jigging menyebabkan kita merasa beban menaikkan batu ladung atau reel. 

Kelili yang sesuai perlu selaras dengan penggunaan rod yang sesuai. Rod yang sesuai adalah terdiri daripada rod saiz sederhana berat hingga heavy dengan kekuatan 30-80 paun. Terpulanglah kepada jenis lubuk dan saiz sasaran yang disasarkan. Rod yang keras dapat menarik ikan dngan mudah tanpa sebarang masalah sama ada ian kecil atau besar, tetapi feelnya tidak akan dirasai dan dinikmati sepenuhnya. Ini hanya sesuai utk mereka yang memancing untuk membawa balik ikan berbading dengan mereka dalam kategori sportfishing angler. Rod yang terlalu lembut pula, dan mutakhir ini yang terlalu panjang akan memberi lebih feel, tetapi tak begitu sesuai digunakan untuk menarik ikan yang lebih besar. Misalnya kadangkala kerapu besar lebih Berjaya dalam perlawanan menggunakan rod lembut dan panjang di mana ia boleh menarik umpan memasuki struktur untuk menelamatkan diri. Keadaan ini sering berlaku dalam mana-mana trip. 

 


Batu ladung yang sesuai digunakan bergantung kepada keadaan lubuk iaitu arus dan dalamnya sesuatu lubuk. Jika dalam dan arusnya laju, maka batu bersaiz besar perlu digunakan. Umumnya saiz yang sesuatu untuk aktiviti pancingan laut dalam di Pulau Pinang ialah antara 16-24 (sekilo setengah). Penggunaan batu ladung yang tidak sesuai akan menyebabkan umpan tidak dapat disasarkan tepat kepada lubuk ikan dan hasilnya menyebabkan ikan kurang berminat menerkam umpan. Selalunya anda digalakkan membiarkan batu ladung terus melekat ke dasar lubuk untuk hasil pancingan dasar yang lebih efektif kerana kebanykan ikan meragut umpan di dasar. Baru ladung juga tidak boleh dibiarkan dalam keadaan melompat-lompat ketika bot menahan asakan alun tinggi rendah kerana keadaan batu tersebut menakutkan ikan dan menyebabkan umpan tidak berani diusik.

Tali sulam adalah satu lagi elemen penting pancingan laut dalam. Apa guna jika memancing tanpa menggunakan tali sulam meskipun kita mempunyai alternative lain seperti tali mono. Tali mono sudah jarang digunakan pada hari ini kerana reel yang semakin kecil sesuai dengan perubahan teknik pancingan dan tali sulam yang lebih baik kerana boleh memotong air lebih baik dan memastikan umpan duhulur tidak ditolak jauh dari lubuk ikan. Tali sulam banyak di pasaran tetapi hati-hati membelinya kerana ada yang tidak sesuai. Ukuran yang baik untuk kebarangkali mendapat ikan tanpa menjejaskan atau kemungkinan tali putus ialah 50-80 paun. Ketebalan tali utama tidak penting kerana ikan bukan dipengaruhi sangat oleh tali utama tetapi perambut yang memegang umpan.

Tali disarankan = 50lb-80lb untuk setiap reel dengan kepanjangan (bergantung kepada kapasiti reel) yang sesuai iaitu 300-800meter atau lebih panjang. Jenis yang baik ialah tali berwarna warni seperti Varivas dll kerana warna dan keadaan yang tahan luntur dan putus. Tali lain ialah power pro, stren, spider dsbnya yang berwarna moss gren atau dark green. Tali berwarna kunign atau merah mudah luntur dan pendek meorinya dan ini menrugikan dalam jangka masa panjang.

Tali perambut

Tali perambut yang sesuai ialah yang berwarna biru atau putih yang agak sepadan dengan warna air laut dan kurang menimbulkan was-was ikan yang sensitif. Perambut murah yang boleh didapati di Siam adalah amat direkomenkan. Ketebalan perambut atau kekuatanna yang sesuai untuk pancingan di PP adalah sekitar 50-80lb sahaja, manakala di tempat yang mempunyai ikan lebih besar seperti di Burma Bank kekuatan boleh mencecah 150-200lb. Panjang yang sesuai adalah antara 2.5 hingga 4 depa, tetapi ada juga yg menggunakan sehingga 8 depa sekiranya itu tidak menganggu pemancing lain. Perambut panjang penting kerana semakin panjang perambut ia dapat menghilangkan tekanan batu ladung yang tergantung dan menhyebabkan ikan tidak merasai keberatan dan pergerakan batu, khususnya bagi ikan yg suka menguj keselamatan makanannya seperti jenahak. Terdapat beberapa jenis teknik ikatan perambut atau persembahannya, tetapi yang sering digunakan di PP ialah jenis perambut bercabang dua mata kail untuk ikan kecil dan sederhana dan ikatan selari satu atau dua mata bersaiz besar untuk sasaran ikan yg lebih besar. 

Mata kail

Saiz dan ketebalan mata kail amat enting, tetapi yang lebih penting ialah ketajamannya. Saiz yang sesuai bergantung kepada ikan sasaran. Jika memburu jenahak dan ikan sebayanya mata yg digunakan sekadar bersaiz 2-3 sahaja sudahpun memadai, manakala untuk ikan besar saiz 5-7 digalakkan untuk umpan besar. Mata yang besar kurang menarik ragutan ikan manakala mata kecil akan mudah dibengkokkan atau tidak dapat melekat pada mulut ikan yang besar. Mata yang digalakkan ialah gamakatsu yang kuat dan tajam. Ianya juga sukar berkarat berbanding dengan jenis yang lebih tajam dan murah iaiaut Daichi yg mudah berkarat dan hanya digunakan pakai buang sahaja. Menggunakan mata kail yang mahal adalah berbaloi kerana ini menentukan kejayaan pancingan kita.

Batu ladung dan tanduk

Batu ladung yang lebih sesuai ialah yang dapat memastikan keadaan tali pancing dalam posisi 'sando lemang'. Itu bermaskud dlm ukuran sekitar 45 darjah menurun ke laut. Jika terlalu tegak dan terlalu landar ini menandakan batu ladung terlalu besar atau terlalu kecil dan harus ditukar. Penggunan batu ladung yang sesuai dapat memastikian kesimbangan antara tarikan karan pancingan dan kesempurnaan umpan terdampar di lubuk untuk mensasarkan ikan yang meargut umpan di dasar. Penggunaan batu ladung di PP adalah antara 16-32 bergantung kepada air. Batu ladung perlu dipasang pada sesuatu tanduk untuk membolehkannya berfungsi. Tanduk yang sesuai pula ialah yang lebih panjang sekitar 1/3 depa agar dapat mengelakkan tali perambut tersangkut, berpintal dan menjalar ke atas tali sulam sekiranya air mati/tiada arus. Di PP tanduk plasti atau besi boleh digunakan dan tidak menimbulkan sebarang masalah.