Ahad, 12 Ogos 2012

Tips Pilih Joran


Setiap kaedah dan lokasi memancing memerlukan kita menggunakan set pancing yang berlainan. Jadi sebelum kita menuju ke kedai pancing untuk beli barangan pancing terlebih dahulu kena pastikan apakah keadah dan dimanakah lokasi pancing yang anda hajatkan. Setelah pasti akan kaedah dan lokasi pancing barulah kita masuk ke kedai pancing dan ikutlah beberapa langkah ini:

1. Pastikan grip/handle joran tersebut sesuai dengan gengaman anda. jangan terlalu kecil atau terlalu besar. Elakkan dari handle yang licin. Perhatikan accesories spt line guide, reel seat dan gimble dalam keadaan baik.

2.Pilih panjang yang sesuai dengan jenis pancingan yang kita mahu. untuk pancingan pantai rod yang panjang diperlukan kerana perlu balingan yang jauh manakala untuk pancing dari atas bot rod 6' kebawah lebih sesuai.

3.Pastikan lenturan joran tersebut. apakah ia dari jenis fast action, medium fast action atau moderate. sekiranya untuk casting anda kena pilih fast action atau medium fast action manakala untuk laut pula moderate atau low action lebih sesuai.

4.Pilih paundage yang betul berpandukan keadah dan tempat juga spesis yang akan diduga. kalau untuk ikan monster tentulah 80lb-130lb dan begitulah seterusnya kalau untuk casting 8lb-12lb.

Tip & Nasihat

1.Kebanyakan kedai pancing menyediakan seorang yang mahir atau owner kedai itu sendiri dalam pemilihan peralatan dan boleh memberikan nasihat kepada anda. Anda perlu beritau beliau apakah keadah, lokasi dan species yang dicari pada beliau dan minta pendapat dari beliau.

2.kalau membeli barangan terpakai pastikan crack yang sangat halus pada joran. cuba perhatikan sebarang bunyi semasa buat ujian lenturan. retakan halus biasanya akan mengeluarkan bunyi bila lenturan dibuat.
Setelah semuanya memuaskan hati barulah beli joran tersebut.

3. biase tengok spine joran, betul x ngn kedudukan cincinnya sbb biase joran yg mass manufacture jarang mementingkan spine

4. jenis ring. sic or titanium frame ngn sic (silica carbide) jadi pilihan sebab ringan, kukuh dan tahan haba. ini salah satu faktor yg mempengaruhi berat sesuatu rod selain menjamin tali terutamanya tali tahan lama selain geseran yg minimun berbanding cincin biase. cuma masalahnya rod yg pakai sic ni paling kurang pun dah harga rm300 ke atas, apalagi titanium sic...

5. bahan buatan rod- jenis graphite, intermidiate modulus, high modulus

6. bahan buatan handle atau grip tu. sama ada EVA atau cork. EVA ade yg murah dan ada yg mahal, gtu jugak cork. ade banyak gred. nak senang tengok cork rod yg mahal vs cork rod murah.

Itu dari segi buatan ...kalau dari segi penggunaan, faktor panjang rod, jenis action dan poundage jadi kiraan

Satu lagi option yang saya tengok ialah rod tip action (fast, moderate, low dll) **minta dibetulkan kalo salah....
Kalau fast action biasanya jorannya lebih lembut dan ringan. dan kelenturannya juga tinggi (senang lentur) sesuai untuk main casting kalau low action biasanya untuk mancing laut ikan besar punya... joran lebih keras untuk pancingan laut dalam.
Nota:

fast action = joran melentur di bahagian atas sahaja
medium action = joran melentur dari atas hingga tengah joran.
slow action = joran melentur hingga ke bawah.

Selain action, aplikasi dan lain2......penting ialah material dan blank untuk kekuatan backbone. Contoh ambil 2 rod 7kaki, fast action. Pegang mendatar dan suruh member tarik hujung ke arah lantai. Kita boleh tengok backbonenye melentur.

1 ulasan:

  1. sy nk bli joran , bajet bwh rm300.. untuk pantai.. newbie here :D
    blh syorkn?

    BalasPadam