Ahad, 12 Ogos 2012

Tips Memilih Kekili

 Apabila membeli kekili maka senarai berikut perlu diberi perhatian - harga yang kita sanggup bayar atau sesuai dengan bajet, jenis kekili sama ada terbuka atau multiplier, jenis lokasi atau lapangan padang pancing, had kekuatan sistem tegangan (max drag), had muatan tali, bahan binaan asas terutama sistem gear, berat kekili, berapa banyak alas bebola terutama jenis tahan karat, kalis air ( sebaiknya), anti-reverse (anti pembalikan), kelancaran pergerakan melalui ‘testing’, bunyi sistem penggera - biar nyaring dan sedap didengar, sistem kekunci tegangan depan (belakang kurang sesuai), alat ganti mudah dan pusat servis serta khidmat pelanggan berdekatan.

Terdapat 2 jenis kekili yang utama dalam dunia pancingan menggunakan gewang.Kekili tersebut adalah:

1. Kekili mendatar/Baitcasting

2. kekili spinning

Kekili mendatar

Kekili mendatar adalah kekili yang mempunyai binaan yang lebih canggih seperti mempunyai centrifugal brake,magnetic brake,flipping switch dsb.menggunakan kekili ini juga memerlukan kemahiran kerana masalah seperti tali kusut sering berlaku.kekili jenis ini tidak digalakkan untuk beginner dalam dunia pancingan gewang.saya sendiri juga walaupun sudah lama menggunakan kekili jenis ini,kadang2 masalah tali kusut tidak dapat dielakkan.


Contoh kekili mendatar dan cara memegang yang betul


Gambar centrifugal brake


Gambar megnetic brake


Gambar butang pelarasan spool.



Gambar thumb bar(butang melepaskan tali)


Gambar switch release(butang melepaskan tali jugak)

Kekili mendatar biasanya dibuat dengan pengayuh sama ada sebelah kanan atau kiri sahaja.(tak dapat tukar kiri atau kanan)


Kekili spinning

Kekili jenis ini adalah yang biasa kita lihat digunakan oleh ramai pemancing.Kekili ini mudah dikendalikan dan harganya lebih murah.binaannya juga lebih ringkas.


Gambar kekili spinning.

Untuk melepaskan tali,kita cuma perlu membuka bail arm sambil jari telunjuk menahan tali sebelum melontar gewang.Kekili spinning lengan pengayuh dapat ditukar sama ada sebelah kiri atau sebelah kanan bergantung kepada keselesaan masing-masing.


Kelebihan dan kekurangan antara dua jenis kekili ini


1. kekili mendatar lebih mahal.

2. Kekili mendatar adalah mudah untuk melontar gewang kerana kita cuma perlu menekan butang melepaskan tali sahaja.tidak seperti kekili spinning yang memerlukan dua tangan untuk melontar gewang(sebelah tangan membuka bail arm,sebelah tangan memegang joran)
3. dalam keadaan kecemasan(contoh,ikan besar timbul di depan kita,kekili mendatar memudahkan kita terus melontar gewang ke kawasan tersebut dengan lebih cepat.
4. kekili mendatar talinya mudah kusut.perlu banyak latihan.


Tips dan panduan membeli kekili untuk casting


1. Pilih sama ada mahu menggunakan spinning atau kekili mendatar/baitcasting

2. Perhatikan kapasiti tali yang mampu dimuatkan.ini dapaat diperhatikan tertulis pada bahagian badan kekili.biasanya tertulis nisbah pound(lb) kepada ela(yard).Contoh, 12lb : 150yd.Ini bermakna kekili ini mampu memuatkan tali berkekuatan 12lb sepanjang 150 ela sahaja.

3. Beli kekili yang kecil saja.contoh saiz yang sesuai adalah antara bersaiz 500 hingga 2000.Kenapa?ini kerana dalam pancingan gewang,kita cuma mampu melontar gewang dalam jarak katakanlah 30m,tambah tali tambahan untuk menentang ikan dalam 20m.total keseluruhan panjang adalah 50m sahaja.jadi kenapa perlu beli kekili bersaiz sehingga 5000 dengan kapasiti tali sehingga 300m?bukankah itu satu pembaziran?saya sendiri menggunakan kekili bersaiz 1000 dan 500 sahaja.Berapa besar saz 500?bagi yang kaki pancing udang,mereka tau berapa besar saiz 500.


4. kekili yang mahal tak semestinya yang baik.yang penting,beli ikut kemampuan.


5.tentukan lokasi pancingan, sama ada memancing di sungai,kolam,laut,atau muara.jika memancing di air masin,pastikan kekili adalah tahan air masin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan